BMW Credit Malaysia meraikan dan memberi ganjaran kepada pelanggan dan rakan korporat utamanya dalam Satu Majlis Makan Malam Istimewa Sempena Sambutan Ulang Tahun ke-10
Acara itu diadakan di The Glass House at Seputeh dan ketika mengalu-alukan kedatangan para pelanggan ke majlis makan malam tersebut, Tobias Eismann, Ketua Pegawai Eksekutif BMW Credit Malaysia menyampaikan rasa terima kasih dan menghargai kepercayaan yang diberikan oleh para pelanggan kepada syarikat selama ini.
“Selama sedekad beroperasi di negara ini, BMW Credit Malaysia jelas bertambah kukuh. Kami bukan sekadar menyokong pertumbuhan BMW Group Malaysia di negara ini, malah memfokuskan sumber terhadap keperluan pelanggan demi membolehkan perniagaan kami berkembang selari dengan bidang mobiliti.
“Perkara ini direalisasikan melalui penawaran produk-produk kewangan serta perkhidmatan yang mendahului industri seperti program Full Circle dan Ultimate Protection Program Plus (UPP+). Program itu membantu melengkapkan Pengalaman Pemilikan Premium dan janji yang diberikan oleh BMW Group di Malaysia,” katanya.
Jelas Eismann lagi, melalui program Full Circle, BMW Credit Malaysia telah memperkenalkan konsep ‘Ownership on Demand’ dalam segmen premium industri automotif negara.
“Program Full Circle membolehkan pelanggan kami menghilangkan rasa bimbang dan risiko memilki sebuah kenderaan dalam tempoh yang lama. Kami membantu pelanggan untuk keluar dari kebiasaan, seterusnya membolehkan mereka mendapat ketenangan minda dari segi pengalaman pemilikan kereta BMW atau MINI tanpa wujud risiko harga. Mereka juga tidak perlu bersusah payah melakukan urusan rundingan trade-in dan menjual sendiri kenderaan pada penghujung kitaran pemilikan.”
Direka untuk meningkatkan fleksibiliti serta jaminan kepada para pelanggan BMW dan MINI, program pembiayaan baharu menawarkan rangkaian pilihan penyelesaian yang luas berdasarkan kepada bajet serta pengalaman pemilik. Ia diikuti dengan pelan-pelan fleksibel yang menawarkan bayaran bulanan lebih mampu milik serta tempoh pinjaman lebih pendek.
Pelan itu juga menjanjikan pengalaman pemilikan yang menenangkan minda, bersama proses belakang tabir yang mudah, di samping dapat mengekalkan nilai BMW atau MINI yang dibeli menerusi program ini pada masa depan.
Rakan-rakan premium yang hadir di majlis makan malam itu termasuklah Allianz General Insurance Company (Malaysia) Bhd dan Tokio Marine Insurance Group.
Maklumat lanjut mengenai Program Full Circle daripada BMW Credit Malaysia, sila layari laman web: www.bmw.com.my atau www.mini.my