Sebanyak 10,000 teksi di seluruh negara akan menggunakan kaedah tanpa tunai menjelang penghujung tahun 2018

TNG Digital Sdn Bhd mengumumkan kerjasama strategik yang membolehkan pemandu teksi EzCab dan Public Cab menerima pembayaran tanpa tunai melalui Touch ‘n Go eWallet (“eWallet”).

Bertemakan #JomTeksi, pengenalan kaedah pembayaran elektronik oleh TNG Digital untuk pengusaha teksi berkenaan adalah sejajar dengan inisiatif kerajaan ke arah komuniti tanpa tunai dan memperkasakan mereka untuk bersaing lebih kompetitif dengan perkhidmatan ride-hailing lain di Malaysia.

Sistem pembayaran menggunakan kaedah QR ini dikuasakan oleh Touch ‘n Go eWallet. Para penumpang hanya perlu mengimbas kod pemandu teksi untuk membayar tambang.

Bagi pemandu teksi pula, mereka tidak perlu memasang sebarang peralatan atau terminal di dalam teksi masing-masing.

Menteri Pengangkutan Malaysia, Loke Siew Fook berkata, “Industri pengangkutan turut dipengaruhi perkembangan teknologi dan kepesatan era digital.

Dengan kemajuan aplikasi mudah alih untuk perkhidmatan bas dan keretapi, serta peningkatan platform aplikasi “e-hailing” dan perkongsian kenderaan perubahan digital telah banyak mengubah cara industri ini berkembang.

“Saya berbangga dengan TNG Digital kerana mengambil langkah yang proaktif ini bagi membantu pemandu teksi untuk menjadi lebih inovatif di dalam era digital, di samping memastikan industri teksi kekal mesra pengguna dan berdaya saing.

“Kemudahan QR untuk teksi berdaftar di Malaysia akan memodenkan industri ini sekaligus membolehkan para pemandu teksi untuk menawarkan kaedah pembayaran yang lebih cekap dan selamat untuk para penumpang. Saya menyeru pemandu teksi di seluruh negara agar melaksanakan kemudahan pembayaran tanpa tunai ini untuk terus maju ke hadapan.”

Setakat ini, hampir 4,000 pemandu teksi EzCab dan teksi persendirian telah dilengkapkan dengan kaedah pembayaran QR. Touch ‘n Go eWallet menjangkakan untuk melaksanakan kaedah pembayaran QR kepada lebih 10,000 teksi menjelang hujung tahun ini.

“Kami menyasarkan supaya 67,000  teksi berdaftar di seluruh negara bertukar kepada kaedah pembayaran QR dengan Touch ‘n Go eWallet menjelang penghujung tahun 2019 dan menjadikan mereka sebahagian daripada senarai ekosistem perusahaan kami.

Kerjasama dengan EzCab dan Public Cab adalah usahasama pertama dalam memeterai pelbagai usahasama lain untuk memperkenalkan penyelesaian digital dan memperkasakan pemandu teksi.

Kaedah ini dilaksanakan berdasarkan maklumbalas yang diterima untuk kita bergerak maju ke arah masyarakat tanpa tunai,” kata Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital Sdn Bhd, Syahrunizam Samsudin.

Touch ‘n Go eWallet juga memperkenalkan telah program rujukan tanpa tunai bagi menggalakkan penggunaan kaedah pembayaran QR di kalangan pemandu teksi dan para penumpang.

Setiap pemandu teksi akan menerima 100 PIN tambah nilai Touch ‘n Go eWallet. Setiap satunya bernilai RM8 dan ianya akan diagihkan kepada para penumpang. Pemandu teksi akan mendapat insentif berjumlah RM4 bagi setiap tambah nilai yang digunakan oleh penumpang mereka (Hanya untuk pengguna Touch ‘n Go eWallet yang baru atau kali pertama).

Selain itu, EzCab turut menawarkan promosi istimewa bernilai RM2, eksklusif untuk pengguna-pengguna Touch ‘n Go eWallet buat pertama kali: EZTNGD2. Kod promo ini sah bermula 1 hingga 5 November 2018 dan terhad kepada 500 PIN pertama yang ditebus setiap hari.

Syarikat teksi atau pemandu teksi persendirian yang berminat boleh mendaftar untuk menggunakan kaedah pembayaran QR menggunakan Touch ‘n Go eWallet dengan menghantar SMS atau melalui aplikasi Whatsapp ke to +6019 331 8643 (TNG Digital) atau +6012-355 9267 (EzCab).

Pemandu teksi yang berminat juga boleh kunjungi pejabat EzCab di No 19, Jalan 1/46A, Off Jalan Selingsing 7, Taman Niaga Waris, 51200, Kuala Lumpur.

Manakala para pengguna Touch ‘n Go eWallet boleh membuat pembayaran dengan mengikuti langkah mudah berikut:

1.Klik ikon ‘Scan’ di dalam aplikasi Touch ‘n Go eWallet untuk mengimbas kod QR teksi yang dinaiki
2.Sahkan jumlah yang perlu dibayar kepada pemandu teksi (kira dan masukkan sekali bayaran tol, jika ada)
3.Masukkan jumlah bayaran untuk perkhidmatan teksi berkenaan
4.Masukkan kod PIN 6 digit Touch ‘n Go eWallet anda
5.Pembayaran telahpun disempurnakan dan notifikasi segera akan dihantar melalui SMS
6.Pada masa sama, pengguna Touch ‘n Go eWallet boleh melihat sejarah transaksi mereka dengan menggunakan aplikasi berkenaan bagi menyemak pembayaran/pembelian.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai penggunaan QR untuk teksi atau maklumat terkini yang lain, sila layari www.tngdigital.com.my/ atau kunjungi laman Facebook Touch ‘n Go eWallet di www.facebook.com/touchngoewallet/.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini