Nikmati kemakmuran dengan edisi baharu dan terhad MINI Cooper 5 Pintu dan MINI Cooper S 3 Pintu, khas untuk mereka yang ingin bergaya pada musim perayaan ini.

MINI Malaysia, jenama automotif kompak premium paling sofistikated di Malaysia memperkenalkan dua model MINI Hatch edisi terhad terbaharunya iaitu MINI Urbanite dan MINI Amplified.

Direka untuk individu yang bergaya dan mengamati trend, selain dibina agar lebih sporty dan bertenaga, MINI Urbanite Edition dihasilkan di atas platform MINI Cooper 5 Pintu. Manakala MINI Amplified Edition pula dibina daripada model MINI Cooper S 3 Pintu.

Ketika memperkenalkan MINI Urbanite dan MINI Amplified Edition baharu, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Han Sang Yun berkata, “MINI tampil berani dan menyerlah pada Tahun Baru Cina kali ini!

Kami menawarkan dua kereta baharu untuk individu yang memiliki kecenderungan tersendiri, sekali gus memeriahkan lagi sambutan Tahun Anjing. MINI Urbanite Edition sememangnya satu penyataan yang sempurna tentang aspek gaya, muda dan segar jenama ini.

MINI Amplified Edition pula menyerlahkan ciri sporty dan pengendalian lincah yang cukup sinonim dengan MINI. Warnanya yang serba merah nyata membawa kemakmuran ke Tahun Baru ini!”

Kedua-dua model MINI Edisi Terhad ini sudah boleh didapati di semua bilik pameran sah MINI di seluruh negara mulai 5 Februari 2018.

MINI Urbanite Edition

MINI Urbanite Edition

Direka dengan profail MINI Cooper 5 Pintu, MINI Urbanite Edition menyerlahkan gayaan jalanan selepas melalui penggayaan semula yang ketara untuk menonjolkan lagi keberaniannya.

Anda akan disambut dengan lampu LED tambahan – satu sentuhan moden kepada Mini klasik dalam acara Monte Carlo Rallye. MINI Urbanite Edition menunjukkan keyakinannya menerusi rim Victory Spoke bersaiz 16” bersama kemasan lampu dan gril berwarna hitam (Piano Black). Jalur pelumbaan (Racing Stripes) pada bonet dan bahagian badannya terus menyerlahkan reka bentuknya yang dinamik – tampil berani setiap kali ia dipandu.

Mengambil pendekatan luaran garang yang sama, pemilik boleh mendapatkan John Cooper Works Colour Line dalam warna merah (Glowing Red) untuk MINI Urbanite Edition dengan kemasan bumbung berwarna hitam yang pastinya membuatkan ruang dalamannya lebih sporty.

Selain ciri standard seperti Bluetooth dan USB pada MINI Connected, ia kini dilengkapi sistem kamera undur bersama garis dan penanda halangan yang mengesan apa jua objek yang tidak bergerak. Apabila duduk di atas kerusi pemandu, anda akan dihidang dengan stereng sport yang dibalut kulit.

Dikuasakan oleh enjin 3-silinder dengan empat injap pada setiap silinder, MINI Urbanite Edition menawarkan kuasa mencecah 136 kuasa kuda dan tork 220Nm. Ia mampu memecut dari 0 hingga 100km/j dalam masa hanya 8.1 saat dengan pecutan maksimum 207km/j, tetapi hanya menggunakan sekitar 5 liter bahan api bagi setiap 100km.

MINI Urbanite Edition ditawarkan dalam warna hitam (Midnight Black) dengan jalur perlumbaan berwarna merah (Red Racing Stripes), merah (Blazing Red) atau putih (Pepper White) dengan jalur perlumbaan berwarna hitam (Black Racing Stripes).

MINI Amplified Edition.

Dengan semangat yang telah dipertingkatkan, MINI Amplified Edition dibina berasaskan kepada model MINI Cooper S 3 Door untuk golongan elit yang sporty dan energetik. Penampilan luarannya nyata luar biasa.

Dilengkapi John Cooper Works Aerodynamic Kit, MINI Amplified Edition dipasang dengan spoiler belakang yang menyerlah – benda terakhir yang boleh dilihat oleh pejalan kaki pada MINI Hatch Edition ini sebelum ia hilang dari pandangan.

MINI Amplified Edition dilengkapi gril berwarna hitam (Piano Black) yang sepadan dengan kemasan pada lampu utama dan lampu belakang untuk gaya lebih garang. Rekaan jalur perlumbaan pada MINI Amplified Edition itu mengingat kembali kereta konsep MINI John Cooper Works dan memberikannya personaliti yang lebih menonjol. Manakala rim John Cooper Works Track berwarna hitam (Black Spoke) bersaiz 17” menambah sentuhan tersendiri pada MINI Amplified Edition – seterusnya memberikannya identiti yang lebih menawan.

Ruang dalaman menampilkan gabungan emosi dan fungsi yang sempurna. Tempat duduk perlumbaan John Cooper Works dan perehat kepala dibalut dengan kulit Alcantara, kontras dengan Red Dinamica yang dibina untuk memastikan anda duduk dalam posisi terbaik, ketika anda menikmati kuasa dinamik jentera ini.

Selain Anthracite Headliner, MINI Amplified Edition kini dilengkapi kemasan eksklusif baharu dalam warna merah (Glowing Red) yang sebelum ini hanya ada pada John Cooper Works Hatch.

Warna yang garang itu sememangnya cukup sepadan dengan jahitan kontras pada tuil gear 6-kelajuan Sports Automatic Shifter dan stereng yang dibalut dengan kulit John Cooper Works itu. Bagi memudahkan urusan memarkir secara mengundur, Kamera Belakang menyediakan garisdan penanda halangan yang mengesan objek tidak bergerak. MINI Amplified Edition juga hadir dengan akses mudah dan kemasan dalaman Black Chequered.

Dari segi prestasi, MINI Amplified Edition menawarkan kuasa 211 kuasa kuda dan tork 300Nm, terima kasih kepada Kit Talaan John Cooper Works dan John Cooper Works Valve Silence System baharu.

Ia membolehkan MINI Amplified Edition memecut dari 0 hingga 100km/j dalam masa kurang 6.7 saat dengan pecutan maksimum 233km/j. Bagi membuatkan kehadiran anda lebih disedari dengan bunyi ekzos yang lebih sporty dan agresif, MINI Amplified Edition didatangkan dengan mode Track. Ia boleh diaktifkan melalui butang Kawalan Jauh Bluetooth John Cooper Works.

Dapatkan MINI Amplified Edition baharu dalam warna hitam (Midnight Black) dengan jalur perlumbaan merah, merah (Chilli Red) atau putih (Pepper White) bersama jalur perlumbaan berwarna hitam.

Ciri-ciri Standard.

Unik dalam cara yang tersendiri – estetik dan prestasi – Edisi Terhad MINI Urbanite dan MINI Amplified dilengkapi lampu utama LED dengan lampu nyalaan siang, lampu belakang LED, lampu kabus dan lampu pemanduan automatik. Selain alat pengesan hujan, model-model ini juga berkongsi ciri Park Distance Control yang membantu memudahkan urusan keluar dan masuk dari ruang parkir yang sempit.

Di ruang kabin, pemilik boleh menikmati sistem pendingin hawa automatik dua zon yang dikelilingi oleh 12 warna ambien. Kedua-dua MINI Hatch Edisi Terhad ini dilengkapi paparan MINI Visual Boost beresolusi tinggi bersaiz 6.5” dengan 5 kawalan utama, gegelung LED interaktif pada paparan instrumen tengah serta ciri start/stop automatik bersama Keyless Go.

Dapatkan lagu kegemaran anda ketika memandu dengan MINI Connected bersama integrasi Spotify. Ia menawarkan lebih 30 juta lagu yang boleh distrim secara langsung ke dalam kereta. Selain Mode Pemanduan MINI, MINI Urbanite Edition dan MINI Amplified Edition juga hadir bersama ciri kawalan jelajah serta fungsi brek untuk menawarkan pengalaman pemanduan yang memuaskan.

Bantuan Tepi Jalan MINI.

MINI Urbanite dan MINI Amplified Edition dilindungi oleh program Bantuan Tepi Jalan selama 5 tahun MINI Malaysia. Ia ditawarkan kepada semua kenderaan baharu MINI bersama satu senarai perkhidmatan yang komprehensif. Ini termasuklah bantuan serta kemalangan On the Spot Hotline dan telefon 24 jam, 363 hari setahun, Perkhidmatan Tunda Secara Percuma dan jika perlu (lebih 200km dari kediaman), kereta ganti, mobiliti mudah, Penyelesaian Perkhidmatan Mobiliti dan servis penghantaran.

Program Bantuan Tepi Jalan MINI boleh diakses dengan menghubungi talian: 1800-88-8808.

MINI Service Online.

Membuat temujanji untuk servis kini semakin mudah. Program servis dalam talian membolehkan pelanggan untuk menyusun jadual servis mereka secara langsung di Pengedar Sah MINI yang diingini menerusi laman web: service.mini.my.

MINI Hatch Edisi Terhad ini ditawarkan dengan MINI Full Circle Programme. Dengan margin pembiayaan sebanyak 70%, anda boleh memiliki MINI Urbanite Edition melalui bayaran bulanan bermula hanya RM 1,758.00 dan MINI Amplified Edition bermula hanya RM 2,158.00. MINI Full Circle Programme ini ditawarkan oleh BMW Credit Malaysia, syarikat di bawah BMW Group Financial Services.

MINI Urbanite dan MINI Amplified edisi terhad hadir bersama Jaminan Selama 4 Tahun dengan Perbatuan Tanpa Had serta Servis Berjadual Secara Percuma. Harga runcit (di atas jalan untuk pendaftaran peribadi, tanpa insurans) ialah:

MINI Urbanite Edition:          RM 198,888.00

MINI Amplified Edition:         RM 248,888.00

Maklumat lanjut mengenai MINI Hatch Edisi Terhad sempena Tahun Baru Cina ini boleh didapati di laman web: www.mini.my/urbn-ampd.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini