Mesyuarat agung kali pertama Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Cawangan Putrajaya yang juga cawangan ke-10 di adakan di Putrajaya, baru-baru ini.

CAWANGAN persatuan itu adalah unik kerana ada antara ahlinya adalah pesara ATM tetapi masih berkhidmat dengan kerajaan sebagai penjawat awam.

Mustapha (tengah) bersama ahli persatuan

Yang Dipertua Persatuan Veteran ATM Wilayah Persatuan Brig Jen (B) Dato Pahlawan Shamsuddin Abass berkata, seramai 88 orang daripada 200 bekas tentera hadir pada mesyuarat yang diadakan di Putrajaya.

Beliau berkata, ahli turut memutuskan untuk memilih Hj Mahadi Chan Abdullah sebagai Ketua Cawangan yang baru untuk memimpin PVATM Cawangan Putrajaya sehingga 2021.

Turut hadir Ketua NG0 Antarabangsa, Komander (B) TLDM, Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican yang merupakan Ahli Veteran Putrajaya.

Mustapha dalam ucapan penggulungannya menegaskan bahawa penubuhan cawangan itu akan dapat menyatukan ahli-ahli muda yang terdiri daripada bekas tentera yang masih berkhidmat sebagai penjawat awam dan ahli-ahli yang sudah bersara wajib yang akan memantapkan cawangan Putrajaya.

“Saya juga menekankan perpaduan, keharmonian dan kerjasama sesama bekas tentera tanpa mengira kedudukan, pangkat atau perkhidmatan sama ada Tentera Darat, Laut dan Udara.

“Begitu juga yang berusia dan yang masih muda. Penekanan kepada aplikasi whatsapp adalah perlu tetapi bukan untuk dijadikan medan fitnah atau menjatuhkan seseorang tetapi harus digunakan secara bijaksana manakala sebarang makkumat yang diterima dari luar harus disiasat dahulu kebenarannya,” katanya.

Beliau berkata, ahli perlu peka kepada keadaan persekitaran dan persatuan ini sepertimana NGO mesti berkecuali.

“Ini adalah bertujuan bagi menyatukan semua pihak sama ada orang lama dan orang baru yang masih bekerja dan sudah bersara wajib.

“Penubuhan Veteran Cawangan Putrajaya ini diharap akan menjadi contoh terbaik sebagai cawangan baru yang ke-10 di bawah Wilayah Persekutuan,” katanya.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini