YAYASAN Canselor Universiti Tenaga Nasional (YCU) berjaya mengumpulkan RM600,000 dalam majlis makan malam ‘UNITEN – Endowment Fundraising Dinner 2017′ di Hotel Berjaya Times Square, baru-baru ini, bagi membantu pelajar dalam pengajian mereka melalui biasiswa dan sokongan kewangan.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) selaku syarikat induk turut menyerahkan sumbangan bernilai RM160,000 kepada YCU.  Sumbangan disampaikan oleh Pengurus Besar Kanan (Hal Ehwal Korporat) TNB, Datuk Ir Mohd Aminuddin Mohd Amin (dua kiri) kepada Naib Canselor, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Dato’ Prof Dr Ir Kamal Nasharuddin Mustapha.

Majlis penyerahan sumbangan tersebut disaksikan oleh Pengerusi TNB yang juga Pro Canselor UNITEN, Tan Sri Leo Moggie (empat, kiri); Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Ir Azman Mohd  (tiga, kiri); Pengarah Pejabat Pengurusan Stakeholders UNITEN, Prof Madya Dr Mohd Ezanee Rusli (kiri sekali) dan Pengarah Yayasan Canselor UNITEN, Mohamad Ishak Mohamad Ibrahim (kanan sekali).

Turut hadir,  Pengerusi UEM Group Berhad yang juga Pro Canselor UNITEN, Tan Sri Dr Ir Ahmad Tajuddin Ali dan  Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof Dr Noor Azizi Ismail.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini