PROTON 1-Tank Adventure menuju ke arah pergunungan di Malaysia Timur yang meliputi jarak 420km dari Inanam, sebuah daerah di Kota Kinabalu, ke Kundasang, pada 2,000 meter di atas paras laut.
Walaupun dalam keadaan yang mencabar, semua pasukan yang terdiri daripada media dan orang awam telah melengkapkan perjalanan selama 2 hari. Kumpulan Awam merekodkan hasil terbaik purata penggunaan minyak.
Berbanding Pusingan di kawasan Tengah dan Pantai Timur, laluan di Sabah merupakan laluan yang paling mencabar.
Para peserta bertolak dari Proton Edar Inanam, sebuah daerah kecil Kota Kinabalu ke Nabalu Kundasang Lodge melalui Menara Jam Tuaran, Serisim Sub-Station, Ladang Teh Sabah dan Kuala Abai sebelum kembali ke Stadium Likas untuk Pengalaman Pemanduan Dinamik.
Beberapa cabaran yang dihadapi oleh para peserta adalah jalanraya tunggal yang mendaki sehingga 2,000m di atas paras laut selain pertembungan dengan sesetengah haiwan tempatan dari ladang. Sesetengah peserta pula sesat disebabkan ketiadaan signal GPS.
Laluan sedemikian bukan sahaja menguji penggunaan minyak, tetapi juga pengendalian dan keselamatan kereta Proton.
Cabaran itu begitu sukar walaupun para profesional industri mengalami kesukaran untuk memandu secara ekonomi namun masih dapat sampai ke ‘check-point’ dalam masa yang ditetapkan.
Yang mengejutkan, peserta kategori Awam tampil lebih baik dengan peserta selebriti Ruhainies yang memenangi dengan mencatatkan 5.76L/100km menentang peserta kategori media terbaik pada 6.12L / 100km.
Sebelum acara bermula, PROTON menegaskan kepada para peserta bahawa objektifnya adalah untuk mencatat penggunaan minyak dengan tepat mengikut keadaan penggunaan harian.
Semua peserta digalakkan memandu dengan penyaman udara dan pada kelajuan yang mewakili pemanduan setiap hari. Ini sangat dihargai oleh peserta kerana keselesaan adalah penting untuk menikmati perjalanan semasa cuaca panas.
Majlis anugerah untuk kawasan Malaysia Timur telah diadakan di PROTON Edar Inanam. Kesemua keputusan disahkan oleh Malaysia Speed Festival (MSF) yang telah mengesahkan kesemua 16 pasukan berjaya melengkapkan perjalanan 420km itu.
Pencapaian terbaik adalah untuk Saga 1.3 CVT pada 5.46L/100km (penggunaan bahan api purata untuk Kumpulan Saga adalah 6.17L/100km), diikuti oleh Persona 1.6 CVT pada 5.83L/100km (penggunaan bahan api purata untuk Kumpulan Persona adalah 6.33 L/100km) dan Iriz 1.3 CVT pada 5.76L/100km (penggunaan bahan api purata untuk Kumpulan Iriz adalah 6.57L/100km).
Media tempatan, bakal-bakal pelanggan, pihak bank dan syarikat insurans turut hadir di majlis penyampaian untuk menyaksikan hasilnya dan meraikan kemenangan dengan para peserta.
Laluan 1-Tank Adventure yang berbukit telah membuktikan pengendalian yang sangat baik dan ciri-ciri keselamatan aktif dan pasif pada kereta Proton.
Setelah melalui jalan-jalan sedemikian, aktiviti Pemanduan Dinamik berjalan dengan mudah selain peserta diajar kemahiran memandu yang lebih baik seperti cara kedudukan tempat duduk, teknik stereng dan penggunaan pedal pemecut.
Melihatkan perkembangan ini, laluan dan aktiviti masa depan mungkin akan mengambil kira lebih banyak ciri yang mencabar untuk memberi manfaat kepada semua pemandu.
3 buah kereta yang digunakan dalam aktiviti tersebut ialah Saga, Persona dan Iriz. Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman Facebook rasmi PROTON: https://www.facebook.com/