Kerjasama strategik dijangka dapat meningkatkan kadar penghunian dan pendapatan KIP REIT

KUMPULAN syarikat Kepong Industrial Park (KIP Group) menandatangani dua Memorandum Persefahaman (MoU) bersama QSR Brands (M) Holdings Bhd (QSR Brands) sebagai lanjutan kepada kerjasama strategik di antara kedua-dua pihak bagi menawarkan kemudahan perkhidmatan restoran KFC pandu-lalu di cawangan pasar raya dan beli–belah KIP Group, yang dijangka mampu meningkatkan kadar penghunian serta pulangan pendapatan di masa hadapan.

Dato’ Eric Ong Kook Liong, Executive Director of KIP Group (second from left); Dato’ Seri Mohamed Azahari Mohamed Kamil, Managing Director of QSR Brands (fourth from left); Valerie Ong, Chief Executive Officer of KIP Group (fifth from left); Dato’ Chew Lak Seong, Managing Director of KIP Group (sixth from left); Merrill Pereyra, CEO – Restaurants Division of QSR Brands (seventh from left); Ling Mee Jiuan, Chief Operating Officer of KFC Malaysia (eighth from left); Chan Heng Wah, Chief Executive Officer of KIP REIT (ninth from left)

Pada Oktober 2018 yang lalu, KIP REIT dan QSR Brands telah menjalin kerjasama strategik
yang pertama menerusi perjanjian sewa bagi menubuhkan restoran KFC di atas kawasan
seluas 2,717 kaki persegi di salah sebuah cawangan pasar raya milikannya iaitu di KIP Mart
Kota Tinggi, Johor.

Kerjasama di antara syarikat pemaju dan pengurusan pusat beli-belah bersama pengendali rangkaian restoran terkemuka ini adalah yang pertama seumpamanya, dan dijangka mampu menyumbang kepada kenaikan kadar penghunian pusat berkenaan sebanyak 4% kepada 95%.

Menerusi MoU di antara kedua-dua pihak, QSR Brands bakal menubuhkan dua cawangan
restoran pandu-lalu baharu di sebuah pusat beli belah milik KIP Group iaitu KIP Mall Desa
Coalfields, Sungai Buloh; dan di sebuah pasar raya milik KIP Real Estate Investment Trust (KIP
REIT).

MoU berkenaan telah ditandatangani oleh Valerie Ong, Ketua Pegawai Eksekutif KIP Group
dan Dato’ Seri Mohamed Azahari Mohamed Kamil, Pengarah Urusan QSR Brands di dalam
sebuah majlis yang diadakan di KIP Hotel, Kuala Lumpur.

Turut hadir Dato’ Chew Lak Seong, Pengarah Urusan KIP Group; Dato’ Eric Ong Kook
Liong, Pengarah Eksekutif KIP Group; Chan Heng Wah, Ketua Pegawai Eksekutif KIP REIT; serta Merrill Pereyra, Ketua Pegawai Eksekutif bahagian restoran, QSR Brands.

Restoran pandu-lalu KFC seluas 4,088 kaki persegi yang bakal dibina di Desa Coalfields ini
merupakan lanjutan kepada pembinaan KIP Mall Desa Coalfields seluas 213,000 kaki persegi
yang dijangka mampu membawa kedudukan QSR Brands dan KIP Group ke peringkat yang
seterusnya.

Ini akan meningkatkan kadar penghunian dan kunjungan kepada kira-kira 1,500 pengunjung sehari apabila ianya mula beroperasi pada suku keempat tahun 2019 manakala, pasar raya satu tingkat KIP Mart Lavendar di Senawang yang telah beroperasi sejak Disember 2012, dijangka dapat meningkatkan kadar penghuniannya sebanyak 4% kepada 85% dengan penambahan restoran KFC pandu-lalu baharu seluas 4,800 kaki persegi itu.

“Kami amat berbesar hati dapat menjalin kerjasama strategik bersama QSR Brands, sebuah
syarikat yang menerajui segmen pasaran restoran makanan segera di Malaysia.

The MoU exchange between Dato’ Seri Mohamed Azahari Mohamed Kamil, Managing Director of QSR Brands and Valerie Ong, Chief Executive Officer of KIP Group

Kehadiran restoran KFC di dalam senarai penyewa sedia ada akan menawarkan lebih pilihan kepada bahagian perkhidmatan makanan dan minuman dan mampu membawa kedudukan QSR Brands dan KIP Group ke peringkat yang seterusnya.

Ini akan meningkatkan kadar purata penghunian KIP REIT serta kunjungan pelanggan ke KIP Mall Desa Coalfields yang bakal dibuka. Kami amat teruja dengan kerjasama ini dan berharap dapat meneruskan kolaborasi sebegini di masa hadapan,” ujar Valerie Ong, Ketua Pegawai Eksekutif KIP Group.

Menurut Dato’ Seri Mohamed Azahari, KFC berusaha bagi menjalin kerjasama dengan syarikat dari pelbagai industri sebagai sebahagian daripada usaha yang berterusan untuk memperluas kehadiran dan meningkatkan kemudahan perkhidmatannya.

QSR Brands bercadang untuk terus bekerjasama dengan KIP Group bagi meneruskan momentum perluasan perkhidmatannya ke seluruh cawangan pasar raya dan beli-belah milikan pemaju terkemuka berkenaan.

“Kami sedar bahawa satu-satunya cara untuk kami berkembang maju adalah dengan
melangkah kehadapan bagi meneroka pelbagai peluang serta model perniagaan baharu
dengan rakan kerjasama yang mempunyai persamaan hala tuju.

“Kami komited di dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat Malaysia menerusi sajian enak KFC serta detik-detik kekeluargaan indah yang dicipta bagi menarik kesetiaan pelanggan.

“Majlis pada hari ini merupakan permulaan kepada kemuncak kerjasama di antara dua syarikat terkemuka di dalam industrinya yang tersendiri. Kerjasama sebegini membuka peluang untuk kami berkongsi manfaat menerusi perkongsian kepakaran dan sumber masing-masing.

“Kami percaya bahawa kami mampu menawarkan nilai tambah yang menarik kepada masyarakat sekitar dengan kemudahan perkhidmatan pandu-lalu KFC, sekali gus menjadi pemangkin pertumbuhan kepada pusat beli belah dan pasar raya tersebut dengan kehadiran jenama ikonik KFC.” katanya.

KIP Group, syarikat pemaju pilihan terkemuka serta syarikat pengurusan runcit yang berpusat
di Kuala Lumpur dengan pembangunan terkenal di sekitar Lembah Klang dan Johor,
merupakan pemegang saham KIP REIT yang mempunyai jumlah aset bernilai RM614.93 juta
pada akhir bulan September.

Sementara itu, QSR Brands adalah pengendali rangkaian restoran bersepadu terbesar di rantau ini dengan lebih dari 810 restoran KFC dan 460 restoran Pizza Hut di seluruh Malaysia, Singapura, Kemboja dan Brunei.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini