Utama Blog Halaman 42

Dominasi Kategori Baharu Angkat KUO sebagai Naib Juara FREKUENSI ’25

Kejayaan mendominasi dua kategori baharu Aerodance dan Boria menjadi pemangkin kepada pencapaian cemerlang Kolej Ungku Omar (KUO) apabila dinobatkan sebagai Naib Juara Keseluruhan Festival Kesenian dan Kebudayaan Kolej-Kolej Kediaman UPSI 2025 (FREKUENSI ’25), sekali gus mencatat kebangkitan memberangsangkan selepas menduduki tempat keenam pada edisi tahun lalu.

Festival tiga hari ini telah berlangsung dari 19 hingga 21 Disember 2025, bertempat di Tapak Pesta Kolej Aminuddin Baki dan beberapa lokasi lain di Kampus Sultan Azlan Shah (KSAS), dengan penyertaan pelajar dari semua kolej kediaman UPSI dan luar kampus termasuk Kolej Antarabangsa.

KUO mencatat pencapaian cemerlang dalam 11 kategori kebudayaan yang dipertandingkan termasuk:

  • Johan Syair Duo – Ainul & Ariz
  • Johan Nyanyian Solo – Awish
  • Johan Boria – Seri Mutiara KUO
  • Johan Aerodance – Aura Celestia
  • Naib Johan Nyanyian Lelaki – Alamgir
  • Naib Johan Dikir Barat – Kumpulan Sukma Wesesa
  • Naib Johan Drama Sebabak – Kekacip Kekicap
  • Tempat Ketiga Tarian Zapin – Ratna Sari
  • Tempat Ketiga Nasyid – Shoutun Najwan

Manakala Sajak Duo (Sharee dan Jaidin), Kompang Formasi (Gema Astana) dan Battle of the Band (Rentak Bara) masing-masing menduduki kedudukan keempat.

Kejayaan mendominasi kedua-dua kategori baharu Aerodance dan Boria membuktikan keupayaan KUO menyesuaikan diri dengan kepelbagaian cabang seni moden dan tradisional secara seimbang.

Secara keseluruhan, KUO berjaya meraih 4 Johan, 3 Naib Johan dan 2 Tempat Ketiga, melonjakkan kedudukan kolej daripada tempat keenam keseluruhan pada FREKUENSI 2024, menjadikan FREKUENSI ’25 sebagai pentas kebangkitan yang amat luar biasa.

Sebanyak 11 acara dipertandingkan pada edisi kali ini: Kompang Formasi, Battle of the Band, Syair Duo, Sajak Duo, Nyanyian Solo, Drama Sebabak, Tarian Zapin, Aerodance, Nasyid, Dikir Barat dan Boria. Kepelbagaian acara ini mencerminkan keterangkuman elemen kesenian tradisional dan kontemporari dalam kalangan mahasiswa UPSI.

Kejayaan ini jelas mencerminkan komitmen tinggi, perancangan strategik serta latihan berterusan yang dilaksanakan oleh warga Kolej Ungku Omar melibatkan peserta, jurulatih dan barisan penggerak kolej yang bekerja tanpa mengenal penat lelah sepanjang tempoh persiapan.

Dalam Majlis Penutupan FREKUENSI ’25, Prof. Dr. Mohd Nizam Hj. Nasrifan, Pengerusi Majlis Pengetua UPSI yang juga merupakan Pengetua Kolej Ungku Omar, merakamkan ucapan tahniah kepada semua pemenang yang berjaya pada edisi kali ini.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada tuan rumah, Kolej Harun Aminurrashid (KHAR) serta seluruh jawatankuasa penganjur yang telah bertungkus lumus memastikan kelancaran penganjuran festival tersebut.

“Sebagai Exco Warisan Seni dan Budaya, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga Kolej Ungku Omar termasuk Pengetua, staf kolej, felo-felo kolej, Majlis Mahasiswa Kolej, dan semua PIC bagi setiap kategori pertandingan.

“Dedikasi tanpa jemu, semangat yang membara dan usaha kalian yang tidak mengenal penat lelah telah menjadi nadi kejayaan ini. Jasa semua ibarat cahaya yang menyalakan kembali nama Kolej Ungku Omar ke puncak gemilang dalam pentas kesenian dan kebudayaan UPSI, dan menjadi inspirasi yang akan terus membimbing generasi akan datang,” kata Saudara Leo dan Saudari Safiya, Exco Warisan Seni dan Budaya KUO.

Majlis penutupan turut menyaksikan penyampaian piala dan anugerah kepada Juara Keseluruhan (KAHS) dan para pemenang setiap kategori. Festival ini terus berperanan sebagai platform penting dalam mencungkil bakat serta menggilap potensi mahasiswa UPSI dalam bidang kesenian dan kebudayaan selaras dengan Dasar Kebudayaan Kebangsaan.

Kolej Ungku Omar berharap kejayaan sebagai Naib Juara Keseluruhan FREKUENSI ’25 ini dapat menjadi pemangkin semangat untuk terus melakar kecemerlangan dan kembali merebut gelaran juara keseluruhan pada penganjuran festival akan datang.

HUAWEI FreeClip 2 Set To Launch In Malaysia

Huawei Consumer Business Group (CBG) Malaysia is launching the HUAWEI FreeClip 2, marking the next step in open-ear audio innovation.

Building on the success of the original HUAWEI FreeClip, which first introduced a fashionable, open-ear listening experience, the new generation elevates comfort, sound, and intelligence to new heights, reflecting Huawei’s ongoing commitment to merging style with technology.

Malaysian users will soon have the opportunity to experience the HUAWEI FreeClip 2 firsthand. Created as a versatile lifestyle companion with an Airy C-Bridge design philosophy, the earbuds are ideal for commutes, workouts, and casual moments allowing users to enjoy music, calls, and audio content while staying aware of their surroundings.

The redesigned open-ear clip delivers a lightweight, effortless fit that remains secure throughout the day, delivering a “Never Feel, Never Fall” experience while ensuring
comfort for extended wear and maintaining a contemporary, stylish look.

Equipped with an upgraded AI processor, HUAWEI FreeClip 2 adapts intelligently to different environments, delivering clear audio and enhanced voice clarity wherever you are. Its dual-diaphragm driver produces richer, more immersive sound, ensuring every note and beat comes through with depth and precision.

At the same time, the earbuds are built to keep up with daily life, offering IP57 water and sweat resistance and long-lasting battery life that ensures uninterrupted enjoyment from morning workouts to evening commutes.

Everyday use is effortless thanks to intuitive gesture controls, automatic left-right recognition, and seamless multi-device connectivity, allowing users to move between devices and tasks without disruption.

By combining these thoughtful refinements, HUAWEI FreeClip 2 evolves the open-ear experience first introduced by its predecessor into a sophisticated, all-day companion that blends style, comfort, and intelligent technology for modern life.

Book Your HUAWEI FreeClip 2 Now!

From now until 19 January 2026, customers can secure the HUAWEI FreeClip 2 with a RM30 deposit via the HUAWEI Official Website and HUAWEI Experience Stores to enjoy free gifts worth up to RM109*.

The new product will also be available across Shopee, Lazada, and TikTok Shop. During the same period, consumers can also visit selected HUAWEI Experience Stores to try out the HUAWEI FreeClip 2 firsthand and take part in in-store activities for a chance to receive exclusive free gifts.

Panggilan Senyap Ancaman Baharu di Malaysia; Pengesanan Penipuan AI Dipertingkat HONOR Magic8 Pro Bantu Banteras Pengklonan Suara

Taktik penipuan telefon terbaharu yang dikenali sebagai panggilan senyap kini semakin membimbangkan orang ramai. Dalam modus operandi ini, penjenayah menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk meniru suara mangsa bagi menyamar sebagai kenalan mereka, seterusnya memperdaya mangsa untuk memindahkan wang.

Pihak polis telah memberi amaran agar orang ramai lebih berwaspada sekiranya menerima panggilan yang “mendiamkan diri” selama beberapa saat. Susulan perkongsian pengalaman ramai individu di media sosial, HONOR memperkukuh teknologi anti-penipuan pada HONOR Magic8 Pro dengan pengenalan ciri baharu Pengesanan Pengklonan Suara (AI Voice Cloning Detection) bagi mengesan suara yang dijana AI.

“Ciri ini bakal diperkenalkan melalui kemas kini perisian pada penghujung Disember 2025.

Melindungi awam daripada suara yang diklon dan panggilan penipuan

Pengesanan Pengklonan Suara AI merupakan ciri keselamatan tambahan pada HONOR Magic8 Pro, melengkapi ciri Pengesanan Deepfake AI yang sedia ada. Ciri ini berfungsi menganalisis panggilan untuk mengesan suara yang telah diklon atau digabungkan. Jika sebarang kejanggalan dikesan, pengguna akan menerima makluman yang memaparkan amaran risiko tersebut.

Keperluan terhadap perlindungan seperti ini adalah amat kritikal. The Rakyat Post melaporkan seorang wanita mengalami kerugian RM5,000 selepas menjadi mangsa klon suara majikannya, manakala Malay Mail mengetengahkan kes seorang ejen pelancongan yang kehilangan RM49,800 akibat panggilan meyakinkan daripada individu yang memiliki suara mirip seperti rakan mangsa.

Sebagai tambahan, HONOR Magic8 Pro turut memasukkan ciri Pengesanan Nombor Penipuan AI (AI Scam Number Detection) untuk menyemak panggilan masuk berdasarkan pangkalan data nombor penipuan yang dikenali, dan akan memberi amaran jika sesuatu nombor telah ditandakan sebagai mencurigakan.

Lapisan perlindungan tambahan ini membantu pengguna mengenal pasti cubaan penipuan sebelum panggilan dijawab, sekaligus memupuk tabiat komunikasi yang lebih selamat.

Mentakrif semula keselamatan panggilan video: Kesan sehingga 8 wajah dalam satu masa 

Selain itu, ciri Pengesanan Deepfake AI yang telah dipertingkatkan pada HONOR Magic8 Pro turut melindungi pengguna semasa panggilan video. Teknologi ini kini mampu mengimbas sehingga lapan orang secara serentak dalam satu panggilan video bagi mengesan wajah yang diubah secara digital.

Menurut laporan Malay Mail, pihak polis telah menyiasat 454 kes penipuan melibatkan teknologi deepfake dengan jumlah kerugian mencecah RM2.72 juta, tahun lalu. Dengan ciri pengesanan anti-penipuan yang canggih ini, HONOR Magic8 Pro berupaya mengekang jenayah penipuan berasaskan AI di seluruh negara secara signifikan.

Tanda aras global untuk privasi dan keselamatan

Komitmen HONOR dalam mengintegrasikan privasi dan keselamatan ke dalam peranti harian telah mendapat pengiktirafan global. Teknologi pengesanan deepfake terbina dalam telefon pintar HONOR telah menerima anugerah TIME Best Inventions 2025 bagi kategori Privasi dan Keselamatan.

Pengiktirafan ini membuktikan peranan HONOR dalam menerajui inovasi AI yang bertanggungjawab, memastikan pengguna sentiasa bersedia dan berada di hadapan penjenayah siber.

Chatting With Gemini Feels Effortless with the Galaxy Buds3 FE

Some gadgets just get you, and the Galaxy Buds3 FE might be one of them. They’re not just for streaming your playlist or catching up on podcasts anymore. These little buds are your direct line to Gemini, making voice interactions feel as natural as chatting with a friend on a lazy Sunday morning.

Hey Gemini, Meet My Everyday Life
Picture this: You’re rushing out the door with coffee in one hand and your phone somewhere deep in your bag. No need to fumble, just say, “Hey Gemini, set a reminder to text Aiman when I reach the café.”

The Galaxy Buds3 FE picks up your voice clearly, even when life gets a little noisy. That’s because Samsung packed these buds with incredible audio engineering to catch your voice
naturally. So, whether you’re walking through a busy street or working from a buzzing café, Gemini hears you like you’re right next to it.

Conversations That Flow Naturally

Talking to Gemini through the Buds3 FE doesn’t feel robotic. It’s not the stiff, “Hey assistant, please do this” kind of exchange, it’s more like, “Hey Gemini, what’s the weather like later? Can you plan my route depending on the weather later this afternoon?” or “Can you find me a good recipe and guide me on the steps as I cook?”

The response comes through in balanced sound profiles. You’ll notice it, Gemini’s voice feels crisp, lifelike, and perfectly tuned, almost like a friend giving you a heads-up rather than a cold machine reading data off a screen.

AI, But Make It Effortless
The beauty of this setup is how seamless it all feels. The Buds3 FE pairs effortlessly with your Galaxy devices, and once Gemini is in the mix, you’ve got a hands-free assistant that just fits into your routine.

Need directions, translations, or a quick idea check while brainstorming? Just ask. Gemini listens, responds, and keeps up, no awkward pauses or missed commands. It’s AI made easy, wrapped in the everyday comfort of wireless buds that last through your day.

A Smarter Way to Stay Connected
At the end of the day, the Galaxy Buds3 FE aren’t just about premium sound at a friendly price, they’re about keeping you connected to a smarter, more helpful world. Whether you’re managing your schedule, curating your playlist, or just asking Gemini random life questions (like, “Can cats dream?”), everything flows naturally.

Because that’s the thing about good tech, when it’s designed right, it doesn’t feel like technology at all. It just feels like life, made a little easier.

Pusat Perubatan Sunway Velocity, Samsung Malaysia Perluas Akses Penjagaan Kesihatan

Malaysia kini terus berdepan dengan peningkatan penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti tekanan darah tinggi, diabetes, penyakit jantung dan lain-lain penyakit.

Oleh itu, kepentingan untuk penjagaan kesihatan pencegahan kini menjadi lebih penting berbanding sebelum ini. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, NCD merupakan antara punca utama kematian dan ketidakupayaan di negara ini, serta merangkumi hampir 72% daripada semua kes kematian pramatang (kematian yang berlaku lebih awal daripada jangka hayat purata).

Seiring dengan peningkatan kesedaran rakyat Malaysia terhadap kepentingan penjagaan kesihatan, teknologi kini memainkan peranan penting dalam membantu untuk memahami dan mengurus kesihatan mereka.

Dengan Malaysia menduduki 10 negara teratas di dunia untuk penggunaan jam tangan pintar dengan peratusan sebanyak 31.3%, peranti ini kini dijadikan sebagai alatan digital
seharian untuk memantau tanda-tanda vital, menggalakkan gaya hidup aktif, serta mengesan risiko kesihatan dengan lebih awal.

Menyedari potensi teknologi dalam memperkukuh penjagaan kesihatan, Pusat Perubatan Sunway Velocity (SMCV) telah berkolaborasi dengan Samsung Malaysia Electronics (SME) Sdn Bhd (Samsung Malaysia) untuk memperkenalkan Pakej Saringan Kesihatan Galaxy Watch8 — sebuah pengalaman saringan kesihatan eksklusif yang direka khas untuk melengkapi ciri-ciri siri Samsung Galaxy Watch8 yang telah dilancarkan baru-baru ini.

Kolaborasi ini menggabungkan bidang penjagaan kesihatan dan teknologi bagi menawarkan pendekatan yang lebih holistik dan saling berhubung dalam pengurusan kesihatan rakyat Malaysia.

Dengan mengintegrasikan data masa nyata (real-time insights) daripada jam tangan pintar Galaxy Watch8 bersama kepakaran perubatan SMCV, kolaborasi ini membolehkan rakyat Malaysia untuk mengetahui dan bertindak berdasarkan data kesihatan mereka dengan sokongan profesional perubatan.

CelcomDigi Launches The MediHub, a 5G-Powered Healthcare Facility

CelcomDigi Berhad (CelcomDigi) launched The MediHub, a 5G-powered healthcare facility that provides employees with easy access to professional healthcare services directly from the workplace.
Located at CelcomDigi Hub, the smart health solution supports holistic employee wellbeing, offering comprehensive physical and mental health services through virtual consultations with licensed medical practitioners, psychiatrists and psychologists. Beyond treating illnesses, The MediHub is designed to create a safe and supportive environment where employees can grow and thrive at work.

 

The MediHub features two dedicated zones, the Care Room and Mind Room. The Care Room brings the clinic experience to employees virtually, offering teleconsultations with licensed medical practitioners through MediDoc, a secure telehealth platform.

Employees can receive medical advice, diagnoses and prescriptions from the comfort of their workplace. Supporting this process, MediKiosk, a smart health station, performs quick vital checks and generates instant health reports, ensuring every consultation starts with accurate, real-time data.

The Mind Room offers a private space dedicated to mental wellness. Employees can access private counselling and emotional support from licensed psychiatrists and psychologists, engage in stress management sessions, and unwind in a quiet relaxation area.

The Mind Room also offers self-assessment tools to employees such as DASS-21 (Depression, Anxiety and Stress Scale-21), helping them gain insights into their emotional wellbeing and take proactive steps towards mental resilience.

Chief Innovation Officer of CelcomDigi, T. Kugan said, the MediHub reflects our commitment to using technology to enhance everyday healthcare for our employees. By integrating 5G connectivity with AI-driven solutions from CelcomDigi’s AI Experience Centre (AiX), we can deliver healthcare facilities that provide easy access to professional services.

“We are applying our innovations for the betterment of Malaysian enterprises and the nation, and to support the holistic wellbeing of our organisation.”

Samsung To Unveil New AI-Connected Living Lineup at CES 2026

Samsung Electronics Co., Ltd. today announced its upcoming showcase at CES 2026, which will be held Jan. 6-9 in Las Vegas, Nevada. At CES, the company will highlight a series of improvements in home living that merge AI-powered customized care and powerful hardware-supported performance.

This year, the company is enhancing its Bespoke AI living appliance lineup with smarter fabric care, intuitive temperature control and more convenient cleaning experiences — all designed to adapt to users’ lifestyles through seamless synergy between its devices.

Featured innovations include the upgraded Bespoke AI AirDresser, Bespoke AI Laundry Combo, Bespoke AI WindFree Pro Air Conditioner and the flagship Bespoke AI Jet Bot Steam Ultra robot vacuum.

“This year, to enhance the living experience, we are unveiling our upgraded Air Dresser, Laundry Combo, and WindFree Air Conditioner, developed by integrating valuable customer feedback and leveraging the R&D expertise we have accumulated over the years,” said Jeong Seung Moon, EVP and Head of the R&D Team for the Digital Appliances (DA) Business at Samsung Electronics.

“Through our continuous innovation, we are elevating how users interact with their appliances on a day-to-day basis.”

Super Moments in Focus: OPPO Announces Global Winners of the 2025 Photography Awards

OPPO today announced the global winners of the 2025 OPPO Photography Awards, its annual international competition celebrating creativity, storytelling, and the power of mobile photography.

The 2025 edition attracted nearly 2 million entries from 87 countries, making it the largest in the contest’s history. Winning works will be showcased at the global finale in Cairo, Egypt, on December 18, 2025, bringing together creators from around the world.

“Mobile photography is more than a tool—it has become a global stage for creative voices,” said Ling Liu, OPPO Overseas CMO. “Through the OPPO Photography Awards, we aim to support creators, let their perspectives be seen worldwide, and inspire audiences to discover the extraordinary in everyday life—the true essence of ‘Super Every Moment.’”
Gold, Silver, and Bronze Winners: Capturing Super Moments in Life This year, 10 photographers were honored with Gold, Silver, and Bronze Awards for their exceptional visual narratives.

This year’s Gold Award goes to boooya for “Dialect – The Fading Voice,” a compelling visual project that transforms an auditory cultural crisis into powerful imagery. Through a series of mobile photographs, the creator documents the fragile present and uncertain future of dialect culture—from traditional opera performances to scenes revealing the widening linguistic gap between generations.

The series stands out for f its conceptual clarity and emotional resonance. The jury highlighted its social importance: “The disappearance of language is the disappearance of culture.” In recognition of boooya’s outstanding work and thoughtful artistry, the grand prize comprises USD 25,000 along with OPPO’s latest flagship devices to support his creative work.

Pulangan Zakat Kakitangan Petronas Biayai Pelatih TVET Minyak Dan Gas

Seramai 43 pelatih telah menerima sijil tamat latihan pada Majlis Penutup Oil & Gas Wakalah TVET Programme (OGWTP) Kumpulan 3/2025 yang berlangsung di kampus Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (INSTEP) di Batu Rakit., Terengganu.

Majlis meraikan kejayaan para pelatih yang telah menamatkan empat bulan latihan di INSTEP, diikuti dua bulan penempatan industri bersama syarikat penyedia perkhidmatan minyak dan gas Terengganu yang beroperasi di seluruh Semenanjung Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif INSTEP, Ts. Azhar Ahmad berkata, usaha memperkukuh kemahiran teknikal dan meningkatkan kebolehpasaran pelatih tempatan terus menjadi keutamaan institusi melalui program ini.

“Program ini mencerminkan sokongan terhadap transformasi sektor tenaga negara, bukan sahaja melalui teknologi dan inovasi, malah dengan  membangunkan  tenaga kerja mahir yang diperlukan bagi masa depan tenaga bersepadu.

“Dengan kandungan latihan yang relevan dengan keperluan industri semasa dan akan datang, kami memastikan para pelatih lulusan INSTEP bukan sahaja memiliki kebolehpasaran hari ini, tetapi juga bersedia menghadapi evolusi sektor tenaga dalam dekad akan datang,” katanya.

Majlis turut disempurnakan dengan penyampaian sijil tamat latihan oleh Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Terengganu, Dato’ Ariffin Deraman.

Perodua Perluas Cawangan Jualan Tempahan QV-E

Perodua meluaskan jumlah cawangan jualan yang menerima tempahan kenderaan elektriknya, QV-E kepada 34 cawangan terpilih di Semenanjung Malaysia daripada 9 cawangan sebelum ini bertujuan memudahkan proses tempahan untuk pelanggan
memiliki kenderaan EV pertama Perodua.

“Kami menerima maklum balas yang baik daripada pelanggan dari seluruh negara dan kami kini meluaskan jangkauan kami dengan menambah beberapa lokasi lagi supaya pelanggan boleh membuat pandu uji dan menempah Perodua QV-E.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad berkata, Perodua kini juga membuka tempahan secara manual untuk memudahkan proses berkenaan bagi pelanggannya.

“Sebelum ini, kami meminta pelanggan membuat tempahan menerusi super-app kami, P-Circle, tetapi menerusi maklum balas yang kami terima, pelanggan meminta untuk pilihan tempahan secara manual,” katanya.

Beliau berkata, Perodua juga telah meringkaskan terma dan syarat untuk program sewaan baterinya menerusi penjelasan dalam bentuk infografik.

BAAS ialah perkhidmatan bebas yang bertujuan untuk melindungi pelanggan dan alam sekitar. Ia mengenakan langganan sebanyak RM275 (harga tetap) setiap bulan untuk tempoh 108 bulan (9 tahun).

Perodua telah menetapkan harga siling langganan sebanyak RM275 untuk memastikan pelanggan dilindungi daripada kenaikan harga pada masa hadapan.

Selain daripada itu, bateri itu akan diselenggara sepenuhnya oleh Perodua sebagai sebahagian daripada pakej yang direka untuk memberikan ketenangan minda walaupun selepas melepasi tempoh 9 tahun.

Perodua juga akan memberikan bantuan pentadbiran untuk menukar langganan BAAS kepada pemilik baharu.

Sebagai contoh: Jika pemilik sedia ada berhasrat untuk menjual QV-E, mereka perlu memaklumkan Jabatan Pre-Owned Vehicle Perodua untuk mengeluarkan nama mereka daripada senarai program langganan berkenaan dan mendaftar nama pemilik baharu.

Bayaran langganan selama 108 bulan itu juga boleh dipindahmilik, yang mana jika pemilik sedia ada sudah membuat bayaran selama 50 bulan, pemilik baharu hanya perlu meneruskan langganan selama 58 bulan di bawah pelan yang sama.

Dato’ Sri Zainal berkata, program BAAS adalah komitmen Perodua dalam menyediakan keselesaan kepada penggunanya, dan dalam masa yang sama membantu memelihara alam sekitar dengan mengambil tanggungjawab untuk mengendalikan bateri kenderaan EV.

Post Menarik