PENYANYI tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa teruja apabila puteri sulung mereka dapat menyusu badan dengan mudah.

“Alhamdulillah, keadaan Siti dan anak stabil. Kami bersyukur bayi lahir dalam keadaan sihat.

“Siti sudah mula menyusukan bayi dan semuanya berjalan lancar. Bayi pun tak banyak ragam dan berada di sisi ibunya,” katanya.

Penyanyi berusia 39 tahun itu selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur , pada jam 8.17 pagi, semalam.

Bayi seberat 3.55 kilogram itu dilahirkan secara pembedahan.
Pasangan itu memilih Fatimah Az-Zahra sebagai nama sementara bersempena nama anakanda Nabi Muhammad.

Sementara itu, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, mengesahkan wajah bayi yang tular di media sosial adalah anak mereka namun terkilan dengan sikap tidak bertanggungjawab individu yang menyebarkan gambar terbabit.

Gambar yang memaparkan bayi itu berada di riba seorang wanita mulai dikongsi pengguna laman sosial sejak petang, semalam.

“Ya itu gambar anak kami,” katanya ringkas. Terdahulu, gambar dan video bayi itu dimuat naik di laman Facebook namun tindakan pemilik akaun itu mendapat kecaman netizen yang beranggapan wanita itu tidak menghormati privasi pasangan terbabit.

Terdahulu, Khalid, 59, memaklumkan bakal berkongsi wajah dan nama sebenar anak mereka apabila tiba waktu sesuai

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini