Proton berjaya menstabilkan jualannya pada tahun 2017 dengan jumlah jualan
keseluruhan sebanyak 70,991 unit pada 2017, berbanding 72,291 unit pada tahun lepas.

JUALAN ‘retail’ meningkat sebanyak 2.5% kepada 68,184 unit pada 2017 berbanding 66,513 unit pada 2016. Pertumbuhan yang baik dilihat dari kawasan Pusat, Selatan, Pantai Timur dan Timur Malaysia, di mana masing-masingnya mencatatkan peningkatan di antara 1% hingga 10% unit yang dijual.

Jumlah keseluruhan walau bagaimanapun terjejas oleh jualan flit yang kurang memberangsangkan dengan jualan 2,807 unit pada 2017 akibat permintaan teksi yang rendah. Saga, Persona dan Ertiga mewakili 80% daripada jumlah jualan kereta Proton bagi 2017.

Kereta terlaris PROTON iaitu Saga mencatatkan jualan yang kukuh melebihi 30,000 unit pada 2017. Sebagai sedan yang paling mampu milik, Saga masih dilihat sebagai kereta yang memberikan nilai hebat bagi segmennya dan mengekalkan popularitinya di kalangan
pembeli pertama atau pembeli kereta kedua Proton.

Namun, Persona mencatatkan kenaikan sebanyak 27% dengan 19,510 unit dijual berbanding 15,390 unit tahun lepas. Ertiga turut mendapat penerimaan yang baik di pasaran dengan jualan sebanyak 6,091 unit pada 2017.

“Antara sebab yang menjadikan jualan kereta kami stabil pada 2017 adalah kerana usaha peningkatan kualiti yang agresif yang dilakukan di peringkat dalaman. Rakan kongsi kami daripada Geely Auto melakukan pemeriksaan audit kualiti yang ketat pada kereta Proton dan dalam masa 2 bulan, kami dapat meningkatkan poin kualiti kami sebanyak tiga kali ganda.

Audit yang dilakukan diukur menggunakan sistem yang teliti, setanding dengan piawaian antarabangsa kereta-kereta Volvo, yang digunapakai Geely. Seperti yang kita ketahui, kereta Proton telah terbukti ketahanan dan kebolehannya, ketika melalui pelbagai ujian mencabar sewaktu kami menyertai Perlumbaan Sepang 1,000km pada November 2017 dan menang sebagai Juara Keseluruhan.

Kesemua pencapaian ini tidak mungkin berlaku tanpa semangat kerja berpasukan yang gigih di antara pihak pengurusan dan para pekerja,” kata Abdul Rashid Musa, Naib Presiden Jualan & Pemasaran, PROTON.

“Kami melihat tahun 2018 dengan lebih positif dan berharap dapat meningkatkan usaha untuk menjadi lebih baik pada tahun ini. Tahun ini merupakan tahun kritikal buat PROTON memandangkan kami akan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang sejajar dengan Rancangan Perniagaan 3 hingga 10 tahun yang baharu, yakni kunci kepada pemulihan Syarikat.

Demi meningkatkan jumlah jualan, kami akan mengambil langkah-langkah yang perlu melalui kempen yang lebih menarik untuk pengguna, dan peningkatan kualiti dari segi produk serta perkhidmatan,” tambah Rashid.

Untuk promosi Tahun Baru Cina, PROTON memberi ganjaran kepada pelanggannya melalui diskaun* hebat untuk semua model Proton, penjimatan sehingga RM3,500* untuk Saga, RM4,500* untuk Persona, RM5,000* untuk Iriz, RM5,500* untuk Exora dan RM13,888* untuk Perdana.

“Saga merupakan sedan yang berharga paling berpatutan di Malaysia. Ia menawarkan pemanduan yang hebat, lebih lancar dan mempunyai ciri-ciri moden dan kemudahan yang praktikal. Meskipun begitu, Persona turut merupakan pilihan yang popular di kalangan pelanggan kami kerana nilai penjimatan hebat yang ditawarkan setanding dengan ciri-ciri keselamatan yang penting dan memberikan pemanduan yang selesa dalam setiap perjalanan,” tambah Rashid lagi.

Bersempena dengan musim perayaan dan berdepan dengan perjalanan yang jauh yang bakal ditempuhi pelanggan kami pada musim cuti ini, pemilik Proton dijemput untuk melakukan pemeriksaan keselamatan 20 mata percuma di mana-mana pusat servis PROTON yang diiktiraf.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi talian khidmat pelanggan PROTON di 1800 888 398 atau emel kepada kami di [email protected]. Pelanggan juga boleh layari www.proton.com atau Facebook rasmi PROTON di www.facebook.com/ProtonCarsOfficial.

Untuk kemudahan tambahan, pelanggan boleh memuat turun aplikasi rasmi mudah alih MyProton, yang boleh didapati melalui Google Play dan Apple App Store.

*Nilai diskaun adalah berbeza mengikut model. Promosi sah sehingga 31 Januari 2018.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini