Dua aplikasi video pendek terhangat dunia, musical.ly dan TikTok, mengumumkan gabungan keduanya sebagai sebuah aplikasi global yang baru.
APLIKASI yang dinaiktaraf, mengekalkan nama TikTok, disasarkan untuk mencipta pengalaman pengguna yang bersepadu selain pengenalan logo dan antara muka pengguna yang baru, serta menawarkan keupayaan pencipta video yang lebih meluas.

Dengan menggabungkan ciri-ciri terbaik dari TikTok dan musical.ly, TikTok kini menjadi pilihan nombor satu dunia untuk tujuan penghasilan dan tontonan kandungan video pendek.
Aplikasi yang dinaik taraf tersebut akan menawarkan pengguna pengalaman tontonan yang lebih mudah, menarik dan diperibadikan.
Akaun, kandungan dan pangkalan peminat pencipta sedia ada akan dipindahkan secara automatik ke aplikasi TikTok yang baru, dimana kesemua simpanan kandungan dan peminat akan dikekalkan, selain menikmati peluang untuk mendapat pendedahan global yang pelbagai dan lebih meluas berbanding sebelum ini.

TikTok menyatukan unsur-unsur popular dari kedua-dua aplikasi dengan paparan yang mengetengahkan komuniti pengguna, disamping penambahan paparan “Untuk Anda” (For You) yang menghimpunkan cadangan video yang diperibadikan berdasarkan corak tontonan pengguna.
Aplikasi ini juga memperkenalkan ciri-ciri baru termasuk:
• Fungsi “reaksi” (reaction) yang membolehkan pengguna memberikan reaksi terhadap video rakan-rakan terus dari telefon;
• Ciri-ciri kreatif yang dipertingkatkan seperti penapis isyarat interaktif (interactive gesture filters) yang meliputi seluruh badan menyahkuncikan fungsi-fungsi seperti efek kamera cermin “karnival” (funhouse);
• Penapis reality maya (VR) yang boleh diaktifkan dengan hanya mengelipkan mata;
• Efek latar skrin hijau.
Alex Zhu, pengasas bersama musical.ly dan Naib Presiden Kanan TikTok berkata: “musical.ly telah mencapai satu tonggak baru dengan 100 juta pengguna aktif bulanan dan kami teruja untuk mengorak langkah ke era baru.

TikTok, sebagaimana bunyi detikan jam, merujuk kepada ciri tempoh masa singkat platform video tersebut. Kami ingin mengabadikan kreativiti dan pengetahuan dari seluruh dunia melalui nama baru ini, selain mengingatkan semua orang untuk sentiasa menghargai saat-saat penting dalam hidup mereka.
Langkah untuk menggabungkan musical.ly dan TikTok dilihat sebagai sangat tepat memandangkan misi yang dikongsi kedua-dua platform – untuk mewujudkan komuniti di mana sesiapa boleh menjadi pencipta.”
Aplikasi TikTok terbaru ini menawarkan kandungan yang mengaspirasikan, pendekatan yang lebih mudah untuk berhubung dengan peminat dan para pencipta, serta kemudahan merakam dan menyunting video yang memperkasakan kreativiti dan membolehkan setiap pengguna berkongsi dan meraikan detik-detik yang berharga melalui klip video pendek.
Sebagai sebahagian daripada komitmen TikTok kepada para pencipta, TikTok akan melancarkan beberapa program pencipta baru bagi menyediakan sokongan teknikal, penilaian prestasi dan panduan untuk meningkatkan kemampuan para pencipta.
TikTok komited untuk mewujudkan persekitaran positif bagi pengguna dan pencipta. Selain penambahbaikan kepada pengalaman pengguna, TikTok akan melancarkan pusat keselamatan baru untuk berkongsi tip dan maklumat berguna yang dapat membantu pengguna meneroka pelbagai topik dan membina pengalaman dalam talian yang lebih selamat dan mesra.
Aplikasi yang dinaiktaraf ini juga menawarkan ciri kesejahteraan digital dengan fungsi peringatan penggunaan skrin sekiranya pengguna menggunakan TikTok lebih dari dua jam.
TikTok kini boleh dimuat turun pengguna baru dimana-mana sahaja melalui App Store atau Google Play. Pengguna musical.ly yang sedia ada akan dinaiktarafkan secara automatik ke TikTok apabila mereka mengemaskini aplikasi semasa.
Platform baru ini bakal membolehkan pengguna untuk berinteraksi dengan rangkaian yang lebih luas melalui gedung aplikasi di Amerika Utara, Amerika Latin, EMEA, Asia.
Mengenai TikTok
TikTok merupakan destinasi pilihan untuk video mudah alih pendek. Misi kami adalah untuk merakam dan mempertontonkan kreativiti, pengetahuan dan detik dunia yang penting, terus dari telefon bimbit.
TikTok membolehkan sesiapa sahaja untuk menjadi pencipta, dan menggalakkan pengguna menterjemahkan ekspresi minat dan seni melalui video mereka.
TikTok berpangkalan di Los Angeles dengan pejabat global di London, Tokyo, Seoul, Shanghai, Beijing, Singapore, Jakarta, Mumbai, dan Moscow. Sejak awal 2018, TikTok merupakan salah satu aplikasi yang paling banyak dimuat turun di dunia. TikTok boleh didapati di seluruh dunia melalui iOS dan Android. Lawati tiktok.com.




































