Inilah masa terbaik untuk anda memiliki sebuah kenderaan daripada BMW Group Malaysia!

BMW Group Financial Services Malaysia Meningkatkan Kenikmatan Memandu serta Menyemarakkan Keghairahan dengan Program Full Circle.

BMW Group Financial Services Malaysia telah memperkenalkan kempen BMW Full Circle Recharged dan MINI Full Circle Urban Explorer – iaitu sebuah pembaharuan terhadap Program Full Circle, yang merupakan program pembiayaan dinamik untuk memberi bantuan bagi pembiayaan kenderaan-kenderaan BMW dan MINI di dalam negara.

BMW X3 xDrive

Harald Hoelzl, Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia yang mengumumkan pengenalan program pembiayaan inovatif ini berkata, “Inovasi yang diterapkan dalam BMW Group berteraskan pelanggan.

Bermula dari kenderaan premium sehinggalah ke servis premium kami, kepakaran kami adalah terhadap mobiliti individual premium. Program pembiayaan baharu ini mendemonstrasikan kenyataan ini dengan tepat.

BMW 330e M Sport

Kami bermatlamat untuk terus menerajui industri automotif premium di Malaysia untuk mencapai taraf mobiliti masa hadapan dengan program pembiayaan dan mobiliti yang revolusioner untuk membekalkan Pengalaman Pemilikan Premium BMW Group Malaysia yang menyeluruh.”

Tobias Eismann, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Financial Services di Malaysia berkata, “Untuk menampung permintaan pasaran yang tinggi terhadap kenderaan hibrid kami, BMW Group Financial Services Malaysia berbesar hati untuk mengumumkan pelancaran kempen BMW Full Circle Recharged – iaitu sebuah program pemilikan eksklusif yang dibangunkan secara khusus untuk rangkaian kenderaan model BMW iPerformance yang terdiri daripada BMW 330e M Sport, BMW 530e Sport yang pertama, BMW 740Le xDrive dan BMW X5 xDrive40e M Sport.”

BMW 740Le xDrive

Nikmati kelebihan penawaran kempen BMW Full Circle Recharged terbaharu yang melengkapkan Sheer Driving Pleasure dengan pemilikan BMW 330e M Sport bermula dari RM 2,918.00 sebulan; BMW 530e Sport yang pertama bermula dari RM 3,908.00 sebulan; BMW 740Le xDrive bermula dari RM 6,668.00 sebulan dan BMW X5 xDrive40e M Sport bermula dari RM 4,718.00 sebulan.

Dengan setiap permohonan yang berjaya melalui kempen BMW Full Circle Recharged, pemilik kenderaan baharu juga akan menerima set komplemen pakej BMW Life Recharged yang merangkumi Fitbit Charge 2 dan HoriznStudios edisi terhad bagi BMW Board Case, 33L (bergantung pada terma dan syarat).

Melalui kombinasi kreativiti dan gaya hidup urban yang bertenaga, MINI mewujudkan trend melalui pendekatan yang berbeza dengan penampilan keindividualan dan kebolehubahsuaian bagi pelanggan mereka.

Inisiatif ini juga didemonstrasikan melalui MINI Cooper S Countryman Sports yang diperkenalkan baru-baru ini. Model ini dirumus khas bagi mereka yang menggilakan pengembaraan, bagi mereka yang hidup dari detik ke detik serta bagi mereka yang menjalani hidup tanpa batasan.

MINI Cooper S Countryman Sports

Program MINI Full Circle Urban Explorer menawarkan kenderaan MINI Cooper S Countryman Sports bermula dari RM 2,698.00 sebulan, sekali dengan set MINI Urban Essential yang didatangi dengan Nanopresso yang boleh digunakan untuk membancuh kopi kegemaran dengan segera dan Fitbit Charge 2 juga akan diberikan bagi setiap permohonan yang diluluskan (bergantung pada terma dan syarat).

Diperkenalkan untuk memberikan pelanggan fleksibiliti dan jaminan yang lebih baik apabila ia melibatkan pembiayaan bagi pembelian jentera BMW atau MINI, Program Full Circle menawarkan pelbagai opsyen untuk pemilikan kenderaan yang menyeluruh, menawarkan pengalaman mobiliti yang lancar dan pada masa yang sama menjamin nilai kenderaan yang dibeli sepanjang tempoh pembiayaan yang dipersetujui.

Eismann berkata, “Program Full Circle dicipta untuk memberikan solusi mobiliti yang berfokuskan pelanggan supaya mereka dapat menikmati pengalaman pemilikan premium yang terbaik.

Pelanggan Malaysia kami mempunyai kehendak yang tersendiri apabila ia melibatkan solusi pembiayaan dan kami sedang melihat peralihan gradual terhadap trend pembiayaan yang konvensional melibatkan pembiayaan kenderaan bagi tempoh 5 tahun atau lebih, ke pembiayaan yang berteraskan pengalaman pemanduan moden yang membolehkan pelanggan menukar kenderaan mereka setiap 2 hingga 4 tahun.”

BMW 530e Sport

Tambah beliau, dengan Program Full Circle, pemilik kenderaan boleh menikmati kelebihan solusi inovatif terbaharu ini dengan mudah tanpa perlu berunding harga tukar beli atau harga kereta terpakai bagi kenderaan mereka.

“Sebagai sebuah divisyen kewangan bagi salah satu daripada syarikat premium yang paling inovatif di dunia, kami bermatlamat untuk melancarkan dan mendukung inisiatif mobiliti yang memfokuskan mobiliti dari peringkat individu hingga ke peringkat korporat dengan solusi yang dirumus khas untuk mereka.

Dengan peningkatan permintaan yang semakin pesat bagi jentera BMW dan MINI di Malaysia, nilai masa hadapan yang terjamin bagi kenderaan-kenderaan ini telah meningkat secara mendadak sejak dua suku tahun yang lepas, lantas menjadikan instrumen pembayaran ansuran bulanan semakin menarik,” ujar Eismann.

Kempen Full Circle Recharged kini bemula dan akan berakhir pada 31 Ogos 2018 (bergantung pada terma dan syarat).

Perkembangan pasaran yang terbaharu serta kepercayaan pelanggan terhadap jenama-jenama BMW telah membolehkan BMW Group Financial Services Malaysia menawarkan BMW 318i Luxury dengan ansuran bulanan yang kompetitif yang bermula dari RM 2,098.00.

BMW 3 Series melambangkan kenderaan sedan sporty dan ia kekal sebagai model yang paling menonjol dalam rangkaian kenderaan BMW, malah ansuran bulanan yang digubah khas bagi kenderaan ini akan memberikan pengalaman pemanduan yang tiada tandingannya bagi pemilik BMW dalam kadar yang lebih cepat berbanding sebelum ini.

Keterujaan yang dirasai melalui pelancaran BMW X3 terbaharu juga didukung oleh penggemar Famili BMW X, di mana Program Full Circle akan menjamin nilai masa hadapan kenderaan ini pada kadar yang hebat, iaitu lebih daripada 50% dalam masa 3 tahun yang akan datang dengan ansuran bulanan sebanyak RM 3,808.00.

Kempen BMW Full Circle Recharged dan MINI Full Circle Urban Explorer merupakan sebahagian daripada Pengalaman Pemilikan Premium yang ditawarkan oleh BMW Group Malaysia dan ia merangkumi:

  • Waranti Perbatuan Tanpa Had Selama 5 Tahun oleh BMW serta Program Servis Berjadual Percuma.
  • Waranti Perbatuan Tanpa Had Selama 4 Tahun oleh MINI serta Servis Berjadual Percuma.
  • Program Waranti Tayar Selama 2 Tahun/24 Bulan oleh BMW untuk penawaran servis Run Flat Tyre.
  • Bantuan Tepi Jalan dan Hotline Kemalangan BMW.
  • Aplikasi Mudah Alih BMW Group Loyalty+ – BMW White Card, MINI Black Card dan program keahlian BMW Excellence Club.
  • Servis Atas Talian oleh BMW dan MINI.

Butiran lanjut mengenai Program Full Circle, serta kempen BMW Full Circle Recharged dan MINI Full Circle Urban Explorer boleh didapati di mana-mana cawangan Pengedar Sah BMW dan/atau MINI, melalui e-mel di [email protected] atau melalui talian 1800-88-3000.

RAYA@BMW

BMW Group Malaysia juga akan menyambut Hari Raya ini dengan rebat menarik dan penyelesaian pembiayaan yang kompetitif bermula dari 1.22% untuk pelbagai model BMW, bersama dengan BMW i Wallbox dan BMW ChargeNow promosi untuk model BMW iPerformance terpilih. RAYA@BMW akan diadakan di semua pengedar yang sah dan pada tarikh di bawah, dengan aktiviti menarik untuk keluarga.

PengedarTarikh
Ingress Damansara30 Jun – 1 Julai
Ingress Puchong30 Jun – 1 Julai
Wearnes30 Jun – 1 Julai
AB Glenmarie30 Jun – 1 Julai
AB Kuala Lumpur30 Jun – 1 Julai
AB Sungai Besi30 Jun – 1 Julai
AB Johor30 Jun – 1 Julai
AB Penang30 Jun – 1 Julai
AB Balakong30 Jun – 1 Julai

Untuk maklumat lanjut mengenai RAYA@BMW, sila layari www.bmw.com.my

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini