Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) memperkenalkan Nissan Almera – Siri Hitam baharu, model Nissan kedua yang diperkenalkan dengan edisi Siri Hitam.
NISSAN Almera – Siri Hitam baharu ini dilengkapi dengan Gril Depan Hitam, Penutup Cermin Tepi Hitam, Spoiler Trunk Lid Hitam dan Rim Aloi Hitam berjejari-Y bersaiz 15 inci, bersama dengan Aerokit serba baharu Titanum Gelap yang direka khas oleh TOMEI Powered Inc. Co., Ltd, satu jenama Jepun yang memang terkenal dengan teknologi dan prestasinya dalam sukan permotoran.

Ruang dalaman dipertingkatkan lagi menerusi Tempat Duduk Kulit dengan kemasan Titanum Gelap rekaan terbaru, serta Paparan Skrin Audio Clarion 6.75 inci dengan kamera pandangan belakang, sambungan Apple CarPlay™ dan Android Auto™, memastikan sentiasa terhubung sepanjang jalan.
Nissan Almera – Siri Hitam juga dilengkapi dengan filem penghalangan haba Solar Gard dan Perakam Video Pemanduan (DVR) dengan sudut luas 150 darjah yang memberi ketenangan minda dan rasa selamat.
“Nissan Almera adalah salah satu model terlaris Nissan di Malaysia. Dengan memperkenalkan Nissan Almera – Siri Hitam baharu, ia menambah gaya, penampilan dan keperibadian yang tersendiri, menjadi lebih menyerlah dan mengancam.” kata Pengarah Jualan dan Pemasaran ETCM, Christopher Tan.
Nissan Almera – Siri Hitam baharu mengekalkan enjin 1.5 liter empat silinder HR15DE dengan Sistem Continuously Variable-valve Timing Control (CVTC) yang menawarkan pecutan serta penjimatan bahan api yang mengagumkan sebanyak 14.9km/L.
Almera juga dilengkapi dengan ciri Kekunci Pintar (i-Key) dengan Sistem Kemasukan Tanpa Kunci*, Butang Penghidup Enjin* dan Kawalan Suhu Automatik*.
Sementara ruang kaki seluas 25 inci dan kargo seluas 490 liter menawarkan pemanduan yang selesa tanpa berkompromi dari segi ruang. (*Untuk varian VL)
Selain itu, Nissan Almera – Siri Hitam hadir dalam lima warna iaitu hitam (Diamond Black), putih (Brilliant White), perak (Tungsten Silver), emas (Bronze Gold) dan hijau (Titanium Olive) baru, yang eksklusif hanya untuk Almera – Siri Hitam.
Nissan Almera – Siri Hitam baharu dipasang di kilang serta boleh didapati dalam varian E dan VL. Kereta ini hadir dengan jaminan selama lima tahun dan perbatuan tanpa had.
Sementara jaminan aksesori pula adalah selama 3 tahun atau 100,000km (mana-mana
tiba dahulu).
* Harga termasuk pakej Siri Hitam bernilai RM8,500: Aerokit TOMEI serba baharu (Spoiler
Bampar Hadapan, Skirting Sisi dan Spoiler Bampar Belakang), Gril Depan Hitam, Penutup
Cermin Tepi hitam, Spoiler Trunk Lid Hitam, Rim Aloi hitam berjejari-Y bersaiz 15 inci, Paparan
Skrin Audio Clarion 6.75 inci dengan kamera pandangan belakang, sambungan Apple CarPlay™ dan Android Auto™, Tempat Duduk Kulit rekaan terbaru, Perakam Video Pemanduan (DVR), filem penghalangan haba Solar Gard.
Pemilik Nissan Almera sedia ada yang berminat boleh menaik taraf kereta mereka
dengan Aerokit TOMEI serba baharu. Sila hubungi talian 03-4047 8786 atau hantar
emel ke [email protected].
Nissan Almera – Siri Hitam baharu akan membuat penampilan dalam acara Karnival
Pandu Uji Nissan Seluruh Negara di bilik-bilik pameran terpilih pada dua hujung
minggu iaitu 9 hingga 11 November dan 17 hingga 18 November 2018, bermula jam
10am hingga 8pm.
Orang ramai dijemput untuk mengunjungi karnival ini dan menjadi yang terawal menguji Nissan Almera – Black Series baharu.