Utama Blog Halaman 82

Etiqa Lancar Pelan Takaful Dynamic Horizon

Etiqa, cabang insurans dan takaful terkemuka di rantau ASEAN di bawah Kumpulan Maybank, baru-baru ini telah melancarkan satu penyelesaian takaful berasaskan pelaburan patuh Syariah yang pertama seumpamanya, eksklusif untuk pelanggan Maybank.

Disokong oleh permintaan tinggi dan komitmen Kumpulan Maybank terhadap penyelesaian Pengurusan Kekayaan patuh Syariah, Pelan Takaful Dynamic Horizon dijangka mencatatkan jualan melebihi RM30 juta dalam tempoh 12 bulan pertama.

Dynamic Horizon dirangka khusus bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap penyelesaian perlindungan dan kekayaan berasaskan nilai, merentasi segmen pelanggan Muslim dan bukan Muslim.

Bagi pelanggan Muslim, ia menawarkan satu peluang yang unik dan bermakna dengan menggabungkan manfaat takaful dengan ciri hibah, membolehkan perancangan
pewarisan harta yang berhemah selari dengan kehendak faraid.

Bagi pelanggan bukan Muslim, pelan ini menawarkan kejelasan, kesinambungan, dan kawalan seperti yang diharapkan dalam penyelesaian perlindungan holistik.

Sejak dilancarkan, produk ini menerima sambutan yang sangat menggalakkan, terutamanya dalam kalangan pelanggan Pengurusan Kekayaan patuh Syariah (IWM) Maybank Islamic yang ingin menyelaraskan perancangan kewangan mereka dengan nilai
dan hasrat pewarisan untuk generasi akan datang, mencatatkan peningkatan lebih tiga kali ganda daripada sasaran jualan bulanan.

“Di Etiqa, kami percaya bahawa pemerkasaan kewangan bermula dengan akses, kepercayaan dan inovasi. Dynamic Horizon mencerminkan komitmen kami dalam menawarkan penyelesaian patuh Syariah yang bukan sahaja melindungi keluarga, tetapi juga membantu mereka membina kekayaan secara bertanggungjawab.

“Dengan memperkasa pelanggan untuk merancang masa depan dengan yakin dan meninggalkan legasi bermakna, Dynamic Horizon selari dengan tujuan korporat kami, iaitu ‘Menjadikan Dunia Tempat yang Lebih Baik’,” kata Ketua Pegawai Eksekutif, Etiqa Family Takaful Berhad, Zafri Ab Halim.

Domino’s Pecah Tradisi Dengan Piza Mac & Cheesy Pertama Malaysia!

Memecah tradisi kebiasaan piza, Domino’s Pizza Enterprise Ltd (Domino’s) sekali lagi mencipta kelainan! Kali ini dengan menukar pasta kegemaran ramai kepada pengalaman piza yang luar biasa.

Memperkenalkan Piza Mac & Cheesy, sajian pemikat selera yang menggabungkan keenakan pasta makaroni berkrim dan keju dengan kenikmatan piza dalam setiap suapan yang tak dapat dilupakan.

Bermula dari 22 Julai 2025, pelanggan boleh menikmati Piza Mac & Cheesy, yang
didatangkan dalam tiga perisa yang menambat selera. Dengan doh yang diuli secara
segar dan dilapisi dengan sos keju yang mewah, setiap piza disempurnakan dengan
taburan makaroni lazat yang berkrim dan keju mozarela ‘tarik’ dan sentuhan akhir
rumpai laut untuk rasa enak dan menyelerakan.

Piza Original Mac & Cheesy menjanjikan cita rasa sungguh lazat dan memuaskan, manakala Mushroom Mac & Cheesy memberikan sentuhan rasa asli yang tersendiri, dengan taburan cendawan dan keju mozarela yang secukupnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Serantau Domino’s Malaysia, Singapura, dan Kemboja, Ringo
Joannes berkata, “Di Domino’s, usaha mencipta produk penuh inspirasi yang digemari
rakyat Malaysia menjadi tumpuan kami dan kami yakin tentang satu perkara, iaitu
rakyat Malaysia sememangnya amat menggemari keju.

Data kami menunjukkan secara konsisten bahawa inovasi berasaskan keju sentiasa menarik minat pelanggan, bermula dengan pelancaran Mega Cheese kami pada 2022 dan diteruskan dengan Piza Cheese Volcano dan Piza World Cheese pada 2024.

Sama ada anda seorang pelajar mahupun orang dewasa, produk berasaskan keju dilihat sebagai satu trend utama. Sejajar dengan itu, kami teruja untuk memperkenalkan Piza Mac & Cheesy serba baharu, yang membawakan dua hidangan kegemaran dalam satu pilihan hebat.

Tawaran piza luar biasa ini adalah untuk tempoh terhad sahaja, dan pelanggan boleh menikmati pasta kegemaran mereka dalam bentuk piza, secara eksklusif di Domino’s.”

Team Bangsa Bola Claims Inaugural Zurich Liga 7×7 All Stars 2025 Title in Thrilling Final

The highly anticipated Zurich Liga 7×7 All Stars 2025 culminated on Saturday in an end-to-end final, with Team Bangsa Bola emerging victorious in a hard-fought match at Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur.

The event drew a near-capacity crowd and celebrated the fusion of sports and entertainment, setting a new benchmark for events in the Malaysian football scene.

The tournament featured four teams, each led by prominent figures and captained by
football legends: Team Zurich: Led by Junior Cho, Country CEO of Zurich Malaysia and captained by football icon Dimitar Berbatov.

Team Wizards: Led by Khairy Jamaluddin and captained by Manchester United legend
Ryan Giggs. Team Harimau: Led by Tan Sri Tony Fernandes and captained by Malaysian hero Safee Sali.

Team Bangsa Bola: Led by Tan Sri Nazir Razak and captained by Chelsea legend John
Terry. On the pitch, the four teams competed in a round-robin format, with each team playing once against the others.

After six fiercely contested matches, Team Bangsa Bola and Team Wizards proved to be a class above, securing their spots in the championship playoff. In an end-to-end, Team Bangsa Bola ultimately triumphed, claiming the coveted Zurich Liga 7×7 All Stars Champion’s trophy.

CapitaLand Raih Anugerah Berganda : Anugerah Sustainability & CSR Malaysia Awards 2025 

Dari kiri: Dato’ R. Rajendran, Pengerusi CSR Malaysia; YB Datuk Seri Dr. Noraini Binti Ahmad, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; Peter Chan, Pengurus Besar dan Eliza Kow, Ketua Komunikasi Pemasaran CapitaLand Retail Malaysia; serta Lee Seng Chee, Pengerusi Bersama dan Ketua Pengarang CSR Malaysia di Anugerah Kelestarian & CSR Malaysia ke-10 tahun 2025

CapitaLand dinobatkan sebagai Syarikat Terbaik Tahun Ini untuk Keprihatinan Komuniti Cemerlang di bawah kategori Pusat Beli-Belah dan turut menggondol Anugerah Kecemerlangan Jangka Panjang di Anugerah Sustainability & CSR Malaysia Awards 2025.

Pengiktirafan ini mencerminkan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasa komuniti melalui pelbagai inisiatif bermakna, khususnya menerusi program #GivingBersama4.0.

Ini menandakan tahun ketiga berturut-turut CapitaLand menerima anugerah berprestij Syarikat Terbaik Tahun Ini, sekali gus membuktikan komitmen jangka panjangnya dalam memperkaya kehidupan rakyat Malaysia.Tahun lalu, syarikat ini turut diiktiraf atas usaha membantu kanak-kanak kurang berkemampuan.

Anugerah tahunan Sustainability & CSR Malaysia Awards 2025 dikhususkan kepada organisasi yang menunjukkan komitmen cemerlang terhadap kelestarian dan tanggungjawab sosial korporat (CSR) di Malaysia.

Sebagai sebahagian daripada kempen global CapitaLand #GivingAsOne, inisiatif #GivingBersama 4.0 telah dilancarkan untuk membantu penghuni rumah anak yatim, pelajar sekolah dan keluarga berpendapatan rendah di Pulau Pinang, Lembah Klang, Pahang dan Johor.

Dengan sokongan CapitaLand Hope Foundation (CHF), iaitu sayap kebajikan Kumpulan CapitaLand, inisiatif ini menyumbang barangan keperluan harian dan pendidikan bernilai RM200,000 kepada lebih 2,600 penerima.

Dari 23 Oktober hingga 20 Disember 2024, lebih 180 kakitangan CapitaLand telah meluangkan lebih 1,400 jam untuk kerja-kerja sukarela bagi berbakti kepada masyarakat.

Mereka berjaya menjangkau hampir 800 kanak-kanak kurang berkemampuan dari 21 rumah jagaan dan lebih 1,800 individu daripada 600 keluarga berpendapatan rendah. Golongan sasar ini dikenal pasti menerusi kerjasama dengan Unit Mutiara Food Bank di Pulau Pinang serta Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia di Kuala Lumpur, Kuantan dan Johor.

Antara agenda utama inisiatif tahun ini ialah pengenalan pengalaman bazar di pusat beli-belah – yang pertama seumpamanya oleh CapitaLand. Dianjurkan di dewan komuniti seluruh Malaysia, acara berkonsepkan pasar ini membolehkan penerima memilih sendiri barangan diperlukan, memberikan pengalaman yang lebih mesra dan peribadi.

Pengarah Urusan Runcit, CapitaLand Investment (Malaysia), Selina Ng berkata, pihaknya amat berbesar hati menerima anugerah berprestij ini untuk tahun ketiga berturut-turut, lebih-lebih lagi ketika CapitaLand meraikan ulang tahunnya yang ke-25 tahun ini.

“Anugerah ini membuktikan usaha berterusan kami dalam memberi impak positif dan berkekalan kepada komuniti tempat kami beroperasi.

“Di CapitaLand, kami percaya bahawa membina komuniti yang berdaya tahan bukan sekadar melalui sumbangan kewangan semata-mata. Menerusi inisiatif #GivingBersama, kami berasa amat terharu dengan sokongan yang berterusan daripada kakitangan, penyewa, rakan niaga dan komuniti umum.

“Bersama-sama, kita membawa perubahan ketara dalam kehidupan golongan yang memerlukan di seluruh Malaysia. Sejak 2011, dengan sokongan CHF, kami telah menbantu lebih 16,100 penerima dan menyumbang lebih daripada RM2.6 juta dalam inisiatif komuniti,” katanya.

Kempen tahunan #GivingAsOne oleh CapitaLand diadakan setiap bulan September dan Oktober bagi menggerakkan kakitangan, penyewa, rakan niaga dan pelanggan di pelbagai pasaran untuk membantu komuniti yang memerlukan sokongan. Pada tahun 2024, lebih 8,900 sukarelawan di 17 negara telah menyumbang lebih 46,000 jam sukarelawan, memberi manfaat kepada lebih 13,000 individu di seluruh dunia.

Kehadiran CapitaLand di Malaysia merangkumi pelbagai jenis aset termasuk kediaman, runcit, penginapan, logistik dan pusat perniagaan. Rangkaian runcitnya merangkumi tujuh pusat beli-belah: Melawati Mall di Taman Melawati dan enam lagi pusat beli-belah di bawah CapitaLand Malaysia Trust—3 Damansara di Petaling Jaya, East Coast Mall di Kuantan, Gurney Plaza dan Queensbay Mall di Pulau Pinang, The Mines di Seri Kembangan, dan Sungei Wang Plaza di Kuala Lumpur.

CapitaLand turut mengendalikan Nusajaya Tech Park, sebuah taman perindustrian seluas 210 hektar yang terletak di Iskandar Puteri, Johor.

Mitsubishi Motors Malaysia Brings “Live the Drive” Experiential Event to Kota Bharu

MITSUBISHI MOTORS MALAYSIA (MMM), the official distributor of Mitsubishi vehicles in Malaysia, is excited to announce that the “Live the Drive” experiential event will be making its way to the outdoor carpark of AEON, Kota Bharu from 25–26 July 2025, 10.00am to 10.00pm, offering locals a chance to get behind the wheel of the Mitsubishi Triton and truly experience what sets this award-winning pick-up apart from the rest.

Built on Mitsubishi’s legendary off-road DNA, the Triton will take center stage as it tackles a specially-designed course that simulates off-road terrain—demonstrating its unique Super Select 4WD-II system, intelligent 7-Drive Modes, and rigid new frame chassis.

Event-goers will participate in various challenges, each highlighting Triton’s unmatched
capabilities in both performance and driver comfort:

Uneven Rocky Terrain
Simulating construction sites or plantations, this course proves how Super Select 4WD-II
and 7-drive modes combine for optimum grip and control across any surface. Triton’s
superior seat comfort also means a smoother ride compared to most competitors.

Elephant Steps
One of the most challenging off-road tests, the Elephant Steps push the Triton’s 4LLC low-range gearing to the limit—delivering power to all four wheels, even when one tire lifts off the ground.

Side Ramp
This obstacle showcases the new frame chassis by testing its rigidity. With Triton’s
superior stability and handling, even at a 45-degree tilt, the pick-up truck remains stable.

Water Wading Challenge
Designed to replicate flash flood scenarios, this obstacle holds up to 700mm of water—yet the Triton powers through with ease, proving its water wading capabilities.

U-Turn Obstacle Course
This obstacle is to demonstrate Triton’s full-time 4WD mode (4H) that can be driven on
paved roads, making U-Turns as smooth as a SUV. Test the difference first-hand at low
and moderate speeds.

Participants can also put their skills to the test with the Water Bucket Test Drive Challenge, where they must navigate the track while keeping a full bucket of water steady.

Attractive prizes await the smoothest drivers, including Naturehike Camping Wagon worth RM500, Naturehike 50L Foldable Box worth RM400, a portable fan worth RM200.

The Mitsubishi Triton Athlete is now available from RM159,980 (OTR without insurance in Peninsular Malaysia), combining bold design, advanced performance, and rugged capability.

As part of Mitsubishi Motors Malaysia’s 20 th Anniversary Rewards, customers can enjoy up to RM18,000 in savings for the Triton, available for a limited time only. All participants who test drive a Mitsubishi vehicle during the event will receive a complimentary Foldable Bucket Bag. Additionally, those who make a booking for any Mitsubishi car will take home a Naturehike Cooler Box—perfect for outdoor adventures and weekend getaways!

All are welcome to experience an unforgettable weekend of action, adrenaline, and adventure at the “Live the Drive” event at the outdoor carpark of AEON Kota Bharu this
weekend! Test drive the Mitsubishi Triton and enjoy exclusive offers!

Larian Pos Malaysia ‘Jom Laju For Fun!’ Kembali – Hadiah Wang Tunai Hampir RM10,000 dan Kategori Larian ‘Relay’ Korporat Baharu

Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia), penyedia perkhidmatan pos dan bungkusan nasional,
mengumumkan kembalinya ‘Pos Malaysia Run 2025’ susulan kejayaan luar biasa acara sulung larian pada 2024 yang berjaya menarik 3,500 peserta.

Larian santai tahun ini akan terus memberi tumpuan kepada pembinaan komuniti dan menggalakkan gaya hidup sihat melalui inisiatif hijau. Edisi kedua ini, dengan slogan ‘Jom Laju For Fun!’, menawarkan para peserta peluang untuk menikmati larian yang meriah bersama keluarga dan rakan-rakan sambil mengambil bahagian dalam aktiviti menarik sepanjang laluan.

Acara tahun ini menampilkan tambahan menarik dengan pengenalan Larian ‘Relay’ Korporat 10km (5km x 2 orang), yang direka untuk menggalakkan pembinaan pasukan dan penyertaan korporat dalam aktiviti gaya hidup sihat.

Acara ini juga menawarkan hadiah wang tunai berjumlah hampir RM10,000 untuk pelbagai kategori pertandingan, menambah insentif tambahan bagi pelari serius sambil mengekalkan semangat seronok dan inklusif acara tersebut.

Acara larian ini dijadualkan berlangsung pada hari Sabtu, 22 November 2025 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, dengan pelepasan peserta pada jam 6.30 pagi. Acara ini mengalu-
alukan peserta berumur 5 tahun ke atas, menawarkan pelbagai kategori merentas dua jarak utama.

Kategori 10km (terbuka kepada semua warganegara) termasuk Lelaki Terbuka (16-44 tahun), Wanita Terbuka (16-44 tahun), Lelaki Veteran (45 tahun ke atas), Wanita Veteran (35 tahun ke atas), dan Larian ‘Relay’ Korporat (5km x 2 orang) untuk peserta berumur 16 tahun ke atas.

Kategori 5.8km (juga terbuka kepada semua warganegara) merangkumi Larian S Individu
Fun Run dan Larian Kumpulan 4 Fun Run, kedua-duanya mengalu-alukan peserta dari umur 5 tahun ke atas.

Pendaftaran berharga RM75 untuk kategori 10km dan RM65 untuk kategori 5.8km. Peserta boleh mendaftar dan membeli tiket di RaceXAsia (https://www.racexasia.com/event/pos-malaysia-run-2025-posm25) dari sekarang hingga 19 Oktober 2025.

Manfaatkan harga istimewa pra-daftar, dengan diskaun RM10 bagi setiap kategori: 10KM pada harga RM65 dan 5.8KM Fun Run pada harga RM55. Tawaran istimewa ini tersedia hingga 31 Julai 2025.

Setiap peserta yang mengambil bahagian akan menerima kelayakan berikut:
• Pingat penamat
• Sijil E (E-certificate)
• Beg bertali dengan T-shirt larian dan barangan penaja

• Perlindungan Insurans Kemalangan Diri (PA)

Semua peserta yang berjaya menamatkan larian dalam kategori yang layak akan menerima pingat penamat yang diperbuat sepenuhnya daripada bahan kitar semula. Untuk mengurangkan jejak karbon, pek perlumbaan akan dihantar terus kepada peserta menggunakan van dan motosikal elektrik Pos Malaysia, menghapuskan keperluan untuk pengambilan pek perlumbaan secara fizikal.

Pada hari acara, motosikal elektrik kami akan menyediakan sokongan marshal dan operasi mesra alam, menunjukkan komitmen terhadap kelestarian dan warisan kita.

Tahun ini, kami mempertingkatkan pengalaman dengan menganjurkan acara di Stadium
Merdeka yang ikonik di Kuala Lumpur – tapak bersejarah di mana kemerdekaan Malaysia
diisytiharkan pada 1957.

Tempat bersejarah ini memberi latar sempurna untuk meraikan perpaduan, warisan, dan kemajuan sambil menyokong gaya hidup sihat dan tanggungjawab terhadap alam sekitar.

Di Pos Malaysia, kami bersemangat dalam membina kepercayaan untuk menghubungkan
kehidupan dan perniagaan demi masa hadapan yang cemerlang. Komitmen ini memacu usaha dan tanggungjawab kami untuk mencipta nilai jangka panjang melalui amalan lestari dalam setiap aspek perniagaan kami.

Pos Malaysia menjemput setiap syarikat yang berminat untuk mengambil bahagian sebagai rakan kongsi dalam acara komuniti kelestarian ini. Terdapat pelbagai pakej perkongsian disediakan, menawarkan tahap komitmen dan manfaat yang berbeza, dengan sumbangan kewangan antara RM20K hingga RM100K.

Sebagai alternatif, syarikat boleh menyokong acara ini sebagai rakan kongsi dengan sumbangan barangan. Untuk maklumat lanjut tentang peluang perkongsian, sila hubungi kami melalui e-mel di [email protected].

AKASO to Launch the AKASO 360, the All-New 360° Action Camera this 28 July

Global action camera brand AKASO is set to launch its latest innovation, the AKASO 360, this coming 28 July.

Built for creators who want to capture their world from every angle, the AKASO 360 is a compact, powerful, and intuitive 360° action camera that marks AKASO’s boldest step yet in redefining immersive content creation for a wider audience.

AKASO has long been committed to designing products that serve a wide spectrum of users, making high-quality content creation tools more accessible to all — from first-time vloggers to seasoned professionals.

Having sold over half a million units annually with support from a rapidly growing global user base, the brand remains committed to equipping creators with smart, reliable gear designed for real-world use, no matter where their journey takes them.

The upcoming AKASO 360 continues this philosophy, blending powerful features with everyday usability to create an affordable yet highly versatile tool. Whether it’s capturing daily vlogs, adrenaline-fueled sports, or outdoor adventures like biking, diving, mountaineering, skiing, hiking, or fishing, the AKASO 360 is built to adapt to any creative scenario and empower users to tell their stories with ease.

Featuring ultra-high-resolution 5.7K 360° video and stunning 72MP stills, the AKASO 360 captures every detail with impressive clarity and colour accuracy — even in challenging lighting conditions. Its user-first design supports flexible post-capture editing, allowing creators to shoot first and reframe later to suit multiple formats, platforms, and storytelling styles.

The AKASO 360 is packed with intelligent features such as AI tracking, a 360° horizon lock and an invisible selfie stick effect.

All of these functions are easily accessed through a responsive 2.29-inch high-resolution touchscreen and integrates seamlessly with the AKASO 360 app, enabling users to edit, reframe, and share content directly from their phones. Whether capturing action-packed scenes, cinematic vlogs, or daily adventures, the AKASO 360 is a compact yet capable tool for modern creators.

Domino’s Bantu Rakyat Malaysia Membiayai Barangan Keperluan Asas Menerusi Kempen “Domino’s bersama anda, Super Onz setiap hari”

Apakah maksud nilai yang sebenar? Bagi sesetengah orang, nilai diperolehi daripada penjimatan beberapa Ringgit. Bagi yang lain pula, ia mungkin diukur dengan kejayaan mengharungi cabaran setiap hari dan bebas daripada rasa bimbang.

Tetapi bagi kebanyakan orang yang perlu memenuhi tuntutan hidup seharian, nilai sebenar terletak pada hati budi dan rasa disantuni, disokong dan diingati.

Berbekalkan semangat ini, kempen Domino’s Bersama Anda, Super Onz Setiap Hari adalah sebuah inisiatif yang bukan hanya sekadar piza, tetapi sesuatu yang jauh lebih bermakna seperti bantuan, harapan dan ingatan bahawa anda tidak keseorangan.

Dalam kempen ini, Skuad Super Onz Domino’s telah turun padang secara mengejut ke Lembah Klang untuk memberi peluang kepada orang ramai menyertai cabaran ala rancangan “Supermarket Sweep” (iaitu mengisi troli beli-belah dengan barangan runcit
dalam masa 3 minit).

Tiada had belanja ditetapkan dan peserta bebas mengambil seberapa banyak barang yang boleh dalam julat masa tiga minit. Sama ada makanan segar, produk tenusu atau barangan keperluan isi rumah, semua yang dimasukkan ke dalam troli mereka akan dibiayai sepenuhnya oleh Domino’s.

Menerusi inisiatif ikhlas dari hati ini, Domino’s membiayai barangan keperluan harian bernilai RM39,000 secara keseluruhan kepada peserta-peserta yang memerlukan, sebagai usaha membawa keceriaan dan memberikan sokongan bermakna kepada komuniti di seluruh Lembah Klang.

Ketua Pegawai Eksekutif Serantau Domino’s Malaysia, Singapura dan Kemboja, Ringo Joannes berkata, “Kempen Domino’s Bersama Anda, Super Onz Setiap Hari adalah cara kami menyumbang kembali kepada anda kerana anda memang berharga buat kami.

Daripada penunggang p-hailing yang memastikan pelanggan dapat menikmati pesanan makanan yang masih panas dan lazat, kepada pelajar yang menuntut ilmu jauh dari kampung halaman semata-mata untuk membina masa depan yang lebih baik, atau ibu bapa yang bekerja keras untuk mencari rezeki dan memenuhi keperluan keluarga masing-masing, setiap perjalanan menceritakan kisah penuh harapan yang menguji ketahanan dan kekuatan.

HONOR Mendahului Dengan Menawarkan Servis Tanpa Bimbang Tersuai Untuk Telefon Boleh Lipat 

Peneraju ekosistem peranti AI global HONOR meningkatkan tahap perkhidmatan pasca jualannya dengan menyediakan polisi perkhidmatan tersuai yang pertama dalam industri untuk telefon boleh lipat terbaharu HONOR Magic V5.

Polisi perkhidmatan yang dipertingkatkan ini memperkenalkan pendekatan berasaskan keperluan pengguna termasuk Perlindungan Skrin Retak Tanpa Bimbang 1 Tahun dan Jaminan Kualiti 2 Tahun. HONOR Magic V5 satu-satunya telefon boleh lipat di Malaysia yang menawarkan liputan komprehensif sedemikian.

Keyakinan Pengguna Diutamakan dalam Skrin Boleh Lipat

Dengan peningkatan populariti terhadap telefon boleh lipat, kebimbangan utama pengguna lazimnya berkisar kepada kos pembaikan skrin yang tinggi. Tinjauan pasaran menunjukkan kos purata membaiki skrin dalam boleh mencecah sehingga RM2,600 manakala skrin luar sekitar RM600.

Hal ini menjadikan polisi pasca jualan sebagai faktor utama dalam keputusan pembelian. Oleh yang demikian, HONOR dengan yakin menangani kebimbangan ini dengan menawarkan pembaikan skrin percuma bagi sebarang kerosakan disebabkan kecacatan pengeluar pada Magic V5 dalam tempoh dua tahun.

Dengan Polisi Perlindungan Retak Tanpa Bimbang 1 Tahun, jika skrin HONOR Magic V5 rosak akibat terjatuh, perlanggaran, atau tekanan tidak sengaja, pengguna boleh menerima satu penggantian percuma bagi skrin dalam dan luar, dengan bayaran upah sebanyak RM60.

Untuk jaminan tambahan, Jaminan Kualiti Tanpa Bimbang 2 Tahun turut meliputi isu kualiti skrin seperti garisan hijau atau kebocoran air. Pendekatan proaktif ini memberikan jaminan yang tiada tandingan, mengurangkan kebimbangan pengguna dengan ketara.

14 Pusat Servis Seluruh Negara, Mengurangkan Masa Menunggu 

Bagi meningkatkan lagi rangkaian pasca jualannya, HONOR mempunyai 14 pusat servis di seluruh negara yang mampu melakukan pembaikan skrin boleh lipat terus di lokasi. Inisiatif ini bertujuan mempercepatkan proses baik pulih serta mengurangkan masa menunggu agar setiap pengguna telefon boleh lipat menikmati pengalaman pasca jualan yang aman.

Bagi melengkapkan janji perkhidmatan ini, HONOR telah memperkukuh ketahanan struktur skrin Magic V5 untuk ketahanan jatuh dan calar yang lebih baik berbanding model terdahulu.

Terdapat perlindungan tiga lapis bagi membentuk penghalang keselamatan yang termasuk lapisan anti-calar bersalut alumina pada lapisan paling luar. Diikuti lapisan sokongan gred aeroangkasa yang diperkukuh dan bendalir bukan Newtonian yang menyerap hentakan dengan teras yang mengeras semasa impak.

Setiap bahan perlindungan ini membina peningkatan teras yang ketara dalam ketahanan skrin dalaman dan pada skrin luar yang boleh dipercayai. Gabungan bahan ini meningkatkan ketahanan kedua-dua skrin, menjadikan HONOR Magic V5 bukan sahaja nipis dan berprestasi tinggi, tetapi juga tahan lama.

Pra-tempahan HONOR Magic V5 Sehingga 24 Julai 2025

HONOR Magic V5 didatangkan dalam empat pilihan warna premium: Dawn Gold, Ivory White, Silk Brown dan Black. Ia dilengkapi dengan storan RAM 16GB dan ROM 512GB. Pelanggan yang membuat pra-tempahan sehingga 24 Julai ini akan menerima hadiah PERCUMA eksklusif bernilai RM3,497 termasuk sebuah Harman Kardon Onyx Studio 9 serta pelan Perlindungan Skrin Retak Tanpa Bimbang 1 Tahun dan Jaminan Kualiti 2 Tahun.

Work Smart, Travel Light: The vivo X Fold5 Is Almost Here

vivo Malaysia is proud to unveil a new chapter in mobile innovation with the upcoming launch of the vivo X Fold5, a foldable flagship that redefines productivity, style, and power.

Built for those who demand more from their devices, the vivo X Fold5 is set to raise the bar with ultra-smooth folding mechanics, immersive dual displays, and powerhouse performance packed into a sleek design.

Thin Yet Powerful
Get ready to carry less weight, but do more. The vivo X Fold5 combines advanced engineering with an ultra-light, pocket-friendly body allowing users to open and close the phone smoothly thanks to its reliable aerospace-grade hinge.

Designed to be easy to hold and carry without compromising on performance, this foldable balances everyday convenience with flagship capabilities. Striking the ideal balance between slim design and solid durability, you can unfold productivity anytime, anywhere.

The vivo X Fold5 pairs its slim profile with a sleek, modern finish that feels as good as it looks. It is available in two premium colours, Titanium Gray and Feather White. Open it up to reveal bright, vivid displays designed to shine even under Malaysia’s bright sun.

Whether folded or unfolded, it looks sharp from every angle and fits right in with your day from boardrooms to coffee shops and everywhere in between.

Smarter Productivity with AI at the Core
Aside from good looks, the vivo X Fold5 is designed to make your day flow better. Smart AI tools like Origin Workbench, DocMaster, and Smart Call Assistant to help you switch between work and play without missing a beat.

Expect seamless multitasking that lets you run multiple apps at once, smart document editing that turns notes into polished files on the spot, and real-time transcriptions that
capture calls and meetings as they happen.

Whether you’re on the move, between flights, or working from your favorite café, the vivo X Fold5 keeps you productive and organised with no extra devices or effort needed.

Post Menarik