Ramai yang tidak sabar menantikan kemunculan model baru Myvi 2018
PASTI ramai teruja dan tak sabor hendak mengetahui dengan lebih lanjut tentang kereta kompak Perodua Myvi Serba Baru yang bakal dilancarkan 16 November ini. Ramai kata cantik melalui gambor kereta yang sudah tular di media sosial (merujuk kepada gambar diatas). Tetapi realitinya adakah ia cantik pada pandangan mata kasar?
Menurut sumber industri dan sembang-sembang penulis dengan rakan-rakan permotoran, ramai yang memuji reka bentuk baru Myvi ini yang lebih ‘segar’ dan luar dari kebiasaan sebagai sebuah kereta kompak. Malah Perodua juga melancarkan logo baru Myvi seiring dengan gaya baru model ini.
Untuk pengetahuan semua, MYVI 2018 ini dikhaborkan direka dan dibangunkan sendiri oleh Perodua seperti model AXIA dan BEZZA (FASA 1). Myvi Serba Baru dibangunkan sebanyak 99.99% oleh mereka dan diletakkan di dalam FASA 2 juga seterusnya untuk penghasilan model-model lain pada masa hadapan.
Nak buat apa cerita panjang-panjang pun buat letih baca, jom kita lihat 15 ciri best Myvi baru!
Menarik tentang Myvi Serba Baru:
- Saiznya lebih lebar (1,735 mm), panjang (3,895 mm) dan tinggi (1,515 mm).
- Myvi lama (1,665 mm), panjang (3,685 mm) dan tinggi (1,570 mm).
- Kenderaan Cekap Tenaga (EEV).
- Lampu hadapan LED dan belakang .
- Bantuan Pemanduan Selamat – Advanced Safety Assistant (ASA) yang boleh mengesan objek di hadapan dan akan membrek secara sendiri jika pemandu terleka pada sekitar kelajuan 30km/j. (Pre-Collision Warning, Pre-Collision Braking, Front
Departure Alert and Pedal Misoperation Control.) – Kereta jenama tempatan pertama yang ada ciri ini. - Enjin 1.5L Dual VVT-i untuk penjimatan bahan api sebanyak 30% iaitu sekitar 20.1 km/L (1.5L) dan 21.1 km/L (1.3L). Myvi lama mencatatkan sekitar 15.4km/L.
- Enjin NR Daihatsu Perodua dihasilkan daripada kilang pembuatan enjin Perodua di Sendayan, Negeri Sembilan.
- But belakang seluas 277 liter berbanding yang lama (208 liter).
- Kuasa 1.3L – 94hp @ 6,000rpm, Tork 121Nm @ 4,000rpm.
- Kuasa 1.5L – 102hp @ 6,000rpm, Tork 136Nm @ 4,200rpm.
- Smart tag sedia ada hanya slot in kad Touch n’ go (built-in toll reader).
- Terdapat tempat mengecas telefon pintar (USB) di tepi tempat duduk pemandu.
- Enam warna ditawarkan dengan dua yang baru iaitu Hijau Peppermint (1.3) dan Kelabu Granite (1.5)
- Push Start Button
- Enam beg udara untuk 1.5 dan empat beg udara (1.3)
Perodua Myvi Serba Baru dijual pada harga atas jalan tanpa insurans (Semenanjung Malaysia)
• 1.3 Standard G (MT): RM44,300
• 1.3 Standard G (AT): RM46,300
• 1.3 Premium X (AT): RM48,300
• 1.5 High (AT): RM51,800
• 1.5 Advance (AT): RM55,300
Secara konklusinya Myvi baru ini tampil berbeza daripada Myvi lama dan melalui pemanduan 2 pusingan yng disediakan dengan model 1.5L ianya lancar namun tidak terlalu responsif sesuai dengan sasarannya untuk penjimatan bahan api.
Ruang dalaman selesa mampu memuatkan 3 dewasa di belakang dan ruang kepala dan kaki juga luas untuk penulis berketinggian sekitar 179 sm ini.
Rekaan luaran ada gaya-gaya VW Polo pada bahagian hadapan dan belakang ada iras-iras Renault Clio + Axia. Kiranya sesuai untuk mereka yang baru ada sorang atau dua anak, pelajar, eksekutif muda dan yang nak cari 2nd car.
Sudah tentu varian paling atas 1.5 Advance dipasang ASA yang paling best dengan skirting dan aksesori luaran Gear Up memang cantik!. Apa-apa pun sabor sikit jer lagi sampai minggu depan Perodua nak lancarkan dah. Cuma standby duit nak bayor downpayment tuan-tuan semua untuk Myvi baru ini.