Buku fakta industri PhAMA tonjol sumbangan terbaru industri farmaseutikal bernilai RM7.5 bilion kepada Malaysia

PERSATUAN Persatuan Farmaseutikal Malaysia (PhAMA) melancarkan Buku Fakta Industri PhAMA edisi 2018 sejak pelancaran edisi pertamanya pada 2012.

(L-R) Dr Varun Sethi, Mr Allen Patino, Mr Chin Keat Chyuan, Yang Berhormat Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah

Bertemakan ‘Advancing the Health of a Forward Moving Nation’, edisi baru ini menyoroti pelbagai statistik yang dikemaskini serta penemuan-penemuan terbaru, pencapaian dan kejayaan usahasama yang dicapai berkaitan dengan pihak berkepentingan utama dalam polisi penjagaan kesihatan di Malaysia.

Chin Keat Chyuan, Presiden PhAMA berkata, Pertumbuhan industri bergantung kepada usaha semua pihak berkepentingan utama dan mempunyai kesan riak positif terhadap seluruh ekonomi.

“Melalui edisi kedua Buku Fakta Industri PhAMA, kami menonjolkan industri farmaseutikal Malaysia yang berkembang maju yang kini diwakili oleh lebih 445 syarikat farmaseutikal termasuk beberapa syarikat farmaseutikal terbesar di dunia – yang kesemuanya telah sama-sama menyumbang terhadap nilai pasaran sebanyak RM7.5 bilion, setakat suku ketiga 2018,” katanya.

Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Ministry of Health Malaysia officiate the PhAMA 2018 Edition Industry Fact Book with his signature on the commemorative plaque

Antara 2013 dan 2016, 10 syarikat anggota PhAMA menawarkan Patient Access Programme (PAP), sebuah amalan global bertujuan meningkatkan akses pesakit terhadap ubat-ubatan inovatif, menerusi kerjasama erat dengan penyedia penjagaan kesihatan awam dan swasta.

Usaha itu telah memberi manfaat kepada kira-kira 12,000 pesakit dengan jumlah sumbangan bernilai RM 99 juta dalam tempoh tiga tahun, memberikan pesakit peluang mendapat rawatan inovatif, terutamanya di institusi-institusi kesihatan awam.

Lain-lain soroton utama berkenaan penemuan baru, trend, statistik dan pencapaian yang disertakan dalam Buku Fakta tersebut termasuk:

Penyakit Berjangkit : Antara 2013 dan 2016, tujuh syarikat anggota PhAMA membawa masuk 13 ejen terapeutik ke Malaysia khususnya untuk rawatan penyakit berjangkit
yang dahulunya dianggap sebagai penyakit baru.

Populasi Penuaan : Jumlah penduduk warga emas dijangka mencapai 2.4 juta pada 2020 dan ini dijangka menyebabkan peralihan ketara dalam jenis penyakit yang didiagnosis dari penyakit akut hingga kronik. Syarikat anggota PhAMA memainkan peranan penting dalam menangani trend kesihatan masa hadapan ini dengan terlibat secara langsung dalam memperkenal dan menyedia akses kepada ubat-ubatan inovatif, memastikan profesional penjagaan kesihatan diberi maklumat terkini berkenaan penyakit-penyakit relevan dan pilihan rawatan yang tersedia, serta mewujudkan kesedaran umum dan pendidikan melalui program pendidikan pengurusan penyakit.

Pendaftaran Ubat-ubatan & Ketersediaan Komersial : Antara 2010 dan 2016, syarikat anggota PhAMA telah mendaftar dan melancar 247 ubat-ubatan inovatif di Malaysia. Di samping 73 produk beretika yang dilancarkan antara 2013 dan 2016, sebanyak 156 lagi produk dalam kategori yang sama dijangka akan dilancarkan antara 2017 dan 2022.

Unit Perkongsian Perkhidmatan (SSU) : Sembilan syarikat anggota PhAMA menawarkan perkhidmatan perkongsian kepada unit perniagaan masing-masing di serantau dan antarabangsa. Penubuhan hab-hab ini di Malaysia adalah pengiktirafan terhadap
kepakaran sumber manusia di negara ini.

Pendidikan Perubatan (CME) : Antara 2013 dan 2016, 14 syarikat anggota PhAMA telah melabur sejumlah RM83.92 juta dalam acara fokus CME, memainkan peranan penting dalam
memaklumkan profesional penjagaan kesihatan mengenai perkembangan terbaru dalam industri penjagaan kesihatan, seperti maklumat penyakit terkini dan pilihan rawatan baru.

Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) : Sebanyak 619 acara CSR telah dianjurkan oleh syarikat anggota PhAMA antara 2013 dan 2016 termasuk aktiviti-aktiviti seperti kempen kesedaran penyakit, program kemasyarakatan, dan aktiviti pendidikan, latihan & pendidikan sosial.

Selain trend dan isu semasa, Buku Fakta Industri tersebut turut membincangkan trend dan cabaran masa hadapan dalam industri penjagaan kesihatan. Gabungan teknologi big data dan artificial intelligence (AI) serta potensi sumbangannya berupaya membawa kemajuan penting kepada industri farmaseutikal.

Menurut Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan Malaysia, & Kerajaan telah menambah peruntukan belanjawan untuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebanyak 7.8 peratus, atau RM29 bilion, berbanding RM27 bilion pada tahun sebelumnya.

“Peruntukan belanjawan yang lebih banyak untuk KKM ini berpotensi menyumbang kepada peningkatan perbelanjaan untuk Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) serta mempertingkat tahap kesihatan rakyat.

“Menekankan kepentingan usahasama pelbagai pihak berkepentingan utama dalam industri penjagaan kesihatan,” katanya sambil menambah, Gabungan perbelanjaan penjagaan kesihatan sektor awam dan swasta yang berjumlah RM51.7 bilion mencerminkan komitmen kerajaan dalam menjaga kesejahteraan negara.

Mewakili suara syarikat-syarikat farmaseutikal besar berasaskan penyelidikan di Malaysia, PhAMA berfungsi sebagai penghubung penting bagi syarikat anggota dengan ahli persatuan dan pihak berkepentingan utama industri penjagaan kesihatan dalam mempromosi, menyokong dan mengukuhkan sistem penyampaian yang lebih baik, seterusnya mengutamakan hasil kesihatan pesakit Malaysia.

Di samping itu, PhAMA juga menggalakkan penyelidikan dan pembangunan produk farmaseutikal di Malaysia secara berterusan, serta menangani pelbagai kebimbangan untuk mempertingkat potensi pertumbuhan industri.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini