Mercedes-Benz Malaysia (MBM) melantik ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David, sebagai duta jenama.
PENCAPAIAN beliau yang begitu cemerlang dalam sukan skuasy sejak sekian lama serta personalitinya yang penuh karismatik, sangat bersesuaian dengan jenama kenderaan premium nombor satu di negara ini.
“Kami berbesar hati mengumumkan perlantikan Datuk Nicol sebagai duta jenama baharu kami. Beliau bukan sahaja seorang atlet yang berwibawa, bahkan layak diangkat sebagai role model untuk semua rakyat Malaysia.
Pencapaian beliau termasuk pernah memegang gelaran ratu skuasy dunia sebanyak lapan kali serta banyak lagi kejayaan yang pernah dilakarkan begitu membanggakan,” kata Timbalan Presiden, Pemasaran & Jualan Kenderaan Penumpang, MBM, Mark Raine,
Sementara itu, Nicol berkata, pemilihannya sebagai duta jenama Mercedes-Benz di negara ini amat menguja kerana nilai jenama ini dianggap sebagai cerminan dirinya sendiri.
“Saya sering berjuang memburu kecemerlangan tanpa kompromi, dan jenama ini yang turut mempunyai sejarah kejayaannya yang tersendiri, juga sama seperti saya. Malah saya juga merupakan peminat jenama ini terutamanya bagi model GLA yang menjadi kegemaran saya.
Ia kombinasi yang praktikal, dinamik dan mempunyai gaya yang tersendiri. Saya sangat teruja dapat bekerjasama dengan Mercedes-Benz,” katanya lagi.