Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) memperkenalkan koleksi setem terbaharunya yang menampilkan Sistem Kereta Api Elektronik (ETS) Keretapi Tanah Melayu Berhad.

KETUA Pegawai Eksekutifnya, Al-Ishsal Ishak berkata, koleksi setem terbabit akan mula dipasarkan di pejabat pos seluruh negara bermula Selasa, 20 Mac 2018.

“Koleksi setem ini didatangkan dengan tiga reka bentuk setem. Dua daripadanya adalah setem 60sen yang menampilkan ilustrasi lokomotif ETS Class 91 dan Class 92, manakala setem 80sen memaparkan lokomotif ETS Class 93.

Produk-produk filateli lain termasuklah Sampul Surat Hari Pertama bersama brosur, Lembaran Mini dan Folder.

“Kami menggalakkan para pengumpul setem dan orang ramai mendapatkan salinan mereka dengan segera kerana koleksi ini tidak akan dikeluarkan semula setelah stok habis terjual.

Kami mencetak 200,000 keping untuk setiap reka bentuk setem, 28,000 helai FDC, 30,000 keping Lembaran Mini dan 1,800 keping folder.

“Lembaran Mini boleh dibeli pada harga RM6.35 setiap satu. FDC dengan brosur percuma boleh didapatkan pada 55sen setiap satu, manakala folder berharga RM6.35 setiap satu. Set folder lengkap boleh didapatkan pada RM64.65 setiap satu. Semua harga di atas termasuk GST,”

Menariknya, Lembaran Mini dicetak dalam bentuk lokomotif dari pandangan sisi dengan ciri-ciri istimewa seperti tebukan bentuk khas, potongan terap dan teknik percetakan yang dikenali sebagai ‘Spot Varnish’ di kawasan terpilih.

Tanda pembatalan turut menampilkan profil sisi ikon ETS iaitu lokomotif ETS Class 93. Isu-isu berkaitan sebelum isu ini termasuk Mass Rapid Transit (Sg. Buloh – Kajang) (2017), Pengangkutan Awam Malaysia (Kereta Api di Sabah) (2015), Kereta Api Malaysia (2010), Pemodenan Pengangkutan Kereta Api (1998) dan 100 Tahun KTM (1985).

Pos Malaysia menggalakkan semua pengumpul setem untuk membuka Akaun Deposit Pesanan Berdaftar (SODA) bagi memudahkan urusan pembelian siri setem terkini.

“Mereka yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada komuniti SODA boleh melakukannya dengan mendaftar di mana-mana pejabat pos di seluruh negara atau dalam talian di www.posonline.com.my. Ahli SODA berpeluang menikmati pelbagai faedah.

Sebagai langkah alternatif, siri setem terbaharu juga boleh didapatkan melalui laman web www.eziemall.com. Peminat setia produk filateli juga boleh melayari www.pos.com.my atau melawat Pos Malaysia Outlet terdekat atau Galeri Setem di Level Dua, Ibu Pejabat Pos Malaysia, Kompleks Dayabumi, Kuala Lumpur.

“Unit Setem dan Filateli Pos Malaysia juga boleh dihubungi melalui telefon di talian 03-22672267 samb. 2000 atau e-mel kepada [email protected] untuk pertanyaan
mengenai setem,” katanya.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini