Ingress Auto Puchong, pengedar sah BMW di Malaysia baru-baru ini mengadakan program khas untuk pelanggan berpotensi mereka merasai pengalaman memandu uji barisan model BMW Siri X yang disediakan.

DESTINASI pilihan mereka kali ini ialah ke Avani Sepang Goldcoast Resort, namun sebelum itu konvoi kenderaan membabitkan model BMW X5 dan X3 terlebih dahulu singgah di trek 4×4 Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Program ini diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada pelanggan mereka mengenai selok belok mengendalikan kereta BMW menerusi tunjuk ajar oleh jurulatih yang berpengalaman.

Sebanyak 11 buah kereta BMW membabitkan 20 peserta menyertai sesi pandu uji berkenaan, terdiri daripada model BMW X5 xDrive40e dan kenderaan sukan utiliti (SUV) terbaru, BMW X3.

Setiap pelanggan diberikan seunit BMW untuk dipandu sendiri. Ada yang datang sendirian, bersama rakan dan ada pula membawa ahli keluarga.

PANDU UJI KE SIC

Selepas mendaftarkan diri jam 2.30 petang, pelanggan dibawa melihat ruang pameran dan servis Ingress Auto Puchong oleh Mr Sim dari Bahagian Selepas Jualan.

Pelanggan kemudian berkumpul untuk mendengar taklimat tentang pemanduan selamat dan etika berkonvoi oleh Pelatih Pemanduan Bertauliah BMW, En Hamdan.

Hamdan turut memberikan beberapa tips mengenai pengendalian kereta BMW kepada peserta sebelum konvoi bergerak dari Ingress Auto Puchong sekitar jam 4 petang dalam keadaan trafik sederhana sesak.

Sesi pertama pandu uji adalah dalam bandar sebelum menuju ke lebuh raya Elite dan masing-masing berkesempatan menguji kuasa pecutan dan tahap kesenyapan dalam kabin ketika memecut dalam kelajuan tinggi.

RASAI PENGALAMAN SEBENAR

Kira-kira jam 4.30 petang, peserta konvoi tiba di trek 4×4, SIC yang sering digunakan oleh peminat motosikal lasak untuk menguji keupayaan jentera BMW X3 dan X5 melepasi laluan lasak serta berbukit.

Peserta menghabiskan masa selama sejam setengah untuk mencuba pelbagai jenis bentuk laluan mencabar seperti mendaki dan menuruni bukit curam, slop sisi bukit dan sebagainya menggunakan mod pemanduan disediakan.

Pengurus Pemasaran dan Korporat Ingress Auto Puchong, Eugene Lim berkata, sesi pandu uji di laluan lasak ini bertujuan untuk menguji keupayaan sebenar kenderaan SUV BMW yang bukan sahaja terbukti di jalan raya malah mampu melepasi rintangan di laluan lasak.

“Pelanggan kelihatan seronok mencuba pelbagai rintangan yang disediakan dan kami merancang mengadakan beberapa lagi sesi pemanduan sebegini pada tahun hadapan,” katanya.

Beliau berkata, selesai sesi pemanduan di SIC, peserta kemudian bergerak ke Avani Sepang Goldcoast Resort untuk makan malam.

Katanya, pada mulanya mereka bercadang mengadakan sesi barbeku di tepi pantai tetapi atas nasihat pihak resort disebabkan keadaan cuaca tidak menentu menyebabkan makan malam diadakan didalam resort.

Konvoi kemudian bergerak pulang ke Ingress Auto Puchong sebaik selesai jamuan makan malam kira-kira jam 8 malam. Maklumat dan gambar sesi pemanduan anjuran Ingress Auto Puchong boleh dilihat dengan melayari laman web www.ingressauto.com.my dan laman sosial fb facebook.com/ingressauto.

Sementara itu, Ingress Auto Puchong sedang mengadakan kempen  menarik bagi bulan November. Pelanggan yang membeli model terpilih BMW layak mendapat telefon pintar terbaru iPhone Xs Max + Apple Watch Series 4 bernilai keseluruhan RM7,148.

*tertakluk kepada terma dan syarat

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini