Citarasa Mexico memberi keterujaan baharu di dalam hidangan popular KFC Twister. Istimewa untuk jangka masa terhad, KFC Malaysia membawakan kemeriahan citarasa Mexico kepada peminatnya menerusi KFC Mad Mex Twister terbaharu.

Mengekalkan ciri-ciri unik Twister menerusi gabungan bahan segar dan berkualiti di dalam ‘wrap’ enak, Mad Mex Twister membawa dimensi baharu kepada menu berkenaan dengan penampilan bahan-bahan unik berunsur Mexico termasuklah kacang ginjal merah, kacang kuda, dan jagung bersama sos Keju Pedas Mexico istimewa.

KFC Mad Mex Twister features an abundance of uniquely Mexican ingredients in a warm toasted wrap, starting from RM7.50

Lazat diadun bersama kepingan KFC Zinger kegemaran ramai bersama salad segar, Mad Mex Twister menawarkan kenikmatan citarasa Mexico di dalam hidangan ‘wrap’ yang dibakar sempurna.

“KFC Twister merupakan menu popular yang menawarkan kelainan kepada para pelanggan kami di dalam menikmati hidangan KFC. KFC Mad Mex Twister terbaharu ini merupakan hidangan masa terhad yang menampilkan sentuhan citarasa Mexico menerusi Twister kegemaran ramai.

Gabungan lazat berperisa bersama kepelbagaian tekstur dan warna ditambah dengan keenakan kepingan empuk KFC Zinger dan Keju Pedas Mexico menghasilkan rasa Mexico ke tahap maksimum bersama kepuasan yang tidak terhingga,” kata Naib Presiden Kanan KFC Malaysia, Ling Mee Jiuan.

KFC Mad Mex Twister boleh didapati bermula daripada RM7.50 secara à la carte. Turut terdapat di dalam kombo serta hidangan box.

Bermula daripada RM10.90, kombo Mad Mex Twister didatangkan bersama Crispier Fries dan secawan minuman ringan manakala Mad Mex Box menawarkan pilihan yang lebih besar bersama tambahan seketul ayam goreng Hot & Spicy atau Original Recipe.

Dapatkannya sebelum promosi tamat. Terdapat di semua restoran KFC seluruh negara bermula 3 Julai 2018 sementara stok masih ada. Ianya betul-betul rasa Mexico ke tahap maksimum! Untuk maklumat lanjut, sila layari www.kfc.com.my

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini