Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) pengedar utama motosikal Yamaha di negara ini melancarkan model baru MT-09 di Petaling Jaya, baru-baru ini.

MODEL ‘naked’ ini dikuasakan dengan enjin 847cc tiga silinder dilengkapi ciri terkini yang dipertingkatkan sejak diperkenalkan ke pasaran tempatan pada 2014 menerusi model diimport sepenuhnya (CBU) sebelum diperkenalkan secara pemasangan tempatan pada 2015.

Skuter baru XMax

Pengarah Urusan HLYM Datuk Jim Khor berkata, model berkonsepkan ‘The Ultimate Street Fighter’ ini diinspirasikan daripada model MT-10 dilancarkan di Eropah tahun lalu.

“Motosikal ini sebagai model pencapaian terbaik Yamaha dalam menyediakan jentera bagi keperluan gaya hidup serta rekreasi dan prestasi tunggangan,” katanya pada majlis pelancarannya.

Antara ciri terkini Yamaha MT-09 ialah sistem penukar gear pantas (Quick Shift), Klac Gelincir Berbantu (Slipper & Assist Clutch), Kawalan Cengkaman (baru dalam pasaran di Malaysia), Brek Anti-Kunci (ABS) dan suspensi boleh laras termasuk larasan damping compression.

Untuk pasaran Malaysia, motosikal ini dijual pada harga RM47,388 (termasuk GST atas jalan tanpa insurans) dengan dua pilihan warna Hitam Tech dan Kelabu Night Fluo serta setahun waranti atau 10,000 kilometer (km).

Turut diperkenalkan dalam majlis sama ialah model skuter Yamaha XMax dengan enjin 250cc yang bakal memasuki pasaran negara ini pada Mac 2018.

 

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini