Penyanyi nombor satu tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa teruja dan tidak sabar untuk menanti detik kelahiran puteri sulungnya bulan depan.

SITI Nurhaliza mengucap syukur apabila dia bakal melahirkan zuriat pertama selepas menunggu hampir 11 tahun.

Menerusi gambar yang dimuat naik di Instagram peribadinya, beliau menitipkan kata-kata kesyukuran yang tidak terhingga.

“Subhanallah. Alhamdulillah. Syukur ya Allah. Tak sangka bulan depan saya bertemu cahaya mata yang dinanti- nantikan.

“Semoga semuanya dipermudahkan dan semuanya sihat sempurna. Ya Allah terima kasih Ya Allah,” tulisnya.

Sejak disahkan hamil empat bulan pada Oktober tahun lalu, Siti sentiasa berkongsi pengalaman terkini beliau bersama peminatnya di laman sosial.

Terdahulu Siti juga mengaku menjalani rawatan kesuburan ‘In Vitro Fertilization (IVF)’ dalam usaha mendapatkan cahaya mata pertamanya.

Siti bernikah dengan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, 59, pada 21 Ogos 2006 di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta. Gambar dari Instagram Siti Nurhaliza

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini