Pasukan dari Wilayah Selatan bakal wakili Malaysia ke peringkat akhir Asia Pasifik

SUSULAN kejayaan Castrol Asia Pacific Cars Super Mechanic Contest 2018, Castrol meneruskan pencarian mekanik terbaik, kali ini untuk edisi dua-roda, melalui Castrol Bikes Super Mechanic Contest 2018.

Selepas berhempas-pulas selama empat bulan dalam pertandingan, pasukan Selatan telah
dinobatkan sebagai juara. Pasukan ini berjaya mengetepikan hampir 2,000 mekanik lain dari
serata Malaysia.

Pasukan teratas yang dianggotai oleh Saravanan A/L Sivarau, Tee Kok Jing dan Sivananthan
A/L Lechumanan, membawa pulang hadiah utama bernilai RM12,800 setiap seorang setelah
menewaskan lima pasukan lain di kemuncak Peringkat Akhir pertandingan.

Saravanan dan Sivananthan merupakan wakil Soon Tat Motor Enterprise manakala Tee Kok Jing mewakili Sin Yung Hin Motors.

Castrol Bikes Super Mechanic Contest 2018 edisi Malaysia bermula pada April 2018 dengan
pencarian mekanik terbaik dari seluruh negara. Sejumlah 18 mekanik yang membentuk
enam pasukan yang setiap satunya dianggotai oleh tiga orang, berjaya ke peringkat separuh
akhir.

Pada peringkat separuh akhir, enam pasukan itu diuji dari segi pengetahuan teori. Tiga
pasukan teratas layak untuk terus ke sesi praktikal manakala yang lain dikenakan penalti
selama tujuh minit sebelum memasuki sesi yang sama.

Kesemua pasukan kemudiannya bertanding dalam cabaran pengetahuan praktikal untuk menjulang juara Castrol Bikes Super Mechanic Team di Malaysia. Ahli-ahli dari The Automotive Education & Technical School, School of Skills turut hadir untuk menyalurkan kemahiran mereka menerusi panel pengadil.

Pasukan juara akan mewakili Malaysia di pertandingan Castrol Asia Pacific Bikes Super
Mechanic Contest 2018 di Bangkok, Thailand, November ini, di mana mereka akan berentap
dengan mekanik-mekanik terbaik dari Thailand, Vietnam, Indonesia, Filipina dan India.

Berucap di acara tersebut, Keow Mei-Shan, Pengarah Pemasaran Malaysia berkata, “Castrol berbangga menjadi nama utama dalam menaik taraf dan memberi dorongan kepada wira-
wira negara yang tidak disenandungkan – golongan mekanik.

“Kami menghargai, mengiktiraf dan menganugerahkan mereka yang berkemahiran dalam bidang masing-masing. Kami sangat bangga dengan pasukan pemenang yang akan mewakili Malaysia di peringkat akhir Castrol Asia Pacific Bikes Super Mechanic dan ingin mengucapkan selamat berjaya kepada mereka”.

“Kami berterimakasih kepada Castrol kerana diberikan peluang untuk menonjolkan bakat
malah mempelajari kemahiran baru daripada mekanik lain yang turut menyertai peraduan
ini.

Terima kasih kepada Castrol kerana memberi kesempatan untuk kami terus
memperbaiki diri dan melonjakkan nama kami di luar sana. Kami akan membawakan
semangat “Malaysia Boleh” dengan gagah dan megah di peringkat akhir Castrol Asia Pacific
Bikes Super Mechanic,” kata Saravanan dan Sivananthan dari Soon Tat Motor Enterprise.

Pemenang kedua dan ketiga dianugerahkan kepada pasukan-pasukan dari wilayah Tengah.
Untuk maklumat lanjut mengenai Castrol dan produk-produknya, layari www.castrol.com/my.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini