Ahli AirAsia BIG di Malaysia, Thailand dan Indonesia kini boleh mengumpul Mata Ganjaran BIG dengan membeli-belah dalam talian
PROGRAM Kesetiaan AirAsia BIG telah melancarkan butik dalam talian yang menawarkan produk gaya hidup terkini, di mana Ahli BIG boleh berbelanja dan mengumpul Mata Ganjaran BIG dengan lebih pantas. Pelancaran ini adalah selari dengan komitmennya untuk terus memberi ganjaran kepada ahli-ahlinya yang kian meningkat di seluruh Asean.
Butik dalam talian itu membolehkan 13 juta Ahli BIG di Malaysia, Thailand dan Indonesia untuk membeli-belah dengan lebih daripada 150 jenama gaya hidup dan perjalanan dalam satu platform – airasiabig.com – dan bakal didapati menerusi aplikasi mudah alih Program Kesetiaan AirAsia BIG pada masa akan datang. Nikmati pengalaman membeli-belah yang tersendiri dengan jenama-jenama terkemuka, seperti Uniqlo, Hotels.com, 11street, Digi, Fave serta ezbuy, dan kumpul Mata Ganjaran BIG dengan lebih mudah.
Tawaran gaya hidup menerusi butik dalam talian ini bakal menjadikan Program Kesetiaan BIG sebagai pemain utama dalam industri perniagaan dan perjalanan dalam talian. Kini, dengan seramai 10,000 Ahli BIG baru dan laman web yang menjana lebih 167,000 trafik setiap hari, Ahli BIG dapat menikmati pengalaman membeli-belah dalam talian dengan lebih lancar, di mana barangan yang dibeli akan dihantar terus kepada mereka. Bagi setiap RM1 yang dibelanjakan, mereka akan mendapat satu (1) Mata Ganjaran BIG atau lebih.
Pengasas bersama AirAsia dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata, “Pembukaan butik dalam talian ini adalah cara yang hebat untuk memberi ganjaran kepada ahli-ahli yang setia dengan kami serta peluang untuk membeli apa sahaja yang mereka inginkan dan mengumpul Mata Ganjaran BIG dalam masa yang sama. Ini adalah cara yang mudah untuk menerbangkan ahli-ahli kami secara percuma, di samping menjadikan program kesetiaan ini sebagai salah satu cara untuk menikmati tambang rendah kami.”
Ketua Pegawai Eksekutif Program Kesetiaan AirAsia BIG, Dato’ Eddy Leong berkata, “Butik dalam talian ini adalah inovasi digital terbaru yang selari dengan dedikasi kami untuk memberi ganjaran kepada para ahli dengan lebih mudah, lebih cepat dan lebih baik. Dengan berbelanja dalam talian, para ahli boleh mengumpul Mata Ganjaran BIG lebih pantas daripada melancong. Mereka yang berbelanja sebanyak RM100 untuk mana-mana jenama pilihan mereka di platform ini juga akan mengumpul 100 Mata Ganjaran BIG atau lebih. Walaupun mereka mungkin tidak selalu melancong, tetapi membeli-belah merupakan rutin harian mereka. Justeru, dengan butik dalam talian ini, mengumpul Mata Ganjaran BIG akan menjadi sebahagian daripada kehidupan mereka.”
Sempena pelancaran ini, Program Kesetiaan AirAsia BIG akan menganjurkan ‘Jualan BIG 12.12’ pada 12 Disember 2017, di mana para ahli berpeluang untuk memenangi baucar eksklusif atau hadiah utama sehingga 160,000 Mata Ganjaran BIG untuk menebus penerbangan ke Seoul, Osaka atau Tokyo. Ahli-ahli BIG juga boleh mengumpul sehingga 10X Mata Ganjaran BIG ketika jualan ini, sehingga 1,000 mata ganjaran, yang bersamaan dengan perjalanan pergi-balik ketika Jualan Panggilan Akhir bulanan, dengan perbelanjaan RM100.
Daftarlah sebagai Ahli BIG untuk mula membeli-belah di www.airasiabig.com dan kumpul Mata Ganjaran BIG sekarang! Lebih banyak jenama gaya hidup dan perjalanan boleh didapati tidak lama lagi. Muat turun aplikasi mudah alih Program Kesetiaan AirAsia BIG untuk terus menerima maklumat terkini mengenai ‘Jualan BIG 12.12,’ penebusan penerbangan AirAsia, serta melihat baki dan urus niaga Mata Ganjaran BIG anda. Ikuti AirAsia BIG Loyalty di Facebook (www.facebook.com/airasiabig) dan Twitter (www.twitter.com/airasiabig).