Ahli AirAsia BIG boleh menikmati Internet secara percuma di dalam penerbangan ROKKI.

SEMUA ahli BIG akan diberikan pelan chat 2MB untuk mengakses aplikasi WhatsApp, WeChat, LINE, KakaoTalk dan Viber setiap kali mereka terbang dengan penerbangan ROKKI.

Ahli BIG hanya perlu menyambung kepada ROKKI Wi-Fi semasa penerbangan dan log masuk ke portal ROKKI (rokki.com) menggunakan log masuk AirAsia BIG mereka untuk menebus pelan itu secara automatik.

Ketua Pegawai Eksekutif ROKKI, Lalitha Sivanaser berkata, “ROKKI memahami kepentingan
sambungan internet di dalam kehidupan kita. Jadi kami harap Internet yang diberikan secara percuma di dalam penerbangan ini boleh membantu para tetamu untuk terus berhubung dengan rakan-rakan serta keluarga mereka selain mendapat maklumat terkini walau di mana mereka berada.”

“Untuk memastikan para tetamu dapat menikmati sambungan internet itu, ROKKI akan terus berusaha untuk memacu transformasi digital di dalam penerbangan untuk menawarkan hiburan, berita, dan tawaran membeli-belah yang menarik menerusi peranti telefon bimbit peribadi mereka di dalam penerbangan,” katanya.

ROKKI merupakan platform hiburan di dalam penerbangan yang menawarkan hiburan, muzik, permainan dan berita, serta membeli-belah secara percuma kepada tetamu. Untuk menikmatinya, tetamu hanya perlu sambung kepada Wi-Fi secara percuma dengan peranti peribadi mereka di dalam 44 pesawat ROKKI AirAsia. Untuk maklumat dan berita terkini, layari rokki.com atau airasiabig.com.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini