Maxis eKelas membawa pembelajaran digital kepada lebih ramai pelajar di komuniti luar bandar

MAXIS melancarkan eCikgu, satu ciri baharu di dalam portal eKelas yang mengupayakan pelajar untuk berhubung dengan guru melalui forum perbincangan dan menggalakkan penglibatan yang lebih besar dengan guru.

Ciri baharu ini bertujuan untuk mewujudkan pembelajaran digital yang lebih bersemangat
dan interaktif untuk komuniti luar bandar di seluruh Malaysia. Portal Maxis eKelas
mengupayakan pembelajaran kendiri dimana pelajar menguruskan pelajaran mengikut tempo
sendiri dan bekerjasama untuk menimba ilmu.

Hadir pada majlis yang diadakan di Menara Maxis  ialah Tuan Eddin Syazlee Shith, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, yang telah melancarkan eCikgu sempena majlis penutupan eKelas Holiday Camp 2018, satu aktiviti yang dijalankan setiap dua tahun, yang memberi ganjaran kepada para pelajar eKelas.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengerusi Maxis, Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda; Robert Nason, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis; Dato’ Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus, Ketua
Pegawai, Sektor Komunikasi dan Ekosistem Digital, SKMM; dan Gokhan Ogut, Ketua Pegawai
Operasi Maxis.

“Teknologi dan Internet telah mengubah cara kita berkomunikasi dan mengakses maklumat –
terutamanya di kalangan generasi muda.

Oleh itu, ia amat penting untuk memastikan keterangkuman digital untuk semua rakyat Malaysia, tidak kira di mana mereka berada.

“Saya gembira melihat usaha Maxis dalam memperkenalkan cara-cara baharu untuk belajar kepada para pelajar di komuniti luar bandar melalui program eKelas, dan membantu menghapuskan halangan atau batasan untuk menggunakan teknologi dan Internet,” kata Tuan Eddin Syazlee.

“Sebagai pengupaya digital, kami amat gembira kerana dapat menyediakan para pelajar eKelas akses kepada kaedah pembelajaran yang lebih interaktif dan penyertaan yang lebih besar dikalangan rakan-rakan mereka dan guru berpengalaman.

Ciri-ciri seperti eCikgu merupakan alat yang penting dan adalah sebahagian daripada keinginan kami untuk membantu membentuk para pelajar menjadi warga digital yang lebih berpengetahuan.

Hari ini membuktikan betapa jauhnya eKelas telah berkembang sejak dilancarkan dua tahun lalu. Kami tetap komited untuk memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada negara melalui pembelajaran digital, supaya lebih ramai lagi pelajar di komuniti luar bandar di Malaysia dapat memanfaatkan kuasa teknologi,” kata Robert Nason, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis.

eCikgu menggabungkan tutorial secara langsung dengan forum perbincangan, di mana pelajar
boleh menaip soalan berkaitan dengan subjek yang diajar dalam forum perbincangan, dan guru kemudiannya memberi jawapan dengan segera semasa pengajaran sedang berlangsung.

Antara manfaat utama eCikgu termasuk:

Perhatian segera – eCikgu membolehkan lebih ramai pelajar untuk bertanya soalan
dengan serta-merta semasa tutorial sedang berlangsung, untuk memastikan pemahaman
yang lebih baik mengenai subjek tersebut

Interaksi dengan komuniti – Memberi peluang untuk pelajar berinteraksi dengan guru
dan pelajar eKelas lain di seluruh negara. Forum perbincangan juga membolehkan pelajar
dan guru berkongsi dokumen multimedia, seperti video dan gambar, untuk bahan
pembelajaran tambahan.

Meningkatkan pengetahuan digital – Pelajar menjadi lebih celik digital apabila mereka
membiasakan diri dengan platform eCikgu dan menggabungkan teknologi ke dalam
pendidikan mereka.

Maxis eKelas adalah inisiatif pembelajaran digital selepas sekolah yang bertujuan meningkatkan prestasi akademik pelajar di kalangan masyarakat luar bandar dan bandar.

Fokusnya ialah pada tiga mata pelajaran – Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris – untuk
pelajar Tingkatan 1, 2 dan 3. eKelas menawarkan gabungan tutorial secara langsung,
pembelajaran dalam kumpulan dan kandungan digital secara interaktif yang selaras dengan
sukatan pelajaran kebangsaan.

Program ini adalah hasil daripada kerjasama Maxis dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia kerana ia dijalankan di Pusat Internet (CBC) mereka yang berfungsi sebagai hab digital untuk komuniti-komuniti di kawasan yang kurang mendapat liputan.

eKelas kini disampaikan di 55 Pusat Internet di 10 negeri, dan menghubungkan lebih 6,000 pelajar.

Dengan sokongan SKMM, Maxis juga mengumumkan pengembangan eKelas ke kumpulan
sasaran baharu – Tahun 6, Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 – selain dari pelajar Tingkatan 1, 2 dan 3 yang sedia ada. Dengan perkembangan ini, yang bakal bermula tahun depan, perjalanan

eKelas akan bermula dari Tahun 6 hingga ke Tingkatan 5, yang akan mengupayakan lebih
ramai pelajar dari masyarakat luar bandar di seluruh Malaysia untuk mengakses eKelas.

Pengembangan ini juga memberi peluang kepada pelajar untuk menduduki peperiksaan kritikal- UPSR, PT3 dan SPM – untuk memanfaatkan eKelas dan membantu mereka dalam persediaan mereka.

eKelas Holiday Camp, yang berlangsung dari 21 hingga 23 November, menyaksikan 100
pelajar eKelas yang paling berdedikasi dari 24 Pusat Internet di seluruh negara, berkumpul di
ibu negara untuk menyertai aktiviti yang menyeronokkan, bengkel interaktif, lawatan ke
Petrosains di KLCC, serta perbincangan dengan guru dan pelajar eKelas dari Malaysia.

Sebagai sebahagian daripada kerjasama Maxis dengan Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM), Holiday Camp tahun ini dijalankan di kampus UKM selama dua hari.
Untuk maklumat lanjut mengenai program Maxis eKelas, sila tonton video ini. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai portal eKelas, saksikan video ini.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini