MK Land Holdings Berhad (MK Land) merupakan salah satu syarikat hartanah di Malaysia melalui anak syarikatnya Medan Prestasi Sdn Bhd (MPSB) telah melancarkan pembinaan Menara B untuk Residensi Suasana @ Damai.
RESIDENSI Suasana @ Damai terletak di tengah-tengah Damansara Damai, sebuah bandar matang dengan kemudahan moden serta mempunyai sambungan ke lokasi-lokasi utama melalui Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Lebuhraya Damansara – Puchong (LDP), Lebuhraya Duta – Ulu Kelang (DUKE), Jalan Kepong – Sungai Buloh dan Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2).
Pembangunan ini turut mudah diakses melalui pelbagai pengangkutan awam seperti bas, teksi dan juga sistem Transit Aliran Massa (MRT).
“Lokasi adalah faktor utama kepada bakal pembeli yang mencari kediaman, diikuti dengan harga dan seterusnya akses ke kawasan tersebut. Kami, di MK Land amat yakin dengan pembangunan ini kerana ianya terletak di lokasi yang strategik disamping dengan adanya pelbagai kemudahan awam yang melengkapkan lagi projek kami,” kata Pengarah Eksekutif MK Land, Lau Shu Chuan di pelancaran pembinaan Menara B yang diadakan di tapak projek Residensi Suasana @ Damai.
Sementara itu, Mustafa Kamal Hawari, selaku Pengurus Besar Kanan MPSB menambah
“Residensi Suasana @ Damai mempunyai Nilai Pembangunan Kasar (GDV) yang bernilai RM400 juta mempunyai 780 unit kediaman merangkumi tiga menara.
Menara A kini telah 50% siap dibina dan dijangka siap sepenuhnya pada September 2019. Kita menawarkan tiga jenis unit kediaman yang berkeluasan besar diantara 1,015 kaki persegi hingga 1,451 kaki persegi dengan harga yang berpatutan bermula dari RM450,300”.
Kawasan kediaman ini dibina di atas tanah seluas 5.56 ekar yang menawarkan bakal penduduknya dengan kemudahan dan gaya hidup yang baik dan moden. Selain itu, para penduduk Residensi Suasana @ Damai turut dapat menikmati kehijauan dan ketenangan empat kawasan Urban Park yang sedia ada seluas 43 ekar, iaitu sebuah hutan simpan yang sesuai dijadikan tempat menjalankan aktiviti seperti beriadah, berkelah, penanaman herba dan banyak lagi.
Sungguhpun pasaran hartanah di Malaysia agak mencabar, majoriti para pembeli bagi projek Residensi Suasana @ Damai menerima 90% margin untuk membiayai pinjamana rumah mereka dari bank – bank tempatan.
Untuk maklumat lebih lanjut berkaitan Residensi Suasana @ Damai, sila lawati Galeri Jualan Residensi Suasana @ Damai di Jalan PJU 10/2b, Damansara Damai 47830, Petaling Jaya, Selangor.