Celcom Axiata Berhad, meneruskan komitmennya untuk membawa pengalaman pelanggan yang hebat kepada semua lapisan masyarakat melalui berkongsi kasih sayang dan keikhlasan bersama 14 rumah kebajikan di seluruh negara.
CELCOM pada 7 Jun 2018, telah menyiarkan sebuah filem pendek berjudul “Kasih 5 Sekawan” di YouTube sekaligus berjanji untuk menyumbang sebanyak RM140,000 kepada rumah kebajikan yang terpilih jika video itu mencecah 2 juta tontonan.
Berkat sokongan rakyat Malaysia, dan semangat Hari Raya Aidil Fitri, Celcom telah berjaya mencapai lebih daripada 2 juta tontonan di YouTube pada minggu pertama siaran.
Berikutan kejayaan tersebut, pada 10 Julai 2018, Rumah Titian Kaseh di Kuala Lumpur, yang menempatkan 100 penghuni kurang bernasib baik yang terdiri daripada anak-anak yatim dan warga emas, telah dipilih menjadi penerima pertama sumbangan RM10,000.
Sumbangan itu diserahkan sendiri oleh Zuraida Jamaluddin, Ketua Pegawai Korporat Celcom Axiata Berhad, kepada Sharifah Adlan, Pengerusi Rumah Titian Kaseh di sebuah majlis bersempena sambutan Hari Raya.
Selain penyerahan sumbangan, penghuni Rumah Titian Kaseh juga diraikan dengan pelbagai hidangan istimewa dan lazat, serta aktiviti-aktiviti seperti karaoke, persembahan tarian dan permainan.
Bagi mengekalkan mesej kasih sayang dan keikhlasan seperti yang digambarkan oleh persaudaraan lima watak – Hasnah, Bom Bom, Maria, Kumari, dan Su Mei – dalam filem pendek Kasih 5 Sekawan, 13 buah rumah kebajikan lagi di seluruh negara akan menerima sumbangan daripada Celcom.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen tersebut, sila layari www.celcom.com.my/kasih_5sekawan atau menonton siri filem pendek ‘5 Sekawan’ melalui saluran YouTube Celcom di https://www.youtube.com/user/CelcomChannel.