UD Trucks dan pengedar tunggalnya, Tan Chong Industrial Equipment Sdn Bhd (TCIE) mengumumkan Jabatan Fleet Management, Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menempah sembilan unit trak tugas berat UD Quester 8-liter baru-baru ini.
TEMPAHAN baru ini menambahkan rangkaian pengangkutan pembekal elektrik terbesar negara untuk trak UD kepada 40-unit. Majlis penyerahan telah diadakan di ibu pejabat TNB baru-baru ini dan dihadiri oleh semua pasukan pengurusan syarikat yang turut mengambil bahagian dalam penyerahan kunci kepada pegawai TNB.
Pengarah Urusan Hab Malaysia UD Trucks, Filip Van den Heede berkata, “Sebagai pelanggan yang dihargai, kami amat gembira dan berbesar hati kepada TNB, yang perniagaan utamanya adalah membekalkan elektrik ke seluruh negara dan penyumbang utama kepada pembangunan negara, telah mengambil keputusan untuk membeli sembilan unit lagi trak tugas berat Quester.”
“Pilihan TNB ini adalah bukti kebolehpercayaan terhadap UD Trucks. Quester dibina untuk
memenuhi apa jua keperluan pelanggan di Malaysia dan logistik mereka, tanpa mengabaikan aspek serba boleh, tempoh boleh operasi dan keselamatan.
Ia merupakan trak tahan lasak yang direka dan dibina dengan komponen teguh serta berkualiti demi memberi lebih produktiviti dan tempoh boleh operasi yang mengagumkan. Kami yakin TNB dan bekalan elektrik di Malaysia akan menerima manfaat yang besar daripada trak-trak ini.”
Sependapat dengan pandangan Van den Heede, Ketua Pegawai Eksekutif TCIE, Wong King
Yoon berkata, “Penyerahan trak ini benar-benar menunjukkan hubungan yang berjaya dengan pelanggan yang dihargai berdasarkan janji jenama kami untuk ‘go the extra mile’ menerusi produk berkualiti dan perkhidmatan pasca-jualan mantap yang kami sediakan.
Kami sangat menghargai keyakinan berterusan yang TNB berikan kepada kami.” Aktiviti utama TNB adalah memberikan perkhidmatan bekalan elektrik melalui rangkaian bekalannya.
Sembilan unit trak UD Quester yang baru dibeli ini terdiri daripada tujuh unit trak 18 tan dan dua unit trak 24 tan. Ia akan digunakan oleh TNB sebagai set janakuasa bergerak demi menyokong keperluan bekalan elektrik negara sekiranya berlaku gangguan bekalan elektrik, selain daripada kerja-kerja tunggu sedia dan kerja-kerja terancang.
Semua trak ini akan diserahkan kepada Jabatan Fleet Management, TNB di seluruh Semenanjung Malaysia.
Pengurus Besar (Core Operation & Shared Services), Jabatan Fleet Management, Tenaga Nasional Berhad, Mohammad Anas Ibrahim berkata, “Selaku pembekal utama elektrik negara, peranan TNB adalah memastikan pelanggan menerima bekalan elektrik dari sistem rangkaian yang terdiri daripada rangkaian grid, rangkaian sub-sub stesen dan rangkaian pembahagian.
Melalui semua sistem inilah TNB membekalkan elektrik kepada rakyat Malaysia secara konsisten dan juga pada masa yang sama, memastikan keseimbangan dari segi bekalan dan permintaan. Jika berlaku masalah gangguan bekalan elektrik, ia perlu ditangani segera dan salah satunya adalah menggerakkan set janakuasa bergerak sebagai perkhidmatan sokongan segera.”
“Justeru, kami memerlukan trak yang serba boleh dan boleh dipercayai serta boleh digerakkan dengan segera sebagai set janakuasa bergerak. Ini membolehkan kami mengurangkan gangguan bekalan elektrik kepada pelanggan dan terus kekal komited untuk menyokong keperluan bekalan elektrik negara,” kata Mohammad Anas yang mewakili Pengurus Besar Kanan Jabatan Fleet Management, Tenaga Nasional Berhad, Datuk S. Viswanathan pada majlis penyerahan trak tersebut.
“Selain trak yang tahan lasak dan serba boleh, kami juga memerlukan sokongan perkhidmatan pasca-jualan yang pantas. Jabatan khidmat pasca-jualan TCIE amat prihatin dan sentiasa memberikan maklum balas yang pantas ke atas apa jua pertanyaan kami. Jadi, kami percaya bahawa UD Trucks dan TCIE merupakan rakan yang mantap, serta dapat memenuhi keperluan TNB, membolehkan kami untuk fokus ke atas operasi utama kami dengan tenang.”
Beliau berkata, Jabatan Fleet Management, TNB membeli trak UD pertama mereka pada
tahun 2006. Ia juga merancang untuk membeli lebih banyak trak tugas ringan dan sederhana pada tahun ini bagi menggantikan trak-trak yang sudah lama dengan bertujuan meningkatkan kecekapan operasi.
Tan Chong Industrial Equipment mempunyai rangkaian 43 pusat servis dan pengedaran yang ekstensif di seluruh negara. Setiap pembelian trak UD akan disokong oleh perkhidmatan UD Extra Mile Support yang merangkumi servis dan alat ganti tulen UD, Latihan Pemandu UD, UD Telematics dan Perjanjian Servis Sebenar UD.