Datuk Bandar Davao rasmi laluan baru AirAsia Kuala Lumpur – Davao
AirAsia melancarkan laluan dari Kuala Lumpur ke Davao, Filipina yang kini beroperasi dengan empat kali kekerapan penerbangan seminggu dari Kuala Lumpur ke bandar Davao yang meriah.
Majlis perasmian laluan tersebut dihadiri oleh Sara Z. Duterte-Carpio, Datuk Bandar Davao; Eden Josephine L. David, Pembantu Setiausaha Jabatan Pelancongan; Aireen Omar, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia – Digital, Transformasi, Perkhidmatan Korporat dan Riad Asmat, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia.
Aireen Omar, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia – Digital, Transformasi, Perkhidmatan Korporat berkata, “AirAsia begitu teruja dengan penerbangan antarabangsa pertama ke Davao.
“Kami bukan sahaja menghubungkan Davao ke Malaysia, malah kami juga membawa Davao lebih dekat ke rangkaian meluas kami di Asean, Asia Timur, Asia Selatan, Australasia, Timur Tengah dan AS.”
“Kami komited untuk mengembangkan lagi sektor pelancongan negeri ini dan kami berharap dapat bekerjasama dengan lebih rapat bersama Datuk Bandar Davao, pihak berkuasa lapangan terbang dan badan-badan kerajaan untuk meletakkan Davao di peta destinasi yang mesti dilawati di Asean,” tambah beliau.
Untuk meraikan perasmian ini, AirAsia menawarkan tambang termasuk semua bermula RM169* sehala untuk tempahan dalam talian di airasia.com dari sekarang sehingga 18 Februari 2018 untuk tempoh perjalanan bermula sekarang hingga 31 Julai 2018.
Tawaran ini juga boleh didapati di aplikasi mudah alih AirAsia untuk peranti iPhone dan Android, serta laman mudah alih mobile.airasia.com. Laluan baharu ini merupakan laluan terus ketiga dari Malaysia ke Filipina selain Manila dan Cebu.
AirAsia juga menghubungkan para tetamu ke bandar-bandar lain di Filipina seperti Clark, Manila, Caticlan, Kalibo, Tacloban, Palawan, Cebu dan Tagbilaran. Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).
*Promosi tambang termasuk semua yang tercatat adalah untuk perjalanan sehala sahaja
termasuk cukai. Tertakluk kepada terma dan syarat.