Pelancaran baharu di Bandar Bukit Raja, perbandaran kebanggaan Klang kediaman dua tingkat berangkai Athira memenuhi keperluan kehidupan pelbagai generasi

SIME Darby Property kini melancarkan Athira iaitu pembangunan kediaman terbarunya di Bandar Bukit Raja, sebuah perbandaran bersepadu dan serba lengkap di Klang pada 14 April 2018 (Sabtu).

Living Room

Digelar ‘Perbandaran Kebanggaan Klang’, Bandar Bukit Raja yang dibangunkan Sime Darby Property menawarkan ketersambungan yang terbaik, komuniti yang mesra dan persekitaran yang menggalakkan kehidupan sihat.

Bandar Bukit Raja, sebuah perbandaran bersepadu berkeluasan 4,333 ekar dilengkapi dengan ketersambungan yang baik, dihubungkan secara terus ke Lebuhraya Pantai Barat (WCE) melalui persimpangan keluar masuk Meru atau persimpangan keluar masuk Kapar, membolehkan perjalanan lancar dari utara (Taiping) ke selatan (Banting).

WCE sedang dalam pembinaan dan dijangka siap pada tahun 2019. Bandar Bukit Raja juga dihubungkan ke lokasi-lokasi utama seperti Shah Alam, Subang Jaya, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) dan Lebuhraya Persekutuan, serta Pelabuhan Klang dan Bandar Sultan Suleiman melalui Jalan Pintas Selat Klang Utara (lebuhraya Shapadu).

Kelebihan Bandar Bukit Raja yang lain adalah akses mudah ke Pelabuhan Klang (Pelabuhan Utara dan Pelabuhan Barat) serta lapangan terbang seperti Subang Skypark, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2.

Rangkaian pengangkutan awam juga dapat diakses merangkumi Transit Aliran
Ringan 3 (LRT3), perkhidmatan KTM Komuter dan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di
masa hadapan.

Terdapat beberapa pasar raya besar dan pusat membeli-belah di sekitar Bandar Bukit
Raja seperti AEON Bukit Raja, Klang Parade, Giant Klang Sentral, Tesco Setia Alam,
Setia City Mall, dan Lulu Hypermarket yang bakal dibuka. Hospital Columbia Asia dan
Hospital Besar yang bakal dibuka akan terus menjadikan Bandar Bukit Raja sebagai
perbandaran bersepadu dan lengkap.

Athira, pembangunan kediaman terbaru yang akan dilancarkan di Bandar Bukit Raja,
adalah pembangunan pegangan bebas seluas 18.21 ekar yang terdiri daripada 166
unit kediaman dua tingkat berangkai 22’ x 75’ dengan kawasan terbina yang luas
bermula dari 2,191 kaki persegi.

Menawarkan pemilikan mudah dengan pakej pelancaran yang menarik, fasa pertama sebanyak 95 unit kediaman pelbagai generasi akan mula dijual Sabtu ini, dengan harga bermula dari RM753,888.

Upstairs Living

Kediaman pelbagai generasi direka khas untuk memenuhi keperluan mereka yang lanjut usia, remaja dan kanak-kanak di bawah satu bumbung. Kediaman Athira menyediakan bilik tidur dan bilik mandi tetamu di aras bawah yang mesra kerusi roda dan boleh disesuaikan bagi keperluan khusus untuk ahli keluarga yang berusia atau kurang upaya.

Pengurus Besar Sime Darby Property, Ir. Mohd Idris Abdullah berkata, “Kami bangga melancarkan pembangunan terbaru di Bandar Bukit Raja. Kali ini, kami memperkenalkan Athira, pembangunan kepadatan rendah yang menawarkan persekitaran hijau yang mendamaikan di keseluruhan kejiranan.

Ini bertepatan dengan janji kami untuk menawarkan kehidupan komuniti yang berkualiti.”

Bandar Bukit Raja menggalakkan kehidupan sihat, menekankan kesihatan fizikal dan
emosi bagi komunitinya. Taman bandar seluas 125 ekar yang bakal menjadi yang
terbesar di Klang Utara, kini sedang dibangunkan di perbandaran itu.

Ciri-ciri keselamatan seperti pintu tunggal untuk masuk dan keluar bagi setiap kawasan
perumahan juga menjadi fokus utama perbandaran itu.

Perbandaran juga terkenal dengan komuniti yang vibran, dengan kewujudan 22 Persatuan Penduduk. Inisiatif alam sekitar yang diadakan bersama penduduk, perbandaran dan Majlis Perbandaran Klang (MPK) juga telah memenangi dua pengiktirafan global di London dan Dubai pada tahun 2017.

Inisiatif itu memenangi Anugerah Hijau Dunia dan Anugerah Alam Sekitar Green Apple yang mengiktiraf, memberi penghormatan dan menggalakkan amalan terbaik dalam penjagaan alam sekitar di seluruh dunia.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini