Seramai 91 pelajar dari Science of Life Studies 24/7 (SOLS 24/7) dikejutkan dengan sebuah program membeli-belah di Centrepoint Bandar Utama oleh Allianz Malaysia.

ALLIANZ Malaysia telah menganjurkan sebuah kempen mengumpul pakaian pejabat untuk membantu pelajar-pelajar SOLS 24/7 bersiap sedia menghadapi latihan praktikal mulai Januari tahun hadapan.

Syarikat telah mengadakan pengumpulan dana dalaman bersama kakitangan dan telah
menyumbang dana tambahan dalam usaha membantu pelajar-pelajar tersebut untuk membeli sepasang kasut kerja.

Selain itu, Transmarco Asia telah bekerjasama menjayakan program tersebut dengan menyediakan diskaun eksklusif untuk pelajar-pelajar membeli kasut mereka dari jenama-jenama terkemuka seperti Hush Puppies Obermain and Antton & Co.

“Kami semua memahami perasaan keseronokan dan kerisauan yang bercampur baur yang dirasai apabila melangkah ke fasa baharu dalam kehidupan. Latihan praktikal merupakan pekerjaan pertama dan anda akan sentiasa bersemangat untuk menunjukkan bakat anda.

Ramai pelajar telah mengambil peluang untuk bekerja separuh masa pada hujung minggu apabila mempunyai masa terluang untuk mendapatkan sedikit duit poket tambahan. Kami berharap bahawa kasut baharu ini akan meningkatkan keyakinan yang boleh memberi sebuah tanggapan positif terhadap majikan baharu mereka.

“Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada mereka untuk latihan praktikal,” kata Ng Siew Gek, Ketua Allianz4Good Allianz Malaysia Berhad.

SOLS 24/7, ialah sebuah organisasi yang berkhidmat, mendidik, dan memperkasa komuniti yang kurang bernasib baik melalui program-program pemerkasaan pendidikan dan sosial.

Pelajar-pelajar yang berdaftar di SOLS 24/7, menyertai program pembelajaran yang memberi tumpuan kepada subjek seperti Bahasa Inggeris, Matematik, Reka Bentuk Laman Web, Membaiki Komputer dan Pemasangan Solar, dan lain-lain.

Sejurus selesai program tersebut, pelajar-pelajar akan melalui program latihan praktikal selama enam bulan di pelbagai organisasi termasuk Allianz Malaysia.

Allianz Malaysia telah menyokong melalui pelbagai inisiatif sejak 2017. Ini termasuk sesi beramah mesra bersama pelajar-pelajar untuk meningkatkan pembangunan holistik mereka melalui topik hak asasi manusia, pengurusan kewangan, dan sesi dialog inspirasi bersama kedua-dua Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini