Kempen baru mengubah cara pengambilan minuman tenaga, melalui kerjasama dengan YouTuber Malaysia popular untuk menetapkan nada permulaan hari yang produktif
RED Bull, minuman tenaga yang sering dikaitkan dengan dinamisme dan semangat, memperkenalkan kempen ‘Start Right, Charge Ahead’ dan mengumumkan pertandingan yang memberi peluang kepada pengguna untuk merebut hadiah wang tunai sebanyak RM250,000. Menerusi kempen ini, Red Bull berhasrat untuk mendefinisi semula cara peminuman minuman bertenaga yang kaya dengan sejarah ini dan pada masa sama, pengguna mampu merealisasikan potensi penuh mereka dalam apa jua tugas atau aktiviti yang perlu dijalankan.
Jate Samathivathanachai, Pengarah Strategi di Allexcel Trading Sdn Bhd berkata: “Apabila Red Bull mula diperkenalkan di Thailand pada tahun 1975, motivasi jenama tersebut adalah untuk mencipta minuman bagi mereka yang bekerja sekian hari untuk membantu mencergaskan semula badan dan minda mereka. Semenjak itu, kami tidak putus-putus memacu Red Bull sebagai minuman tenaga pilihan utama, bagi mereka yang memerlukan lonjakan tenaga untuk bekerja, bersukan.
Dengan kehadiran 2018 yang bakal mengunjung tiba, kami ingin menyatakan walaupun Red Bull boleh/dan memang diminum untuk menambahkan tenaga, tetapi ia juga seharusnya diminum sebelum menjalankan aktiviti fizikal dan mental. Cara terbaik bagi kami berkomunikasi hal ini adalah melalui kempen baru kami – ‘Start Right, Charge Ahead’!”
Bersedia, Mula, dan Maju dengan bekalan tenaga Pra-Aktiviti
Red Bull berusaha untuk mendefinisi cara meminum minuman bertenaga yang paling berkesan menerusi kempen ini yang berdasarkan jika seseorang memulakan setiap aktiviti dengan betul, mereka akan dapat mengatasi cabaran mental dan fizikal dengan jayanya. Sinergi Red Bull dari 11 ramuan menghasilkan jenama yang terkemuka di sektornya.
“Penggunaan bahan-bahan berkualiti tinggi adalah unsur yang memberi tenaga kepada peminumnya. Seringkali, pengguna melihat kami sebagai minuman pilihan apabila mereka memerlukan tenaga meneruskan aktiviti mereka sepanjang hari, akan tetapi mereka tidak mengetahui bahawa Red Bull seharusnya diminum sebelum memulakan sabarang aktiviti – mahupun bekerja, bersukan, mengulangkaji ataupun memandu – jadi mereka akan memulakan hari mereka dengan bekalan tenaga yang cukup untuk melaksanakan tugas dengan optimum,” jelas Samathivathanachai lagi.
YouTuber Malaysia Popular Menunjukkan Kepada Pengguna Cara Menjana Bekalan Tenaga Pra-Aktiviti
Hari biasa seseorang merangkumi pekerjaan, bersukan, mengulangkaji dan memandu, di antara aktiviti-aktiviti lain. Walaupun aktiviti sebegini bersifat rutin, mereka masih memerlukan tahap penumpuan yang berterusan dan boleh mengambil tenaga mental dan fizikal.
Oleh yang demikian, meminum Red Bull sebelum memulakan sebarang aktiviti akan menetapkan titik permulaan yang produktif untuk hari itu. Jenama terkemuka ni telah berkolaborasi dengan Kyopropaganda, salah satu daripada YouTubers Top Malaysia, untuk menunjukkan cara yang paling berkesan untuk menggunakan Red Bull. Tonton video lucu tersebut di sini: Instagram (https://www.instagram.com/p/Bcrw7N9livb/) dan Facebook (https://goo.gl/QF8WYY)
‘Start Right, Charge Ahead’ untuk Menangi RM250,000
Bersempena dengan kempen ‘Start Right, Charge Ahead’, Red Bull mengumumkan pertandingan pengguna seluruh negara dengan jumlah hadiah wang tunai sehingga RM250,000 untuk dimenangi. Pengguna hanya perlu membeli dua produk Red Bull untuk menyertai pertandingan; simpan resit asal dan tab tarik tin; dan jawab ‘benar’ atau ‘salah’ pada satu soalan yang tertera di borang penyertaan. Pengguna perlu menghantar penyertaan mereka melalui salah satu dari empat cara penghantaran yang tersedia: borang penyertaan asal; SMS; Whatsapp; atau laman web Pertandingan Red Bull.
Pertandingan ini akan menghadiahkan 900 pemenang mingguan dengan RM200 setiap seorang; dua pemenang hadiah kedua dengan hadiah wang tunai RM5,000 setiap seorang; satu pemenang pertama yang bakal menerima RM10,000; pemenang hadiah utama yang akan menggondoli RM50,000. Tarikh penyerahan akhir untuk pertandingan adalah pada Ahad, 31 Disember 2017.
Red Bull boleh didapati di semua kedai serbaneka utama, kedai minyak, kedai runcit, pasar raya dan pasar raya besar pada harga runcit yang disyorkan RM3.10 untuk minuman tin perisa asli dan kurang gula 25% serta RM1.80 untuk minuman botol.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pertandingan ‘Start Right, Charge Ahead’, sila kunjungi www.redbull.com.my/peraduanchargeahead. Untuk mengenali Red Bull secara lebih lanjut, sila kunjungi www.redbull.com.my atau www.facebook.com/RedBullMalaysia.