Permintaan tinggi terhadap produk kediaman Sime Darby Property Fasa pertama Serenia City habis dijual dan kadar ambilan 80% di Nilai Impian
ORANG ramai telah datang ke galeri jualan Serenia City seawal jam 4 petang sehari sebelum pelancaran rasmi. Apabila pelancaran dibuka pada 31 Mac, semuanya telah habis dijual dalam tempoh hanya satu jam.
Kediaman dua tingkat berangkai di Serenia City, produk terkini di perbandaran terbaru Sime Darby Property Berhad itu juga menerima permintaan yang tinggi bagi produk kediaman yang sama di Nilai Impian baru-baru ini dengan kadar ambilan hampir 80 peratus daripada jumlah keseluruhan unit yang ditawarkan.
“Ini merupakan indikasi bahawa produk yang betul apabila ditawarkan di lokasi yang
tepat akan menerima reaksi yang baik dalam pasaran. Ia juga menunjukkan bahawa
terdapat permintaan yang tinggi bagi pembangunan kediaman berharga berpatutan di Serenia City dan Nilai Impian, perbandaran yang menawarkan kemudahan sedia ada dan dirancang, serta ketersambungan yang terbaik,” menurut Ketua Pegawai Operasi (Perbandaran) Sime Darby Property, Dato’ Wan Hashimi Albakri.
Serenia Amani, pembangunan kediaman pertama di Serenia City, adalah pembangunan pegangan bebas yang meliputi 25.14 ekar dan terdiri daripada 302 unit rumah dua tingkat berangkai 20’x70’ dengan keluasan terbina daripada 1,830 – 2,055 kaki persegi. Sime Darby Property menawarkan fasa pertama sejumlah 126 unit dengan harga bermula dari RM536,888.
Serenia City terletak secara strategik di koridor pertumbuhan selatan Kuala Lumpur dan juga KLIA Aeropolis, sebuah hab digital perdana bagi Taman Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) pertama di dunia. Serenia City yang seluas 1,775 ekar itu juga terletak berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2.
Persimpangan keluar masuk Bandar Serenia, yang disasarkan penyiapannya pada Oktober 2018, menghubungkan perbandaran itu secara terus ke Lebuhraya ELITE, meningkatkan lagi keterhubungan ke Serenia City selain penyambungan sedia ada melalui Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya MEX. Perbandaran ini juga terletak berhampiran stesen ERL Salak Tinggi.
Orkid, pembangunan kediaman terbaru Sime Darby Property di perbandaran Nilai Impian, mencapai kadar ambilan yang tinggi sebanyak 76% pada hari pelancaran rasmi pada 24 Mac 2017.
Orkid adalah pembangunan pegangan bebas seluas 10.07 ekar yang terdiri daripada 132 unit kediaman dua tingkat berangkai 20 ‘x 65’ dan 22 ‘x 65’ yang luas menempatkan 4 buah bilik tidur dan 3 bilik mandi. Menawarkan pemilikan mudah, harga adalah berpatutan dan bermula dari RM488,888.
Nilai Impian bakal menjadi pintu masuk ke Malaysia Vision Valley (MVV), yang merupakan sebahagian daripada pelan pertumbuhan jangka panjang Sime Darby Property. Pembangunan MVV yang dijangka akan berlangsung lebih 30 tahun akan menjadi lanjutan kawasan Greater Kuala Lumpur. Infrastruktur utama untuk MVV adalah projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur – Singapura, dengan salah satu stesen akan ditempatkan di Labu.
Dihubungkan dengan lebuhraya utama seperti Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) dan Lebuhraya ELITE, perbandaran ini terletak bersebelahan dan dihubungkan terus ke Persimpangan Keluar Masuk Nilai melalui lebuhraya PLUS.
Untuk maklumat lanjut mengenai Orkid di Nilai Impian, sila hubungi Sime Darby Property di +606-764 8383 atau layari www.simedarbyproperty.com/nilai-impian/orkid.
Untuk maklumat lanjut mengenai Serenia Amani di Serenia City, sila hubungi Sime Darby Property di +603-8760 0505 atau layari www.simedarbyproperty.com/serenia-city/serenia-amani.