HeiTech Padu Berhad (HeiTech) berjaya meraih anugerah berprestij Inovasi Tahunan Cyber Security untuk inovasi terknologi dalam perkhidmatan sekuriti terurus terbaharunya Secure-X pada Persidangan Cyber Security Malaysia-Awards, Conference & Exhibition kali ke-10 (CSM-ACE 2018) baru-baru ini.

DIANJURKAN oleh CyberSecurity Malaysia, anugerah ini merupakan pengiktirafan atas inovasi, komitmen, kepimpinan industri serta sumbangan yang diberikan oleh pemain ICT dalam keselamatan siber.

Abdul Halim Md Lassim, Executive Vice President of HeiTech (fourth from right) together with other recipients of the Cyber Security Awards

Anugerah disampaikan oleh Timbalan Menteri Komunikasi & Multimedia Malaysia, Eddin Syazlee Shith kepada Abdul Halim Md Lassim, Naib Presiden Eksekutif HeiTech.

Abdul Halim berkata, HeiTech berbesar hati menerima pengiktirafan ini dan akan terus komited untuk membantu merubah Malaysia ke arah ekonomi digital dalam pelbagai bidang seperti sektor pembuatan, perkhidmatan dan minyak dan gas.

“Sektor-sektor tersebut membuat pelaburan besar untuk mendapatkan penyelesaian keselamatan siber yang boleh diharap untuk menjana produktiviti. Teknologi dan penyelesaian Secure-X yang diperkenalkan di CSM-ACE 2018 akan membantu industri mengubah operasi mereka dan mendapatkan manfaat transformasi digital yang membawa kepada peningkatan keselamatan siber dan perniagaan.”

“Saya juga mengucapkan tahniah kepada pelanggan kami iaitu Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang telah memenangi anugerah Projek Tahunan Cyber Security yang merupakan pengiktirafan atas usaha mereka dalam merealisasikan transformasi digital SSM.

Tumpuan SSM adalah untuk mendapatkan penyelesaian keselamatan menyeluruh yang mampu menyokong operasi, pencegahan dan perkhidmatan pemulihan. Kami merasa terharu kerana diberi peluang untuk turut sama menyumbang kepada kejayaan mereka. Ini adalah bukti komitmen kami kepada pelanggan,” kata Abdul Halim.

HeiTech menyediakan perkhidmatan Secure-X untuk Projek Perkhidmatan Infrastruktur Keselamatan Bersepadu SSM sebagai sebahagian daripada Program Transformasi SSM. SSM kini sedang giat melaksanakan Transformasi Organisasi sejajar visi baharu “Untuk Menjadi Pendaftar dan Pengawal Selia Korporat Terulung”.

Beliau turut menambah Secure-X menyediakan penyelesaian keselamatan siber moden dan perkhidmatan terurus kepada organisasi di Malaysia untuk agensi kerajaan dan swasta dalam mencapai matlamat transformasi digital mereka dengan menawarkan nilai dari teknologi rangkaian hari ini di tengah-tengah persekitaran yang semakin kompleks.

Secure-X melengkapi perkhidmatan Keselamatan Terurus (MSS) HeiTech di mana perkhidmatan ini menyediakan penyelesaian menyeluruh dalam ekosistem IT merangkumi perkhidmatan pencegahan, pengesanan dan pemulihan/tindak balas.

Beralih dari Pusat Operasi Keselamatan (Security Operation Center) tradisional ke perkhidmatan SOC Hosted NextGen yang merangkumi kebolehlihatan ancaman serta strategi pertahanan proaktif melalui alat perisikan ancaman, petunjuk kompromi (Indicator of Compromise) dan membangunkan keupayaan mengesan ancaman.

Secure-X melihat kepada penyelesaian keselamatan menyeluruh untuk segmen tertentu, melengkapi penyelesaian pelanggan sedia ada dengan ciri-ciri tambahan menggunakan pelbagai penyelesaian relevan untuk melengkapkan ekosistem keselamatan.

Dari perspektif HeiTech, reka bentuk keselamatan dan pelaksanaan perkhidmatan teknologi untuk menyokong keperluan perniagaan sesebuah organisasi adalah rumit.

Oleh itu, penting untuk memastikan penyelesaian teknikal direka dan dilaksanakan dengan meletakkan ciri-ciri keselamatan sebagai tumpuan utama – dan berdasarkan prinsip asas Seni bina Keselamatan dengan amalan terbaik.

“Rangka Kerja Senibina Keselamatan Maklumat kami membantu pegawai yang bertanggungjawab dalam aspek Keselamatan untuk sesebuah organisasi (CIO dan eksekutif kanan lain) untuk menilai, mereka semula atau mewujudkan Rangka Kerja Arkitek Keselamatan Enterpris untuk memastikan tadbir urus yang sesuai.

“Kami boleh membantu pelanggan yang memerlukan pengawasan bebas untuk fungsi Senibina Keselamatan dan tadbir urus mereka untuk tempoh jangka pendek dan jangka panjang melalui perwakilan Keselamatan Maklumat yang relevan dan amalan terbaik,” katanya.

HeiTech telah membina tapak yang kukuh dalam industri ICT sejak lebih dua dekad. Hari ini, HeiTech masih mengekalkan kedudukannya sebagai salah satu pemain ICT utama di negara ini yang melaksana projek berkepentingan nasional dan menawarkan perkhidmatan ICT khusus untuk agensi kerajaan dan perniagaan.

Keupayaan utamanya adalah dalam integrasi sistem dan pembangunan aplikasi, penyelesaian infrastruktur ICT seperti perkhidmatan terurus, perkhidmatan rangkaian dan perkhidmatan pengkomputeran awan untuk sektor awam dan swasta.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini