Sebahagian daripada usahanya untuk membantu mendigitalkan perniagaan, Maxis menganjurkan Maxis-MRCA Youth M-RACE, cabaran ala ‘Amazing Race’ yang menyaksikan para peserta mengambil bahagian dalam pengalaman digital yang unik menggunakan Penyelesaian Perniagaan Maxis.

LEBIH daripada 50 ahli Pemuda MRCA mengambil bahagian dalam acara tersebut, dimana mereka perlu memandu ke beberapa lokasi di Cyberjaya dan Putrajaya untuk menyelesaikan teka-teki dan pelbagai cabaran sebagai satu pasukan, serta mencari ‘harta karun’ menggunakan penyelesaian perniagaan Maxis.

Para peserta memulakan perjalanan mereka dari Cyberview Resort & Spa dengan menaiki kereta BMW. Mereka kemudian diberi tugasan secara digital melalui penyelesaian Maxis mWorkforce.

Di antara cabaran yang perlu dilengkapkan dalam M-RACE ini termasuk menubuhkan sebuah kedai, membangunkan produk dan menjualnya melalui Maxis eCommerce, yang merupakan perkhidmatan menyeluruh yang dibina untuk PKS untuk memacu pendapatan dari e-dagang, dan termasuk pembangunan kedai web, pemasaran digital dan perkhidmatan analisis.

Mereka kemudiannya perlu menghantar produk tersebut menggunakan mDrive dan mengesan lokasi kenderaan lain sebagai salah satu daripada cabaran acara ini.

Peserta juga dikehendaki menyelesaikan soalan-soalan trivia dan mencari harta karun di sepanjang perjalanan, dan mengambil bahagian dalam aktiviti menarik yang mendemonstrasikan penyelesaian perniagaan Maxis lain seperti Maxis Cloud POS, Maxis FlexiShare, Maxis ONEBusiness Fibre dan Unity Hotline.

“Sekarang, pendigitalan amat penting bagi perniagaan. Melalui pelbagai penyelesaian perniagaan kami, Maxis memberi kuasa kepada syarikat-syarikat – besar atau kecil – dengan alat-alat yang relevan untuk membantu mereka bekerja, beroperasi dan berinteraksi dengan lebih berkesan dengan pelanggan mereka dalam era digital ini,” kata Loong Tuck Weng, Ketua Perusahaan Maxis .

“Kami menganjurkan Maxis-MRCA Youth M-RACE ini sebagai satu cara yang menyeronokkan dan interaktif untuk usahawan muda mengalami penyelesaian perniagaan kami secara langsung, supaya mereka dapat memahami sepenuhnya bagaimana setiap penyelesaian dapat memberi manfaat kepada mereka,” kata Kevin Lee, Ketua PKS Maxis.

Pemuda MRCA, yang terdiri daripada ahli-ahli yang berusia 40 tahun ke bawah, dilancarkan dengan matlamat untuk menggalakkan dan mengembangkan minda keusahawanan di kalangan golongan muda. Melalui kumpulan ini, MRCA akan berusaha untuk memupuk dan memperkasakan ahli-ahlinya melalui pendidikan, advokasi dan komunikasi.

Maxis telah bekerjasama dengan BMW Wheelcorp Premium, Samsung, Setia Haruman, Petronas, GHHS Healthcare dan Coca-Cola bagi acara yang menarik ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai Penyelesaian Perniagaan Maxis, layari www.maxis.com.my/sme atau hubungi kami di 1-800-82-1919.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini