Penyanyi Sufian Suhaimi yang putus tunang Ahad lalu mengambil keputusan untuk tidak membuang gambar pertunangannya dengan pelakon Elfira Loy.

SUFIAN, 25, yang popular dengan lagu ‘Terakhir’ menukar keterangan pada gambar itu yang menyifatkan dia tidak pernah menyesal mengenali Elfira.

“Pastinya ini menjadi hari terbaik dalam hidup saya. Saya tidak pernah menyesal mengenali anda, cinta,” dalam coretannya.

Gambar yang dimuat naik pada 7 Oktober tahun lalu iaitu sehari selepas mereka bertunang itu mendapat lebih 77,000 likes dan hampir 1,500 komen.

Dalam masa sama, Sufian juga dilihat masih menyimpan semua gambarnya bersama Elfira di laman Instagram miliknya.

Dalam perkembangan lain, Sufian yang popular menerusi lagu Terakhir bakal melancarkan single keempat, Di Matamu.

“Saya nak kongsi apa yang saya rasa melalui lagu. Saya bersyukur ramai yang ambil berat dan saya berterima kasih kepada semua,” katanya. Gambar dari Instagram Sufian Suhaimi

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini