Maxis memperkenalkan tawaran akhir tahun – tawaran telefon RM1 bagi MaxisONE Share Plan 48 & promo jalur lebar Home Fibre dari RM119 sebulan

PELANGGAN kini dapat menikmati telefon pintar terbaik pada hanya RM1 dengan MaxisONE Share Plan 48, sebahagian daripada tawaran akhir tahun Maxis. Kedua-dua pelanggan MaxisONE Share yang baharu dan sedia ada hanya perlu membayar RM1 untuk peranti terpilih seperti Huawei Mate 10 Pro dan mereka akan terus menikmati data 10GB tambahan serta panggilan dan SMS tanpa had yang ditawarkan bersama akaun MaxisONE Share. Pelanggan boleh membuat tempahan Huawei Mate 10 Pro sekarang sehingga 19 November di www.maxis.com.my/maxisdeals.

Untuk masa yang terhad, promo akhir tahun Maxis juga termasuk pelan MaxisONE Home Fibre Broadband yang lebih mampu dimiliki:

  • Pelan Home Fibre Broadband 10Mbps yang kini berharga RM119 sebulan (dari RM139 sebulan), dan ditawarkan dengan panggilan tanpa had kepada semua talian mudah alih dan tetap
  • Pelan Home Fibre Broadband 30Mbps yang kini berharga RM139 sebulan (dari RM179 sebulan), yang ditawarkan dengan panggilan tanpa had & telefon percuma, akses ifix tanpa had dan konsultasi Maxperts percuma dengan pemasangan Wi-Fi

Bukan itu sahaja, semasa promosi ini, pelanggan MaxisONE Prime boleh mendapatkan peningkatan secara automatik dari 30Mbps ke 50Mbps secara percuma.

“Tawaran telefon pintar RM1 kami lebih baik daripada sebelumnya, kerana kami telah memperluaskannya kepada pelanggan MaxisONE Share, yang kini juga boleh mendapatkan pelbagai telefon terbaik di pasaran. Lebih-lebih lagi, kami kini menawarkan harga promo bagi jalur lebar kediaman 10Mbps & 30Mbps kami, masing-masing pada hanya RM119 dan RM139 sebulan, menjadikannya pelan jalur lebar rumah yang lebih mampu dimiliki,” kata Arjun Varma, Ketua Pascabayar Maxis.

Untuk menyemak ketersediaan fiber Maxis, sila lawati kami di https://bit.ly/2bybiux. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai promosi Akhir Tahun Maxis, sila layari www.maxis.com.my

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini