Sempena dengan musim perayaan ini, PROTON menawarkan kepada pelanggan-pelanggannya tawaran terhebat bagi model Saga dengan harga terbaik dalam tempoh 10 tahun.

PROTON juga menyediakan penjimatan istimewa untuk model-model Proton lain daripada model sedan sehinggalah MPV yang luas, pastinya ini adalah masa yang sesuai untuk mendapatkan sebuah Proton.

Tawaran Saga Terbaik dalam tempoh 10 tahun dan atas sebab ini, PROTON ingin membantu untuk meringankan hidup anda. Saga boleh menjadi milik anda dari harga di bawah RM30,000.

Seiring dengan perkembangan baru-baru ini di dalam negara dan rakyatnya yang bersepadu, PROTON ingin menyatakan sokongannya kepada Tabung Harapan Malaysia, di mana RM10 daripada setiap pembelian kereta Proton akan disumbangkan kepada dana kerajaan tersebut.

Sebagai organisasi korporat nasional yang prihatin, PROTON merasakan perlu untuk tampil ke hadapan memberikan bantuan tambahan ke atas tanggungjawab ini demi negara dan bangsa Malaysia.

Selain itu, terdapat juga penjimatan hebat untuk semua model-model Proton lain selain daripada tawaran Saga yang terbaik sempena promosi Hari Raya dan untuk menggalakkan penjualan kereta Proton dalam usaha kami membantu ke arah Tabung Harapan Malaysia.

Terdapat penjimatan sehingga RM4,000 untuk Iriz dan Ertiga, dan sehingga RM3,000 untuk Persona. Penjimatan yang ditawarkan adalah berkadar sifar GST, di mana tawaran menyerupai hampir dua kali ganda pengurangan kadar GST.

Ini adalah masa yang terbaik untuk memiliki Proton, terutamanya dengan GST yang berkadar sifar yang telah berkuatkuasa. Pelanggan berpotensi untuk mendapat penjimatan antara 12% – 18%, bergantung kepada model kereta, jika penjimatan tambahan daripada GST berkadar sifar turut diambil kira.

Naib Presiden, Jualan dan Pemasaran PROTON, Abdul Rashid Musa berkata, “Kami yakin para pengguna akan mendapat kepuasan yang tinggi apabila mereka memandu kereta Proton, kerana kereta kami terkenal dengan kelancaran pemanduannya, ketahanan dan pemanduan dan pengendalian yang hebat.

“Jadi jangan lepaskan tawaran yang hebat ini,” tambah Rashid.

Selain daripada promosi jualan, PROTON juga menawarkan pemeriksaan 20-mata percuma di semua cawangannya di seluruh negara, bermula dari sekarang sehingga 15 Jun 2018.

Pemeriksaan percuma ini akan memastikan perjalanan yang lancar dan sambutan yang meriah tanpa kerumitan pada saat akhir. Pemeriksaan 20-mata ini merangkumi operasi pedal brek dan klac, suis-suis, lampu dan penunjuk di dalam panel instrumen, tali pinggang keselamatan, pemeriksaan bateri, bilah pengelap cermin, minyak enjin, cecair penyejuk dan lain-lain.

Bagi mereka yang akan melakukan perjalanan pada saat-saat akhir dan ingin melakukan pemeriksaan 20-mata ke atas kereta mereka, terutamanya mereka yang akan pulang jauh menghala ke arah Utara, Selatan dan Pantai Timur, mereka juga boleh ke Stesen PETRONAS terpilih di mana pasukan perkhidmatan PROTON akan berada di sana untuk membantu anda melakukan pemeriksaan pantas yang diperlukan.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini