Ingress Auto Puchong, pengedar sah kenderaan BMW di Malaysia menerima peningkatan dalam tempahan model kenderaan susulan keputusan kerajaan mengenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada kadar sifar berkuat kuasa 1 Jun lalu.

PENGEDAR Prinsipal Ingress Auto Puchong, Mohd Azeman Mohamed Akram berkata, hampir keseluruhan model BMW menerima tempahan yang memberangsangkan disebabkan perbezaan harga yang jauh lebih rendah apabila GST pada kadar sifar.

Beliau memberi contoh harga sebuah model BMW X5 Hibrid yang dijual pada harga RM388,800 kini menurun kepada kira-kira RM366,000 selepas GST sifar manakala model BMW X1 pula dipasarkan pada harga RM216,000 (selepas GST sifar) berbanding RM230,000 sebelum ini.

“Kami menerima peningkatan tempahan lebih 20 peratus bagi model BMW X1 pada bulan lalu manakala 50 peratus tempahan bagi semua model varian 3 Series susulan pelaksanaan kadar sifar GST ini.

Mohd Azeman (tiga dari kanan) beramah mesra bersama pelanggan yang hadir pada majlis berbuka puasa, semalam

“Sehubungan itu, saya menyarankan orang ramai merebut peluang yang ditawarkan sekali dalam seumur hidup ini untuk memiliki kereta idaman pada harga yang jauh lebih rendah sepanjang tempoh tiga bulan ini kadar sifar GST ini dilaksanakan,” katanya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa bersama pelanggan Ingress Auto Puchong di sini, semalam.

Majlis berbuka puasa yang terbuka kepada semua pelanggan itu bermula dari jam 7 malam sehingga 12 tengah malam dihadiri kira-kira 200 orang.

Mohd Azeman berkata, sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba, Ingress Auto Puchong menawarkan pelbagai tawaran menarik seperti ‘Duit Raya dari RM5,000’, kad petrol percuma bernilai RM500, BMW Advanced Car Eye Camera dan pakej Coating & Tinting bernilai RM2,500 bagi setiap pembelian model tertentu kereta BMW tertakluk kepada terma dan syarat sehingga 30 Jun ini.

Katanya, trend pembelian kenderaan pada bulan Jun hingga Ogos ini dijangka meningkat disebabkan faktor harga yang ditawarkan berbanding bulan sebelumnya kerana orang ramai mengambil sikap menunggu keputusan Pilihan Raya ke-14.

Beliau berkata, susulan peningkatan tempahan ini, Ingress Auto Puchong akan menyemak semula unjuran sasaran jualannya daripada 320 unit kepada kira-kira 360 unit tahun ini membabitkan pelbagai model.

Mohd Azeman berkata, pelaksanaan kadar sifar GST bukan sahaja pada harga kenderaan tetapi meliputi semua produk serta perkhidmatan seperti alat ganti, servis dan aksesori. Untuk maklumat lanjut boleh berkunjung sendiri ke cawangan Ingress Auto Puchong seperti yang tertera dibawah:

Ingress Auto Puchong
No. 3, Lebuh Puteri, Bandar Puteri,
47100 Puchong, Selangor

Telefon : 03 8063 3222
Faks: 03 8063 3666
Emel: info@ingressauto.com.my

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini