Jualan sebanyak 4,524 pada bulan September dan pegangan pasaran dianggarkan 15%
Selepas tiga bulan berturut-turut mencatatkan rekod kenaikan jualan pada 2018, jualan kereta di Malaysia menyusut pada bulan September selepas penguatkuasaan Cukai Perkhidmatan dan Jualan (SST).
PROTON tidak dikecualikan di mana Syarikat mencatat jualan tertinggi sejak 36 bulan lalu dengan jualan sebanyak 9,501 unit, telah memperoleh jualan sebanyak 4,524 unit. Meskipun terdapat penurunan pada jumlah keseluruhan jualan, pegangan pasaran pada peratusan Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) meningkat kepada 15%, paras tinggi baharu untuk tahun ini dan merupakan peratusan pegangan tertinggi sejak Mei 2017.
Peningkatan keseluruhan pegangan pasaran menunjukkan jualan PROTON kekal meningkat pada September berbanding pesaing-pesaing utamanya. Peratusan sebenar akan disahkan selepas pengumuman rasmi oleh Persatuan Automotif Malaysia (MAA) tetapi dari konteks sebelum ini, hasil yang diperoleh adalah sangat bagus.
Jualan dari tahun ke tahun meningkat sebanyak 1% dan pegangan pasaran sebanyak 4% berbanding 2017, hasil yang sangat memberangsangkan memandangkan jualan bulan September selalunya perlahan.
Analisis selanjutnya menunjukkan pertumbuhan dalam pegangan pasaran sebagai sebahagian daripada trend keseluruhan PROTON dari awal 2018 dengan peningkatan yang ketara pada bulan Ogos (14.5%) yang telah dibawa sehingga bulan September.
“Kami meramalkan kesusutan TIV bagi bulan September kerana pelaksanaan GST berkadar sifar pada tiga bulan sebelum ini telah mewujudkan peningkatan jualan yang luar biasa dalam pasaran. Setelah pembeli berpusu-pusu untuk membeli kereta baharu dan SST sudah dilaksanakan, pembeli kembali kepada corak pembelian kebiasaannya tetapi terdapat pembetulan dalam jangka masa pendek.
PROTON membuat keputusan untuk meminimakan impak dengan menyerap SST dan keputusan kami telah memanfaatkan kami berikutan keseluruhan jumlah jualan bertambah ke peringkat yang lebih tinggi setakat ini,” kata Abdul Rashid Musa, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON Edar.
Selain daripada penjimatan yang ditawarkan, maklum balas yang diterima dari para pembeli mengenai faktor tambahan yang mendorong mereka membeli sebuah kereta Proton. Pertama adalah kualiti kereta yang telah ditambahbaik sejak pelaksanaan sistem audit dari Geely.
Aktiviti seperti One Tank Adventure yang diadakan baru-baru ini juga telah meningkatkan kewujudan kereta kami sementara membuktikan penjimatan penggunaan bahan api bagi sebuah kereta Proton berbanding dengan pesaingnya,” tambah Abdul Rashid.
Pada 7 September, PROTON mengadakan sesi pratonton untuk bahagian luaran dan dalaman Proton X70 yang baharu kepada para media di Malaysia. Pada hari berikutannya, tempahan SUV Proton pertama dibuka secara rasmi di mana pusat cawangan dan pengedar mula menerima deposit daripada pelanggan yang bersemangat ingin membeli model tersebut.
Aktiviti pratonton pelanggan kemudiannya diadakan pada 19 September bermula dengan wilayah tengah dan diteruskan sehingga 4 November meliputi tujuh bandar di lima wilayah di Malaysia yang utama bagi Syarikat.
“PROTON ingin mendekat seramai 6,000 pembeli berpotensi melalui sesi pratonton ini, yang diharapkan meningkatkan jumlah tempahan pra-pelancaran yang kami terima. Ini adalah kali pertama Syarikat memulakan inisiatif sebegini sebelum melancarkan model baharu dan kami berterima kasih atas maklum balas positif setakat ini,” kata Abdul Rashid.
Pelanggan PROTON boleh menikmati tawaran harga tanpa SST untuk semua kereta Proton kerana Syarikat memutuskan untuk melanjutkan tempoh penyerapan SST bagi semua kereta bagi tempoh sebulan lagi. Terdapat juga tambahan promosi iaitu rebat untuk model terpilih.
“Kami berterima kasih kepada kerajaan kerana memperkenalkan SST kerana ia menurunkan harga bagi semua kereta Proton.
Syarikat telah memutuskan untuk melanjutkan tawaran harga tanpa SST untuk tempoh sebulan lagi kerana kami ingin menawarkan penjimatan kepada semua pelanggan. Di samping itu, kami juga mahu menarik pembeli berpotensi dengan tawaran rebat sehingga RM3,000 untuk model terpilih.
Selaras dengan pengumuman kerajaan untuk menamatkan kutipan untuk Tabung Harapan pada akhir September, PROTON akan menyerahkan sumbangan sebanyak RM220,370, daripada kutipan RM10 bagi setiap kereta yang dijual pada bulan Julai, Ogos dan September 2018.
Bersama dengan sumbangan sebanyak RM61,730 yang sebelum ini telah diserahkan untuk penjualan kereta pada bulan Jun, jumlah keseluruhan sumbangan dari Syarikat adalah sebanyak RM282,100.