KFC menampilkan ayam goreng terhebat bersama piza  menerusi KFC Chizza.

KFC Malaysia sekali lagi mencetus fenomena menerusi inovasi unik –membawakan produk yang amat dinanti-nantikan dengan menampilkan ayam goreng terhebat bersama piza terhebat menerusi KFC Chizza.

Digelar sebagai “Piza Sedap Hingga Menjilat Jari”, KFC Chizza merupakan sebuah kombinasi sempurna di antara apa yang digemari ramai dengan menghidangkan filet ayam Hot & Spicy bersama isi piza.

Ramuan seperti ketulan nanas, bawang, herba serta keju mozarela ditabur di atas sos piza tomato yang diratakan di atas kerak piza paling sempurna, iaitu filet ayam KFC Hot & Spicy. Sebuah ciptaan ‘piza’ unik menjanjikan tiada lagi sisa kerak piza akan ditinggalkan.

“Kami sentiasa berusaha untuk membawakan sesuatu yang menarik dan menjadi kegilaan para pelanggan. KFC Chizza masih mengekalkan ciri utama hidangan kami iaitu ayam goreng tetapi disuntik dengan sedikit kelainan menjadikan ianya suatu produk yang harus dicuba oleh semua penggemar KFC dan piza diluar sana,” kata Ling Mee Jiuan, Naib Presiden Kanan KFC Malaysia.

“Piza sedap hingga menjilat jari ini pasti menawan citarasa.  Ianya merupakan gabungan apa yang terbaik dari dua hidangan popular. Jika menyebut tentang piza, kita semua gemarkan isinya. Sebagai pelengkap, kami tampilkan filet ayam Hot & Spicy kegemaran ramai sebagai kerak piza istimewa dan anda semua harus mencubanya!” tambahnya.

KFC Chizza boleh didapati secara a la carte bermula hanya dari RM 7.90. Ia juga boleh didapati di dalam kombo yang didatangkan bersama KFC Crispier Fries dan minuman ringan berkarbonat. Pelanggan juga boleh menikmati Chizza Box untuk pilihan yang lebih mengenyangkan, bersama seketul ayam goreng KFC Original atau Hot & Spicy, Crispier Fries dan air minuman ringan berkarbonat.

Boleh didapati di semua restoran KFC seluruh negara bermula dari 21 November 2017, sementara stok masih ada! Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.kfc.com.my

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini