Setelah sekian lama PROTON tidak menjalankan aktiviti mengeksport kereta, pengeluar automotif Malaysia kini kembali mengeksport pada separuh kedua tahun 2018.

PROTON semalam meneruskan semula penghantaran kereta ke Timur Tengah yang merupakan penghantaran pertama dilakukan oleh syarikat sejak mula bekerjasama secara rasmi dengan Geely.

Simbolik majlis pelepasan tersebut telah diadakan di pelabuhan Westports Malaysia dengan barisan kereta-kereta Proton yang telah bersedia untuk dimasukkan ke dalam kapal kargo Grand Diamond.

Handover of memento between Eddie Lee, Chief Executive Officer of Westports Malaysia Sdn Bhd and Dr Li Chunrong, Chief Executive Officer of PROTON

Kereta-kereta tersebut akan tiba di pelabuhan Aqaba di Jordan dan dari sana, ianya akan diedarkan ke Iraq dan negara-negara jiran yang lain. Penghantaran pertama terdiri daripada 453 buah kereta Proton, yang mempunyai kedudukan kukuh di pasaran Timur Tengah.

Keterujaan pada kereta-kereta ini terbukti apabila terdapat kelab pemilik-pemilik kereta yang aktif di rantau ini meskipun jumlah eksport yang sedikit dalam masa beberapa tahun yang lalu.

“Majlis ini merupakan titik permulaan buat PROTON kerana kami kini meneruskan dan malah meningkatkan penghantaran kereta ke Timur Tengah bagi bulan-bulan akan datang. Ia juga merupakan penghantaran eksport pertama sejak perkongsian dengan Geely dan kami mengharapkan agar pasaran eksport ini menerima pandangan yang positif pada masa akan datang.

Jadi, bersiap sedialah untuk lebih banyak pengumuman dari kami bermula pada Ogos tahun ini,” kata Dato’ Radzaif Mohamed, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON.

Mempunyai pendapat sama, Eddie Lee, Ketua Pegawai Eksekutif Westports berkata, “Kami juga teruja untuk bekerjasama dengan PROTON dalam usahanya untuk mengeksport kereta ke seluruh dunia, terutamanya kerana eksport terbesar yang terakhir adalah ke Mesir pada tahun 2015.

From left: En Abdul Rashid Musa, Chief Executive Officer of PROTON Edar, Mr Low Pooi Choon, Managing Director of Sunship Sdn Bhd, Mr Eddie Lee, Chief Executive Officer of Westports Malaysia Sdn Bhd, Dato’ Radzaif Mohamed, Deputy Chief Executive Officer of PROTON, Steven Xu Yuan, Director, International Sales Divison of PROTON, Dr Li Chunrong, Chief Executive Officer of PROTON, Mr Khalid Al-shammari, Chief Executive Officer of Al-Bakhet Group, Mr Justin Jae Sung Yang, Head of India & South East Asia, EUKOR Car Carriers Inc

Kami percaya akan kerjasama yang diberikan oleh Westports bersama pelanggan kami seperti PROTON serta agen penghantaran seperti Sunship akan terus mengukuhkan kedua-dua jenama, dan membantu memastikan kereta yang dihantar berada di dalam keadaan yang baik.”

Keyakinan Dato’ Radzaif untuk PROTON terus mengembangkan pasaran eksportnya telah ditambahkan lagi dengan penambahbaikan terhadap kualiti produknya. Sejak Syarikat melaksanakan sistem Audit Produk Pelanggan Global (GCPA) pada proses pengeluarannya, bilangan mata demerit yang didaftarkan telah meningkat sebanyak tiga kali ganda.

Merujuk pada skala gelongsor di mana skor yang lebih kecil adalah bersamaan dengan kualiti yang lebih baik, skor GCPA PROTON terkini sehingga Jun 2018 adalah sebanyak 1763 titik demerit, dengan sasaran sebanyak 1500 mata sehingga hujung tahun.

Ini petanda yang baik kerana Geely dan Volvo yang turut menggunakan GCPA mempunyai skor terkini sebanyak 1200 dan 850 mata.

“PROTON sentiasa berusaha untuk menghasilkan produk berkualiti tinggi untuk pasaran domestik dan eksport tetapi kerjasama dengan Geely telah memperkenalkan kepada kami pola pemikiran berkualiti bersama dengan sistem audit kualiti yang turut digunapakai oleh Volvo.

“Dengan menggunakan sistem tersebut sebagai rujukan, kami telah berjaya menurunkan mata demerit sebanyak tiga kali ganda kerana kami berhasrat untuk mengeluarkan kereta dengan kualiti yang lebih baik kepada pelanggan,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON. “Pasaran Timur Tengah memandang tinggi pada produk-produk dari negara-negara Islam seperti Malaysia.

“Permintaan bagi kereta-kereta akan terus berkembang kerana keadaan ekonomi mereka yang maju dan akan membantu menambahkan lagi peningkataan perniagaan eksport kami. Walau bagaimanapun, pasaran ASEAN kekal sebagai keutamaan bagi perniagaan eksport PROTON, jadi kami teruja dengan peluang yang ada di rantau ini,” katanya.

“Kami sedang mengenalpasti semua peluang yang ada untuk mengembangkan jumlah eksport untuk PROTON. Geely menyokong kuat dalam inisiatif ini dan kerana mereka sangat berpengalaman dalam hal ini, kami berharap untuk memanfaatkannya bagi membolehkan kami menjual lebih banyak kereta di luar Malaysia,” kata Dr Li.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini