Utama Blog Halaman 72

Drama mini siri “Senyuman” Sentuhan McDonald’s Malaysia Mulai 7 Ogos

McDonald’s Malaysia melangkah setapak lagi dalam memperkukuh hubungan emosi bersama pelanggan dengan pelancaran mini drama terbaru berjudul “Senyuman”, sebuah kisah menyentuh hati mengenai pengertian sebenar sebuah senyuman dan nilai sebuah kehadiran.

Mini drama tujuh episod ini menampilkan pelakon berkaliber, Jack Tan atau lebih dikenali sebagai Ah Zhe, yang memegang gelaran tiga kali Pelakon Lelaki Terbaik, bergandingan buat julung kalinya dengan penyanyi dan pelakon terkenal tanah air, Nabila Razali. Turut membuat kemunculan khas dalam drama ialah pelakon Lim Jian Wen.

“Senyuman” akan mula ditayangkan secara eksklusif di laman Instagram rasmi McDonald’s Malaysia (@mcdonaldsmalaysia) pada 7 Ogos jam 8 malam, dan boleh ditonton secara percuma oleh semua pengguna.

Mengisahkan watak Ming (lakonan Jack Tan) yang jarang tersenyum dan lebih banyak
menyendiri, kisah ini bermula apabila rakan sekerjanya June (Nabila Razali) mula menyedari sikap dinginnya lalu cuba mendekatinya.

Dalam satu ajakan makan malam di McDonald’s, perbualan mereka sambil berkongsi kentang goreng akhirnya membuka pintu hati Ming untuk menceritakan kisah silam yang membelenggunya sejak kecil.

Menurut Jack Tan, skrip mini drama ini begitu menyentuh hati dan penuh makna. “Ini bukan sekadar lakonan biasa, tetapi sebuah naratif mengenai empati, penyembuhan dan sokongan.

Watak Ming sangat mendalam dan saya benar-benar dapat rasai emosinya,” katanya. Walaupun berdepan cabaran kerana jadual penggambaran yang padat dan babak-babak emosional sejak hari pertama, Jack Tan menyifatkan kolaborasi dengan Nabila dan Lim sangat membantu dalam menjiwai peranan.

Bagi Nabila Razali pula, ini merupakan pengalaman pertamanya menjayakan sebuah mini drama. “Kerjasama dengan McDonald’s kali ini sangat istimewa. Berbeza dengan iklan-iklan McDonald’s yang ceria dan meriah, drama ini lebih kepada penceritaan yang penuh perasaan.

Ia tidak terlalu bersifat promosi, tetapi lebih kepada menyampaikan mesej melalui emosi dan jalan cerita yang realistik,” katanya.

Mengulas tentang “Senyuman” , Jack berkata walaupun setiap episod hanya berdurasi antara satu hingga dua minit, namun emosi yang disampaikan sangat mendalam dan menyentuh hati.

“McDonald’s bukan sekadar lokasi dalam cerita ini. Ia mewakili kehangatan dalam kenangan Ming, malah juga menjadi simbol memori dan detik kebersamaan buat ramai keluarga. Saya berharap penonton akan merasai mesej yang penuh kelembutan dan keikhlasan selepas menontonnya,” katanya.

Aplikasi McDonald’s Cecah 14 Juta Muat Turun, Kukuhan Hubungan Digital

Pelancaran “Senyuman” turut seiring dengan pencapaian besar McDonald’s Malaysia dalam bidang digital. Sejak dilancarkan pada April 2018, Aplikasi McDonald’s kini telah mencatat lebih 14 juta muat turun (pls advise updated figure), dengan lebih daripada 1.4 juta pengguna aktif bulanan setakat Julai 2025.

Aplikasi ini membolehkan pengguna membuat pesanan dengan mudah untuk makan di restoran, penghantaran, atau melalui perkhidmatan Drive-Thru. Ia juga menawarkan ganjaran eksklusif dan mata kesetiaan yang boleh ditebus untuk makanan percuma, menjadikannya lebih menjimatkan dan berbaloi bagi pengguna setia.

Pengarah Pemasaran McDonald’s Malaysia, Chin Mei Lee, “Senyuman” merupakan salah satu usaha kreatif untuk mendekati pelanggan dengan cara baharu. “Kami sentiasa mencari pendekatan inovatif untuk menghubungkan jenama kami dengan rakyat Malaysia.

Drama “Senyuman” ini membuktikan bagaimana kisah yang tulus boleh membawa makna yang besar, sambil mengetengahkan peranan aplikasi McDonald’s dalam kehidupan harian.

“McDonald’s Malaysia berhasrat untuk terus melangkah ke hadapan dalam transformasi digital dan menghasilkan kandungan yang memberi kesan mendalam kepada pengguna.” katanya.

How Samsung Bespoke AI Transforms Malaysian Family Life

For many Malaysian families, mornings feel like managing a small business rather than a household. Between preparing breakfast for the children, ensuring uniforms are clean, and packing lunch boxes, it has always been a chaotic routine many know too well.

Since its launch in April 2025, Samsung’s Bespoke AI ecosystem has quickly become a practical solution for Malaysian households. With intelligent, connected appliances designed to work in sync, Samsung is redefining the way families manage their everyday lives.

Smart Cooking for Malaysian Kitchens

The centerpiece of this ecosystem is the Bespoke AI Side by Side Refrigerator with AI Home, featuring a 9-inch LCD AI Home display that acts as a central hub for your kitchen. With the Auto Open Door feature, accessing your refrigerator is effortless. Sensors on both sides allow the doors to open with just a light touch.

This is especially helpful when your hands are full with groceries or ingredients. With SmartThings integration, users can discover recipe suggestions, plan meals, manage grocery lists, stream video content, and control connected Samsung appliances. All accessible without opening the fridge.

For product information, visit https://www.samsung.com/my/refrigerators/side-by-side/refrigerator-sbs-9-inch-ai-home-594l-black-doi-rs90f65dnfme/

Smart Cleaning That Fits Malaysian Households

With Malaysia’s humid weather and frequent downpours, keeping floors clean can feel like a never-ending task. Samsung’s Bespoke AI Jet vacuum range is built to make that easier. Whether you choose the high performance AI Jet Ultra or the lightweight AI Jet Lite, both models come equipped with AI Cleaning Mode that automatically adjusts suction power based on the type of surface.

From marble living rooms to bedroom rugs, the vacuum can sense the difference and adapt accordingly. Both vacuums also connect to the SmartThings app for added convenience.

With Smart Wi-Fi control, you can manage its function and settings remotely, receive real-time alerts when your phone gets a call or message, and even access smart self-diagnosis that checks the vacuum’s condition and gives a tailored maintenance tips. It’s a smarter, fuss-free way to keep your home clean and running smoothly.

JETOUR Mulakan Operasi Hab Pemasangan Tempatan dan Pembuatan Di Malaysia 

JETOUR Auto Malaysia secara rasminya telah memulakan operasi pemasangan tempatan untuk model SUV, JETOUR Dashing dan VT9, di fasiliti pemasangan Berjaya Assembly Sdn. Bhd. (B-Assembly) di Tampoi, Johor Bahru.

Pencapaian ini menandakan langkah penting dalam strategi pengeluaran tempatan JETOUR sambil mengukuhkan komitmen jangka panjang jenama ini untuk pasaran automotif Malaysia.

Operasi pemasangan tempatan ini dijalankan di fasiliti sedia ada B-Assembly seluas 640,000 kaki persegi, disokong oleh seramai lebih 100 orang tenaga kerja yang berdedikasi menjadikan Malaysia sebagai hab strategik untuk pembuatan dan pengedaran bagi rantau ASEAN.

Inisiatif ini turut menyokong aspirasi negara dalam sektor automotif dengan meningkatkan pemerolehan tempatan, mewujudkan peluang pekerjaan berkemahiran, serta memperkukuhkan integrasi dalam rantaian bekalan tempatan.

“Pencapaian penting ini mencerminkan keyakinan kukuh kami terhadap Malaysia sebagai pasaran strategik untuk JETOUR. Pemasangan tempatan bagi model Dashing dan VT9 bukan sahaja hanya satu kemajuan dari segi pengeluaran, malah merupakan pelaburan besar dalam bakat, inovasi, dan potensi mobiliti di rantau ini pada masa akan datang,” kata Naib Presiden JETOUR International, Wen Qiangkang.

Ketua Pegawai Eksekutif JETOUR Malaysia, Fu Yong berkata, denganm pelancaran pembuatan tempatan, pihaknya berbangga dapat menawarkan kenderaan berkualiti tinggi yang dipasang di Malaysia, sejajar dengan komitmen berterusan terhadap kualiti, inovasi dan kepuasan pelanggan.

“Kerjasama dengan B-Assembly ini turut membina asas kukuh bagi strategi peluasan JETOUR ke seluruh rantau ASEAN,” katanya.

UPSI, USIM Perkasa Komunikasi Strategik Universiti Melalui Lawatan Penanda Aras

Delegasi Pusat Komunikasi Strategik USIM bergambar bersama kakitangan Bahagian Komunikasi Koporat UPSI di bangunan Canselori, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, UPSI

Bahagian Komunikasi Korporat, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerima kunjungan lawatan penanda aras daripada Pusat Komunikasi Strategik, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dalam usaha memperkukuh hubungan dua hala serta memperkasa amalan terbaik dalam bidang komunikasi korporat universiti awam.

Delegasi USIM seramai enam kakitangannya diketuai oleh Pengarah Pusat Komunikasi
Strategik USIM, Prof. Madya Dr. Mohd Faizal Kasmani, disambut mesra oleh Pengarah,
Bahagian Komunikasi Korporat UPSI, Prof. Dr. Mohd Izwan Shahril bersama-sama barisan pegawai dan kakitangan unit berkaitan.

Prof. Dr. Mohd Izwan berkata, lawatan seperti ini mencerminkan semangat kolaboratif antara universiti awam dalam memperkukuh sistem penyampaian maklumat serta
memperkasakan peranan komunikasi strategik sebagai jantung kepada reputasi institusi.

Menurutnya, lawatan tersebut bertujuan untuk berkongsi maklumat dan bertukar pandangan mengenai pengurusan komunikasi strategik, pengendalian media sosial rasmi universiti, pengurusan krisis reputasi, pembangunan bahan media serta pendekatan membina keterlihatan jenama universiti secara lebih efektif kepada khalayak sasaran.

“Lawatan ini memberi ruang untuk kita menilai kembali pendekatan komunikasi yang digunakan, selain membuka peluang untuk meneroka inisiatif bersama dalam bidang pengurusan media, penerbitan kandungan kreatif serta penyelarasan komunikasi krisis,” katanya.

Beliau turut menekankan pentingnya pengurusan komunikasi yang cekap dan berkesan,
khususnya dalam menyampaikan naratif universiti kepada masyarakat dan pihak
berkepentingan.

“Hari ini, universiti bukan sahaja perlu menonjolkan pencapaian akademik dan penyelidikan, tetapi juga perlu bijak mengurus persepsi melalui strategi komunikasi yang relevan dengan kehendak semasa. Justeru, hubungan strategik antara UPSI dan USIM ini amat signifikan dalam memperkasa jenama institusi masing-masing,” katanya.

Sementara itu, Prof. Madya Dr. Mohd Faizal menzahirkan penghargaan terhadap
kesediaan UPSI menerima lawatan tersebut dan menyifatkannya sebagai satu peluang besar untuk memahami secara lebih dekat operasi komunikasi korporat di universiti yang memiliki keunikan tersendiri.

“UPSI mempunyai pendekatan yang sistematik dalam pengurusan komunikasi, termasuk
dalam hal ehwal pengurusan media, penjenamaan visual dan penulisan ucapan rasmi.

“Lawatan ini sangat membantu kami menambah baik proses dalaman dan menyemak
keberkesanan strategi sedia ada di USIM,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa kolaborasi seperti ini mampu mewujudkan ekosistem
komunikasi yang lebih berdaya saing dalam kalangan universiti awam.

“Keterlihatan universiti pada hari ini bukan lagi bergantung kepada bahan bercetak semata-mata, tetapi bagaimana kita mengurus maklumat di pelbagai platform digital, serta membina hubungan berterusan dengan media dan masyarakat. UPSI memberikan contoh pelaksanaan baik dalam aspek ini.

Delegasi USIM juga turut dibawa melawat fasiliti serta kemudahan di sekitar Kampus Sultan Azlan Shah serta kampus Sultan Abdul Jalil Shah, UPSI antaranya UPSI Sports Bowl, UPSI Glamping Park dan UPSI Adventure Park.

“Lawatan penanda aras ini bukan sahaja menjadi platform perkongsian ilmu dan pengalaman, malah membuka ruang kerjasama strategik yang lebih erat antara UPSI dan USIM dalam memartabatkan fungsi komunikasi korporat institusi pendidikan tinggi awam,” katanya.

PETRONAS, Microsoft Expand Collaboration

PETRONAS and Microsoft signed a Memorandum of Understanding (MoU), further extending their strategic collaboration in multiple areas across innovation and sustainability to support the development of an Artificial Intelligence (AI)-enabled economy and ecosystem in Malaysia, while advancing efforts toward energy transition in Asia.

At the signing ceremony held on the sidelines of Energy Asia 2025, PETRONAS was represented by its Senior Vice President of Projects, Technology & Health, Safety, Security & Environment (PT&HSSE), Ir Ts Mohd Yusri Mohamed Yusof and Vice President of Group Technology & Commercialisation, Izwan Ismail. Microsoft Malaysia was represented by its Managing Director, Laurence Si.

Ir Ts Mohd Yusri said, “At PETRONAS, innovation goes beyond technology – it is about shaping a future where energy is smarter, cleaner, and sustainable for not only the organisations involved, but also the nation and its people.

“Our collaboration with Microsoft is driven by a shared commitment to meaningful innovation and sustainable progress. By harnessing our joint expertise in innovation and sustainability, we are steadfast in advancing adoption of AI and Cloud capabilities in a manner that promotes sustainable energy practices, in support of Malaysia’s aspirations of building an AI economy with a robust ecosystem in which everyone thrives,” he added.

Si said, “As a trusted technology partner to PETRONAS, we are thrilled to strengthen our collaboration to help advance their digital and AI transformation. With Microsoft’s new cloud region in Malaysia, we are committed to supporting PETRONAS with secure, scalable, and sustainable cloud solutions that will drive growth and innovation in Malaysia’s energy sector.”

Town Hall PDRM Terengganu – Perkasa Operasi Banteras Jenayah

Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Terengganu telah menganjurkan program Town Hall bersama agensi penguatkuasaan undang-undang yang saling berkaitan tentang isu-isu keselamatan di perairan dan persisiran Pantai Timur Terengganu.

Ketua Polis Terengganu, DCP Dato’ Mohd Khairi Khairudin ketika merasmikan program Town Hall ini berkata, Terengganu memiliki garis pantai sepanjang 244 km menghadap Laut China Selatan merangkumi daerah Kemaman, Dungun, Marang, Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Besut.

Beliau berkata, kawasan ini juga kaya dengan Biodiversiti Marin yang menjadi tumpuan aktiviti seperti perikanan sama ada perikanan tradisional atau laut dalam, pelancongan pulau dan pantai, pengangkutan maritim dan aktiviti pelantar minyak.

“Negeri ini dengan garis pantai persisiran yang luas dan zon perairannya yang strategik sentiasa terdedah kepada pelbagai bentuk ancaman keselamatan antara isu-isu utama yang perlu kita tangani bersama ada daripada sudut dasar kerajaan dan undang-undang serta tindakan berbentuk operasi seperti tangkapan selain rampasan pencerobohan nelayan asing, kes pemerdagangan orang dan penyeludupan migran dalam operasi bersepadu.

“Selain itu, aduan awam berkaitan kegiatan menjual minyak diesel yang dicuri termasuk di pelantar minyak akan dicegah. PDRM negeri ini sentiasa mengambil langkah keselamatan dan penguatkuasaan utama.

“PDRM bertekad meneruskan dan memperkukuhkan rondaan serta kawalan sempadan secara bersama dengan agensi penguatkuasaan lain. Perkongsian risikan antara agensi latihan keselamatan dan pertahanan agensi maritim turut diadakan manakala pengunaan teknologi pemantauan seperti dron, radar pantai dan sistem komunikasi bersepadu sentiasa digerakkan,” katanya di Pusat Sains dan Kreativiti, Kampung Laut Chendering Kuala Terengganu di sini, baru-baru ini.

Mohd Khairi berkata, PDRM sentiasa berhubung dengan masyarakat tempatan melalui saluran Aduan Awam bagi memudahkan orang ramai menyalurkan maklumat tentang pelbagai perkara berkaitan jenayah.

Beliau berkata, program ini diharapkan akan dapat menyumbang kepada kestabilan dan keselamatan perairan negeri Terengganu kerana isu isu keselamatan daripada kepentingan dan kesejahteraan komuniti tidak boleh dipisahkan sepertimana kelangsungan industri pelancongan di pulau-pulau dan sektor perikanan selain keyakinan pelabur untuk datang melabur di Pantai Timur khususnya negeri Terengganu.

Beliau seterusnya menyeru agar semua pihak yang hadir dapat manfaatkan wacana ini dengan meluahkan pandangan secara terbuka dan membina rangkaian bagi menyokong inisiatif keselamatan secara bersepadu.

“Kita jadikan sesi Town Hall ini sebagai titik permulaan kepada stretegi yang lebih kukuh demi mempertahankan keselamatan maritim yang merangkumi sempadan perairan dan persisiran pantai serta ketenteraman awam di negeri Terengganu,” katanya lagi.

Program Town Hall PDRM yang julung kali diadakan melibatkan enam panel yang terdiri daripada Mohd Khairi, Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Hamilludin Che Awang; Pengarah Perikanan Terengganu, Pang anak Nyukang; Pengarah MOTAC Terengganu, Mazshida Ruslal; Ketua Penolong Pengarah Jabatan Laut, Wilayah Timur, Saiful Islam Mat; Unit Korporat/Promosi Jabatan Pelancongan Terengganu, Sharifah Nur Syafiqah Tuan Zainal Abidin manakala moderator Dato’ Dr Mustapha Ahmad Marican yang juga Profesor Adjung UMT.

Mustapha yang juga penceramah kesukarelawan Universiti dan Pengerusi NGO Antarabangsa merupakan Tokoh Utama Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 dan banyak menerima Anugerah kesukarelawan peringkat antarabangsa.

Seramai 200 peserta hadir dalam program townhall tersebut terdiri daripada persatuan nelayan, persatuan pelancongan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Terengganu, ahli akademik, PDRM dan wakil pelantar minyak Petronas.

Town Hall yang dianjurkan oleh PDRM Kontinjen Terengganu merupakan julung kali diadakan ini menunjukkan usaha PDRM Terengganu memperkasakan operasi membenteras jenayah bukan sahaja di daratan tetapi di sempadan perairan negara dengan cara operasi bersepadu.

Michelin, Terima Pengiktirafan Baharu ADAC 

Pada Mei lalu, ADAC (Allgemeiner Deutscher Automobil-Club), sebuah persatuan automobil terkemuka dari Jerman yang terkenal dengan ketegasan dan ketelitian ujian mereka, telah menerbitkan kajian baharu melibatkan 160 model tayar daripada pelbagai jenama.

Menurut dapatan kajian tersebut, tayar Michelin menghasilkan 26 peratus kurang zarah
berbanding purata pesaing dalam segmen premium. Keputusan ini mengukuhkan hasil kajian terdahulu yang diterbitkan pada tahun 2021, yang menunjukkan bahawa tayar Michelin mengeluarkan 28 peratus kurang zarah berbanding purata tayar premium.

Pesaing terdekat Michelin pula mencatatkan 20 peratus lebih pelepasan zarah bagi setiap kilometer dipandu dan setiap tan metrik yang dibawa. Hasil kajian ini menyerlahkan komitmen inovatif berterusan Michelin dalam menghasilkan tayar yang mengekalkan prestasi unggul sepanjang masa, di samping menawarkan jangka hayat yang cemerlang, pelepasan zarah yang lebih rendah, dan penggunaan bahan mentah yang berkurangan.

Pendekatan ini secara langsung menyumbang kepada penghasilan tayar yang mengeluarkan lebih sedikit zarah. Kajian ADAC turut menunjukkan bahawa pencapaian prestaalam sekitar yang kukuh adalah selari dengan tahap keselamatan yang sangat
tinggi.

Kehausan tayar merupakan cabaran global yang menjadi fokus Piawaian Euro 7 di Eropah. Di Eropah sahaja, pengangkutan jalan raya dianggarkan menyumbang sekitar 500,000 tan metrik zarah tayar haus dan jalan setiap tahun.

Samsung Galaxy Z Fold7, Galaxy Z Flip7 and Galaxy Watch Series Arrives in Malaysia, Available 1 st August 2025

The Samsung Galaxy Z Fold7 and Galaxy Z Flip7 is now available to purchase in Malaysia, starting from 1 st August 2025. With smarter features, better cameras, and expanded cover screen utility, Samsung is doubling down on foldables, and here’s why it still leads the pack.

AI That Works Where You Need It
This year, AI features take centre stage not just on the inside, but from the outside too. On the Galaxy Z Flip7, the 4.1” edge-to-edge FlexWindow 1 now supports Gemini Live 2 , allowing users to speak to their AI assistant, get personalised trip plans or make reminders, all without flipping the phone open.

It’s a new level of responsiveness and utility, putting a virtual assistant quite literally at your fingertips. Meanwhile, the Galaxy Z Fold7 leverages its immersive 8.0” main screen 3 to deliver AI experiences that feel native to its expansive layout, from Circle to Search 4 that floats over content, to split-screen AI Results View that keep your workflow uninterrupted.

All of this is powered by chipsets tailored for on-device AI, like the Snapdragon 8 Elite for Galaxy 5 on the Z Fold7, with 41% faster NPU performance for instant, context-aware actions. Whether it’s language translation, editing suggestions or multitasking prompts, AI on Samsung Foldables isn’t a gimmick, but instead woven into how users engage with their phones every day.

Volvo Selekt Certified Used Cars Sales Returns This Merdeka, Starting From RM160,000

Volvo Car Malaysia’s highly anticipated Volvo Executive Merdeka Sales is back this August, offering customers the opportunity to own a Volvo Selekt Certified Used Car at exceptional value.

Following the overwhelming success of last year’s event, where nearly 70 vehicles were snapped up on the first day alone – this year promises even greater deals and a wider selection, with prices starting from just RM160,000.

Happening on 16 & 17 August 2025 at Symphony Square, Petaling Jaya, the Volvo Executive Merdeka Sales will showcase a curated range of pre-owned Volvo vehicles from Volvo Car Malaysia’s corporate fleet, including cars used exclusively by the company’s management team.

Every car available for sale has undergone comprehensive testing and inspection under the Volvo Selekt Certified Used Cars programme, ensuring the highest standards of quality and reliability.

Some models have clocked as little as 5,000km, and every vehicle on sale remains covered by the balance of Volvo’s five-year unlimited mileage warranty, 24-hour roadside assistance, and digital services connectivity.

Volvo Selekt Certified Used Cars represents more than just pre-owned vehicles; it also introduces new customers to the premium ownership experience that Volvo is known for, offering the added peace of mind of a Volvo at a fair price. Each Volvo Selekt car undergoes a rigorous 125-point inspection, receives the latest software updates, and is fitted with genuine Volvo parts by trained technicians to ensure it meets Volvo’s uncompromising standards.

This year’s line-up offers something for every driver:
 The EX30, Volvo’s smallest SUV that is big on safety, technology, and performance – perfect for the modern urban lifestyle.
 The fully electric XC40 Recharge which combine cutting-edge technology, sustainable
performance, and Volvo’s renowned safety innovations.
 Volvo SUVs including the luxurious XC90 and XC60 for families seeking Scandinavian design and comfort.
 Rare finds such as the S60, S90 and V60 are also available in limited units on a first-come, first-served basis.

Furthermore, to make ownership even more accessible, Volvo Car Finance offers attractive packages with interest rates from as low as 2% and the convenience of same-day loan approval.

Pos Malaysia Lancar Semula ‘Program Take Back’ Untuk Kitar Semula Bungkusan Kurier Terpakai

Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia), penyedia perkhidmatan pos dan bungkusan nasional, melancarkan edisi kedua ‘Program Take Back’, satu inisiatif yang menggalakkan semua rakyat Malaysia untuk memainkan peranan aktif dalam mengitar semula bungkusan kurier terpakai mereka, dan menerima ganjaran atas usaha tersebut.

Bermula sekarang hingga 31 Ogos 2025, pelanggan yang membawa sekurang-kurangnya 20 keping bungkusan kurier terpakai termasuk polimailer, pembalut gelembung (saiz minimum 500cm2 setiap satu), dan kotak kadbod ke mana-mana 20 pejabat pos terpilih di seluruh negara akan menerima barangan eksklusif daripada Pos Malaysia.

Pejabat pos yang mengambil bahagian termasuk GPO Kuala Lumpur, GPO Shah Alam, GPO Johor Bahru, GPO Kuching, GPO Kota Kinabalu dan lain-lain (lihat senarai penuh di sini). Antara ganjaran yang ditawarkan ialah pen buluh, baucar Pos Shop, rantai kunci, pemegang kunci.

Bungkus dan beg guna semula.

Inisiatif ini, yang dijalankan dengan kerjasama .Bungkus, sebuah jenama kitar semula tempatan, menawarkan pendekatan inovatif untuk mengalihkan sisa bungkusan kurier daripada tapak pelupusan.

Plastik lembut yang dikumpul akan diolah semula menjadi aksesori fesyen, manakala kotak kadbod akan dihantar ke fasiliti kitar semula yang diluluskan. Kempen ini mencerminkan perjalanan berterusan Pos Malaysia dalam pelaksanaan pelan hala tuju kelestariannya yang lebih luas.

Menerusi inisiatif ini, syarikat memperkukuh komitmennya untuk mengurangkan pelepasan Karbon Skop 1 dan 2 sebanyak 50% menjelang tahun 2030, mengitar semula 50% sisa operasi, dan memastikan 80% bahan pembungkusan diperbuat daripada bahan kitar semula menjelang tahun 2025, sebagai sebahagian daripada aspirasi jangka panjang untuk mencapai pelepasan sifar bersih menjelang tahun 2050.

‘Program Take Back’ sulung pada tahun 2023 telah menarik perhatian lebih 200 pelanggan dan berjaya mengumpul lebih 170kg bungkusan kurier terpakai. Dengan menukar sisa harian kepada ganjaran yang bermakna, Pos Malaysia menjadikan usaha kelestarian lebih mudah diakses dan menarik untuk semua lapisan masyarakat.

Pos Malaysia menjemput semua rakyat Malaysia termasuk keluarga, pelanggan dalam talian, perusahaan kecil dan komuniti setempat untuk turut serta dalam inisiatif ini di seluruh negara. Kumpulkan bungkusan kurier terpakai anda, kunjungi mana-mana pejabat pos yang mengambil bahagian, dan sertai gerakan ke arah Malaysia yang lebih bersih dan hijau.

Sebagai peneraju progresif yang memperjuangkan kelesteraian dalam industri logistik Malaysia, Pos Malaysia berbangga dengan kemajuan yang telah dicapai ke aras masa depan yang lebih hijau.

Kami mengendalikan kenderaan elektrik (EV) terbesar di negara ini, dengan 1,252 motosikal elektrik dan 264 van elektrik yang telah menjelajah sejauh 4.4 juta kilometer, bersamaan dengan mengelilingi dunia sebanyak 110 kali. Armada kami dilengkapi dengan sistem telematik untuk mengurangkan pelepasan karbon, menakala 17 fasiliti bertenaga solar menyumbang kepada tenaga boleh diperbaharui yang semakin berkembang.

Dalam separuh pertama tahun 2025 sahaja, lebih daripada 18,700kg bahan kitar semula telah berjaya dialihkan daripada pelupusan melalui pelbagai inisiatif kitar semula. Usaha berterusan ini membuktikan kepimpinan Pos Malaysia dalam mendorong perubahan yang nyata dan dapat diukur dalam industri logistik, sejajar dengan misi jangka panjang kami untuk mencapai pelepasan sifar bersih menjelang tahun 2050.

Post Menarik