Orang ramai yang merancang untuk meninggalkan kediaman masing-masing sempena cuti Krismas dan cuti akhir tahun, digalakkan untuk mengamalkan beberapa tip penggunaan elektrik yang praktikal dan bijak tenaga.
TERDAPAT beberapa tip praktikal dan mudah, disarankan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang boleh digunapakai bagi memastikan peralatan elektrik di rumah, berada dalam keadaan baik dan selamat sepanjang bercuti.
Berikut adalah beberapa panduan yang boleh diamalkan:
1. Menutup suis peralatan elektrik yang tidak digunakan dan menanggalkan palam bagi mengelakkan arus elektrik terus mengalir;
2. Mempertimbangkan penggunaan alat pengukur masa (timer) supaya lampu tidak dipasang 24 jam sehari (untuk keselamatan / mengelakkan kecurian);
3. Memastikan semua soket dalam keadaan baik dan tidak dibebankan dengan penyesuai (adapter) berlebihan;
4. Memastikan peralatan elektrik yang perlu dipasang berada dalam keadaan baik;
5. Membuka gulungan wayar sambungan tambahan (extension wire) sepenuhnya untuk
mengelakkannya menjadi terlalu panas jika digunakan
6. Menguji Pemutus Litar Arus Baki (PLAB) atau Residual Current Circuit Breaker (RCCB) sebaik-baiknya ia dilakukan sebulan sekali.
Rujuk laman web www.tnb.com.my atau Facebook TNB CareLine untuk mengetahui cara-cara menguji PLAB.
Sekiranya berlaku gangguan bekalan elektrik semasa sambutan Krismas, para pengguna dinasihatkan untuk menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan TNB di talian 15454 atau Facebook TNB CareLine untuk mendapatkan bantuan.