Honda Accord kini dengan teknologi Honda Sensing

TEKNOLOGI keselamatan termaju generasi akan datang, Honda Sensing kini ditawarkan pada model sedan segmen D, Accord 2.4 VTi-L Advance. Ia adalah model sedan pertama daripada Honda yang ditampilkan dengan pakej keselamatan terbaru ini.

Honda Sensing pertama kali diperkenalkan pada model baru Honda CR-V 2017 yang dilancarkan untuk pasaran Malaysia Julai lalu.

Bagaimanapun, tiada sebarang perubahan daripada segi rekabentuk luaran mahupun dalaman dan masih mengekalkan ciri premium sedia ada termasuk pedal penukar gear, lampu utama LED, lampu selekoh aktif, roda aloi 18-inci yang dibaluti tayar 235/45, sistem bunyi Premium dengan subwoofer, skrin paparan pelbagai-info (i-MID) bersaiz 7.7-inci baru dan skrin sentuh 7 inci bagi audio dengan Apple CarPlay dan Android Auto.

Bagi aspek keselamatan lain, ia masih kekal dengan elemen sedia ada termasuk enam beg udara, ABS dengan EBD, Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA), Honda LaneWatch, kamera belakang dengan pelbagai-sudut, Bantuan Mula Mendaki, Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS), dua pengesan sudut hadapan, empat pengesan sudut belakang dan cagak Isofix.

Selain itu, ia turut menampilkan kemasukan pintar dengan butang penghidup enjin, butang ECON, kawalan kelajuan, cermin pandang belakang dengan anti silau, pendingin hawa dua-zon, corong pendingin hawa untuk tempat duduk belakang, soket MP3/iPod/USB/HDMI, kawalan bebas tangan bagi telefon bimbit dan pengesan suara selain enam-pembesar suara serta roda stereng tiga-jejari balutan kulit.

(L-R) Honda Malaysia MD and CEO Toichi Ishiyama, President and COO En. Roslan Abdullah and Group Vice President Mr. Akkbar Danial at the Unveiling of Accord 2.4 VTi-L Advance with Honda SENSING

Naib Presiden Kumpulan Honda Malaysia Akkbar Danial berkata, ketika generasi kesembilan Accord dilancarkan pada 2013, ia meletakkan satu tanda aras baru dalam segmen D kerana model itu menawarkan ciri termaju dan premium seperti ciri kamera LaneWatch.

Menurutnya, Accord mengungguli jualan kenderaan segmen D, dengan versi generasi kesembilan sudah terjual sebanyak 5,500 unit sejak September 2016. Dari jumlah itu, varian 2.4L menyumbang sebanyak 25% manakala varian 2.0 VTi-L menjadi pilihan popular, menyumbang sebanyak 61%.

Honda Accord 2017 dengan ciri keselamatan Honda Sensing ini ditawarkan dalam dua varian iaitu 2.0L VTi-L dan 2.4L VT-i-L Advance. Harga di atas jalan raya termasuk GST tanpa insurans masih kekal bagi varian 2.0L VT-i (RM149,350) manakala varian 2.4L VT-i Advance (RM169,800)

Teknologi Honda Sensing yang ada pada model berkenaan terdiri daripada enam ciri bantuan pemanduan iaitu Kawalan Jelajah Adaptif (Adaptive Cruise Control – ACC); Sistem Amaran Perlanggaran Depan (Front Collision Warning – FCW); Sistem Brek Mitigasi Perlanggaran (Collision Mitigation Braking System – CMBS); Sistem Bantuan Kekal Lorong (Lane Keeping Assist System – LKAS); Sistem Mitigasi Tukar Lorong (Road Departure Mitigation – RDM) dan Amaran Tukar Lorong (Lane Departure Warning – LDW)

Bagi aspek keselamatan yang lain, ia masih kekal dengan elemen sedia ada termasuk enam beg udara, ABS dengan EBD, Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA), Honda LaneWatch, kamera belakang dengan pelbagai-sudut, Bantuan Mula Mendaki, Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS), dua pengesan sudut hadapan, empat pengesan sudut belakang dan cagak Isofix.

Selain itu, ia turut menampilkan kemasukan pintar dengan butang penghidup enjin, butang ECON, kawalan kelajuan, cermin pandang belakang dengan anti silau, pendingin hawa dua-zon, corong pendingin hawa untuk tempat duduk belakang, soket MP3/iPod/USB/HDMI, kawalan bebas tangan bagi telefon bimbit dan pengesan suara, dan enam-pembesar suara serta roda stereng tiga-jejari balutan kulit.

Sementara itu, menurut Honda lagi model Honda CR-V, sebanyak 34% pelanggan yang membeli model baharu berkenaan memilih varian tertinggi dengan ciri Honda Sensing, dan hampir 50% pemilik 1.5L Turbo membayar harga premium untuk pakej keselamatan berkenaan.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini