AirAsia rai penerbangan sulung dari Kuala Lumpur ke Davao, Filipina.
AirAsia meraikan penerbangan sulungnya dari Kuala Lumpur ke Davao, Filipina. Laluan baru ini akan beroperasi dengan penerbangan empat kali seminggu antara Kuala Lumpur ke Bandar Davao yang penuh meriah ini.
Majlis pelepasan telah diadakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (klia2) untuk meraikan penerbangan AK590 pada jam 10.25 pagi dengan 100 peratus muatan penumpang. Kesemua tetamu dalam penerbangan itu juga diberikan cenderamata.
Laluan baru ini juga menandakan laluan terus keempat dari Malaysia ke Filipina selepas Manila, Cebu dan Kalibo. AirAsia juga menghubungkan para tetamu ke bandar-bandar lain di Filipina termasuklah Clark, Manila, Caticia, Kalibo, Tacloban, Palawan, Cebu dan Tagbilaran. Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).
Sempena pengumuman laluan baru itu, AirAsia menawarkan tambang promosi termasuk semua dari RM159* sehala di airasia.com bermula sekarang hingga 31 Disember 2017 untuk tempoh perjalanan dari sekarang hingga 30 Jun 2018. Promosi tersebut juga boleh didapati melalui aplikasi AirAsia untuk peranti iPhone dan Android, serta laman mudah alih mobile.airasia.com.
*Promosi tambang termasuk semua yang tercatat adalah untuk perjalanan sehala sahaja
termasuk cukai. Tertakluk kepada terma dan syarat.