Mercedes-Benz Malaysia (MBM) semalam memperkenalkan barisan model-model kenderaan terbaru dari keluarga limosin S-Class untuk pasaran tempatan di negara ini.

MERCEDES-Benz Malaysia melancarkan model limosin S-Class dalam 4 varian berbeza iaitu: Mercedes-Benz S 450 L, Mercedes-AMG S 560 Cabriolet, Mercedes-AMG S 63 Coupe dan Mercedes-Maybach S 560.

Maybach
  • Mercedes-Benz S 450 L
  • Enjin  6-silinder 3.0L petrol | 367hp, 500Nm | Transmisi 9G-TRONIC | 0-100kmj – 5.4 saat.
  • Mercedes-Benz S 560 Cabriolet
  • Enjin 4.0L biturbo V8 | 469hp, 700Nm | Transmisi 9G-TRONIC | 0-100kmj – 4.6 saat.
  • Mercedes-AMG S 63 Coupe
  • Enjin 4.0L AMG  biturbo V8 | 612hp, 900Nm | Transmisi AMG Speedshift MCT 9G (kali pertama | 0-100kmj – 4.2 saat.
  • Mercedes-Maybach S 560
  • Enjin 4.0L biturbo V8 | 469hp, 700Nm | Transmisi 9G-TRONIC | 0-100kmj – 4.6 saat.
Maybach
Maybach
Maybach

 HARGA

  • Mercedes-Benz S 450 L – RM699,888 (RM705,888 dengan pilihan cat designo)
  • Mercedes-AMG S 560 Cabriolet  – RM1,310,662.21
  • Mercedes-AMG S 63 Coupe – RM1,461,605.60
  • Mercedes-Maybach S 560 – Bermula RM1.4 juta

*Harga tidak termasuk insurans dan ada perubahan apabila SST dilaksanakan.

Mercedes-Benz S 450L
Mercedes-Benz S 450L
Mercedes-Benz S 450L
Mercedes-Benz S 450 L

Spesifikasi Ringkas

  • AMG Line; LED multibeam,  Bantuan Lampu Tinggi Adaptif (A-HBA) Plus, rim aloi ringan AMG 10 jejari 20 inci; sistem ekzos dua paip dan kaca peredam haba/bunyi sekeliling.
Mercedes-AMG S 560 Cabriolet
  • Gril dengan spliter depan krom, skirt sisi dikemas kini,  kemasan krom pada ekzos berkembar, lebih dinamik dengan gril depan dan belakang baru, inlet udara 3D besar dengan setiap satu ada sirip krom, lampu belakang OLED inovatif standard; rim AMG 10 jejari 20 inci dengan dua opsyen warna – kelabu titanium dan kemasan gilap tinggi, atau warna hitam berkilat/ kemasan gilap tinggi.
Mercedes-AMG S 63 Coupe
  • Bumbung panoramik dengan Magic Sky Control®, cermin depan dengan fungsi pemanas; pakej karbon AMG; pakej malam AMG, edisi Yellow Night (terhad), perumah cermin sisi dengan strip kuning, jalur sport AMG kelabu grafit kusam pada bahagian sisi, sistem brek komposit seramik kuning depan/belakang, spliter besar depan dan spoiler; rim aloi AMG jejari silang 20 inci dan Sistem Lampu LED pintar dengan kristal Swarovski.
Mercedes-Maybach S 560
  • Gril radiator baru, warna dua tona tema Maybach dan kombinasi warna eksklusif baru pada kabin, logo Maybach baru antara gril radiator sebelah pemandu dan  tiga opsyen rim eksklusif 20-inci.

Mercedes-Benz S 450 L
  • Kemasan kulit upholsteri, bumbung suria/panoramik, stereng sport kulit Nappa multifungsi, kemasan kayu eukaliptus coklat berkilat, lampu premium, pakej Air-Balance, kerusi eksekutif, kerusi depan boleh laras elektrik, kerusi belakang boleh laras elektrik (ada fungsi memori), pembias cahaya elektrik pada cermin sisi dan belakang, pemegang cawan, sil pintu iluminasi dan pelapik kaki AMG.
Mercedes-AMG S 560 Cabriolet
  • 3 pilihan trim – Kemasan kayu walnut coklat berkilat, kayu kelabu abu kemasan satin dan kayu magnolia designo;
  • 3 kemasan upholsteri – Kulit nappa designo Exclusive AMG Line Plus porselin/merah tizian, designo Exclusive kulit nappa porselin/merah tizian dan designo Exclusive nappa AMG Line Plus Bengal merah/hitam)
  • Skrin 12.3 inci resolusi tinggi
  • Kokpit digital dengan 3 tema gaya: Classic, Sporty dan Progressive
  • Sistem infotainment dengan kawalan suara Linguatronic dan Comand Onlinegenerasi terkini.
Mercedes-AMG S 63 Coupe
  • Cermin dalam malap automatik, pakej memori, 2 pemegang cawan, kerusi depan boleh laras suhu; kerusi depan dengan multikontur aktif dan fungsi urut, pembias cahaya elektrik utnuk cermin belakang, kawalan suhu automatik Thermotronic, ambien kabin premium, pakej Air-Balance, edisi Yellow Night, kemasan kulit Nappa hitam AMG; kemasan gentian karbon AMG, stereng kulit Nappa AMG/Dinamica, pelapik kaki AMG, sill pintu iluminasi dan lain-lain lagi.
  • 2 kombinasi warna eksklusif: Armagnac (coklat/hitam) dan Savanah (kuning air/hitam).
  • Dilengkapkan kemasan kulit Nappa hitam, Exclusive pada upholsteri, dan boleh ditempah dalam pilihan tembaga, emas atau platinum berserta jahitan kontras. Ciri baru lain ialah rangkaian kemasan kayu Magnolia designo.

 

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini