PROTON mengakhiri separuh tahun pertama 2018 dengan mencatatkan jumlah jualan yang
kukuh bagi bulan Jun.

JUALAN kereta meningkat 50% berbanding bulan lepas dengan sebanyak 6,173 kereta Proton dijual kepada rakyat Malaysia yang telah mengambil kesempatan daripada tawaran GST berkadar sifar serta promosi Duit Raya yang ditawarkan oleh PROTON.

Pegangan pasaran hampir 10% dengan Saga dan Persona yang mendahului jualan seiring dengan kenaikan jualan ini, jumlah pegangan pasaran turut meningkat di mana PROTON berjaya memperoleh lebih kurang 10% daripada Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) bagi Jun berbanding 9.5% pada sebelum ini.

Sama seperti bulan-bulan sebelum ini, Saga dan Persona terus mendahului jualan dengan jumlah pendaftaran hampir 3,000 unit dijual.

Pembeli tertarik dengan kelebihan yang ada pada sedan kompak keluarga PROTON ini kerana ianya yang paling mampu milik, keluasan dan pengendaliannya serta promosi harga Saga Terbaik dalam jangka masa 10 tahun dengan tawaran harga di bawah RM30,000.

Kualiti produk yang telah ditambahbaik untuk semua kereta Proton juga merupakan faktor
penyumbang kerana pelaksanaan sistem Audit Produk Pelanggan Global (GCPA) telah menunjukkan pengurangan yang ketara bagi mata demerit pengeluaran.

“Bulan Jun merupakan bulan terbaik dalam tahun 2018 bagi penjualan PROTON, yang mana membuktikan bahawa rakyat Malaysia masih terus tertarik dengan kereta-kereta Proton dan ini merupakan hasil daripada pelbagai ciri elah yang direka bentuk untuk setiap model.

Pelbagai promosi menarik yang kami tawarkan, dengan GST yang berkadar sifar dan peningkatank eseluruhan kualiti kereta kami juga membantu meningkatkan jualan, di mana kami harap dapat dikekalkan sehingga ke akhir tahun 2018,” kata Abdul Rashid Musa, Ketua Pegawai Eksekutif, PROTON Edar.

Setelah memperoleh skor sebanyak 755 mata pada tahun 2017 dalam Indeks Kepuasan Pelanggan (CSI) oleh J.D Power, PROTON memulakan inisiatif peningkatan kualiti bagi mencapai prestasi yang lebih baik pada 2018.

Skor CSI diukur melalui kaji selidik prestasi pengedar dalam lima perkara (mengikut kepentingan): kualiti servis (32%); inisiasi servis (22%); pengambilan kenderaan (18%); penasihat servis (15%); dan kemudahan servis (13%) dan untuk meningkatkan skornya.

PROTON telah memulakan aktiviti untuk meningkatkan skor di setiap bidang. Skor-skor terdahulu yang menggunakan sistem audit dalaman PROTON yang ketat telah menunjukkan peningkatan dalam skor CSI. Melalui pelaksanaan sistem GCPA, kualiti kereta Proton telah bertambah 3 kali ganda dalam tempoh 8 bulan yang lalu, diukur mengikut standard kualiti oleh VOLVO.

Seperti yang telah diumumkan sebelum ini, PROTON akan menyumbang sebanyak RM10 untuk setiap kereta yang dijual bermula 1 Jun sehingga 31 Disember 2018.

Justeru itu, selepas sebulan program ini dilaksanakan, sejumlah RM61,730 telah berjaya diperoleh untuk Tabung Harapan Malaysia. Apabila melihatkan pada peningkatan jualan dan dengan pelancaran SUV pertama Syarikat pada hujung tahun ini, Syarikat optimis mengenai jumlah sumbangan yang lebih banyak.

“PROTON berbangga kerana kami telah berjaya memperuntukkan lebih kurang RM61,000 untuk Tabung Harapan Malaysia hanya dalam masa sebulan inisiatif sumbangan ini diumumkan.

Syarikat memasang niat untuk menjual lebih banyak kereta sepanjang tahun ini agar dapat memberi sumbangan sebanyak mungkin kepada dana ini yang akan memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia,” jelas Rashid.

Meskipun SUV pertama PROTON akan dilancarkan dalam masa beberapa bulan lagi, gimik pelancaran yang dilakukan untuk produk pertama yang dibangunkan bersama Geely pada baru-baru ini mendapat sambutan yang meriah.

Perdana Menteri Malaysia ke-7, Tun Dr Mahathir Mohamad di dalam pertemuannya dengan Pengerusi Zhejiang Geely Holding Group, Li Shufu, telah memandu uji unit pra-pengeluaran pemanduan sebelah kanan pertama SUV berkenaan.

Merupakan seorang penggemar kereta, Tun menghabiskan hujung minggu berikutnya dengan memandu uji kereta tersebut sekali lagi dan memberitahu pihak media bahawa kereta tersebut adalah baik dan beliau berasa kagum dengan kualitinya.

Beliau turut mengulas bahawa SUV ini akan menjadi produk yang baik untuk pasaran automotif Malaysia dan beliau mahukan lebih banyak syarikat Malaysia terlibat dalam membekalkan komponen automotif.

Setelah memperoleh pandangan positif daripada Perdana Menteri, PROTON kini diperhebatkan lagi usaha publisiti bagi SUV bersempena dengan pelancarannya pada hujung tahun ini.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini