Utama Blog Halaman 40

HONOR Magic8 Pro Kini Di Lancar, Tawar Nilai Pengguna Unik Berbeza Daripada iPhone

Syarikat ekosistem peranti AI global HONOR hari ini melancarkan telefon pintar flagship dengan Pengimejan Gred Master yang dinanti-nantikan, HONOR Magic8 Pro di Malaysia.

Dengan kamera generasi baharu yang lebih berkuasa, perisian yang dipertingkat, perkakasan dinaik taraf serta ciri AI tercanggih, HONOR Magic8 Pro direka untuk meningkatkan pengalaman penggunaan telefon pintar pengguna.

Ditawarkan pada harga bermula daripada RM4,599, ia menawarkan nilai luar biasa, mengekalkan harga yang sama dengan model sebelumnya sambil menawarkan keupayaan yang lebih maju.

Pra-tempah sekarang untuk dapatkan Insta360 Ace Pro PERCUMA dan rebat segera RM300!

Pra-tempahan HONOR Magic8 Pro bermula sekarang hingga 4 Disember 2025. Pelanggan yang membuat pra-tempahan dalam tempoh ini akan menerima pakej hadiah eksklusif percuma bernilai RM3,090 termasuk kamera aksi Insta360 Ace Pro.

Pakej hadiah tersebut turut disertakan dengan Perlindungan Retak Depan dan Belakang 365 Hari, Jaminan Lanjutan 1 Tahun, Jaminan Perlindungan Kerosakan Cecair 1 Tahun, serta Google AI Pro Higher Access selama 3 bulan secara percuma bernilai RM294.

Lebih mengujakan, pelanggan juga akan menikmati rebat segera RM300 apabila membuat bayaran penuh untuk HONOR Magic8 Pro. Oleh yang demikian, pelanggan digesa untuk buat pra-tempahan sekarang untuk menikmati tawaran eksklusif terhad ini.

Ia boleh dilakukan melalui HONOR Online Store, HONOR Experience Stores, kedai rasmi HONOR di Shopee, Lazada dan TikTok Shop, serta melalui pengedar sah Harvey Norman, Senheng, SenQ dan Urban Republic.

Menawarkan 5 Nilai Pengguna Unik Berbeza Daripada iPhone

Siri HONOR Magic direka untuk memberikan nilai pengguna yang tiada tandingan, dan lebih menonjol berbanding iPhone dengan menawarkan penyelesaian dan memenuhi pelbagai keperluan pengguna. HONOR Magic8 Pro serba baharu membawakan manfaat ini ke tahap seterusnya dengan menawarkan lima kelebihan utama: kamera yang luar biasa, jangka hayat bateri lebih lama, kesambungan rangkaian lebih baik, paparan keselesaan mata yang termaju, dan ketahanan yang dipertingkatkan.

  1. Fotografi Bertaraf Tinggi – Sistem kamera berkuasa, memberikan tangkapan waktu malam luar biasa

HONOR Magic8 Pro hadir dengan sistem AI telefoto paling maju dalam industri ketika ini. Ia menampilkan Kamera Telefoto Ultra Malam 200MP dengan sensor besar 1/1.4 inci, apertur f/2.6, Penstabilan Imej Optik (OIS) dan zum optikal 3.7x untuk menangkap butiran menakjubkan walaupun pada jarak jauh.

Sistem canggih ini meningkatkan keupayaan kemasukan cahaya dengan ketara, memastikan imej yang tajam dan jelas dalam pelbagai keadaan pencahayaan.

Melengkapkan kamera telefoto ini ialah Kamera Utama Ultra Malam 50MP yang dipadankan dengan sensor besar 1/1.3 inci (f/1.6, OIS) dan Kamera Ultra Lebar 50MP (122°, 2.5cm HD macro) yang membuka lebih banyak ruang kreativiti, memberikan ketepatan warna yang hidup, efek potret semula jadi dan imej landskap yang lebih imersif.

Buat julung kalinya, HONOR Magic8 Pro memperkenalkan teknologi Telefoto Ultra Malam yang dikuasakan oleh tiga HONOR Image Engine. Night Engine dioptimumkan untuk fotografi cahaya rendah dengan mengekalkan perincian tona warna, visual yang lebih jelas dan mengurangkan risiko terlebih dedah, menjadikannya ideal untuk rakaman waktu biru (blue hour).

Stability Engine pula menampilkan penstabilan lima paksi termaju, memastikan gambar kekal stabil walaupun dengan pergerakan kecil atau ketika merakam dalam keadaan bergerak.

Dengan penstabilan CIPA 5.5 yang setaraf dengan kamera DSLR, pengguna boleh menangkap subjek jauh atau bergerak dalam keadaan cahaya rendah dengan ketajaman gambar lebih menarik.

Portrait Engine pula menaik taraf pengalaman potret dengan memperincikan tekstur kulit, bayang-bayang dan butiran wajah untuk menghasilkan potret yang tampak hidup dengan kualiti premium mirip 3D.

Tetapan sistem kamera flagship tercanggih ini membolehkan HONOR Magic8 Pro dipilih sebagai Peralatan Fotografi Mudah Alih Pilihan Sempena Kempen Visit Malaysia 2026 untuk merakam keindahan dan keunikan Malaysia.

Capai penggredan warna bertaraf profesional dengan Magic Colour

HONOR Magic8 Pro membawa suntingan foto ke tahap seterusnya dengan Magic Colour, enjin warna berkuasa AI yang pertama dalam industri, menawarkan penyuntingan tahap profesional dengan hanya satu ketukan.

Dikuasakan oleh algoritma pembelajaran mendalam yang canggih, Magic Colour menganalisis dan mengekstrak 16.77 juta warna secara pintar, membolehkan pengguna mencipta semula rupa sinematik dengan mudah, menggunakan tona bergred filem, atau menghasilkan templat warna tersuai daripada mana-mana imej rujukan. Magic Colour juga mempermudahkan proses penggredan, memberikan hasil yang menakjubkan bertaraf profesional tanpa memerlukan kemahiran teknikal yang rumit.

  1. Perangkaian Terbaik – Tidak perlu risau tentang liputan yang lemah 

Pengguna telefon pintar sering mengeluh tentang capaian rangkaian yang lemah. HONOR Magic8 Pro menampilkan rekaan peningkatan isyarat lima cip yang dibangunkan sendiri oleh HONOR untuk menggalakkan prestasi Wi-Fi sebanyak 15%, manakala sistem enam antena meningkatkan keupayaan transmisi dan penerimaan dengan ketara, agar pengguna sentiasa berhubung sepenuhnya walaupun berada di kawasan liputan yang mencabar.

  1. Bateri Berprestasi Hebat – Penggunaan ultra-lama dengan kapasiti bateri 7100mAh 

Jangka hayat bateri kekal menjadi kebimbangan berterusan bagi ramai pengguna telefon pintar, namun HONOR terus memimpin industri dalam teknologi bateri dan ketahanan. HONOR Magic8 Pro dilengkapi Bateri Karbon Silikon 7100mAh dengan kapasiti hampir 40% lebih besar daripada iPhone 17 Pro Max.

Kapasiti luar biasa ini dipadankan dengan pengecasan pantas 100W Wired SuperCharge, yang membolehkan peranti ini dicas sepenuhnya dengan pengecasan turbo dalam hanya 47 minit. HONOR Magic8 Pro turut meningkatkan kemudahan dengan menyokong pengecasan tanpa wayar 80W Wireless SuperCharge. Dengan HONOR Magic8 Pro, pengguna boleh menikmati hampir 6 jam ulang semula video dengan hanya 5 minit pengecasan.

  1. Paparan Amat Jelas – Pelbagai teknologi keselesaan mata yang canggih

HONOR Magic8 Pro menawarkan pengalaman paparan kelas tertinggi dengan integrasi teknologi perlindungan mata yang membezakannya daripada iPhone. Skrin Magic8 Pro ini menyokong kecerahan puncak sehingga 6,000 nits, memastikan keterlihatan yang amat jelas walaupun di bawah cahaya matahari terik, tanpa memudaratkan mata.

Peranti ini juga menjadi yang pertama dalam industri memperoleh Pensijilan Paparan Penjagaan Penuh TÜV Rheinland 5.0, menandakan era baharu perlindungan mata yang menyeluruh dan diperibadikan.

Suite lengkap teknologi perlindungan mata ini merangkumi pelbagai inovasi eksklusif seperti Paparan Nyahfokus AI Bertaraf Cip, Pemalapan Dinamik, Paparan Polarisasi Keliling 2.0 dan Paparan Malam Sirkadia. Ini turut disokong oleh Pemalapan PWM 4320Hz yang menerajui industri, memastikan keselesaan mata rendah kerlipan yang lebih baik.

Di samping mengoptimumkan skrin, peranti ini juga memperkenalkan ciri baharu iaitu Pengesanan Kerlipan yang membantu pengguna mengenal pasti persekitaran luar yang boleh memudaratkan mata, terutamanya untuk keluarga dengan anak kecil.

  1. Kos Penyenggaraan Rendah – Telefon pintar flagship pertama dengan penarafan IP69K dan perkhidmatan yang terbaik 

Dalam aspek ketahanan, HONOR membawa penambahbaikan dalam Magic8 Pro agar kos penyelenggaraan dapat dikurangkan. Skrin peranti ini direka daripada kaca NanoCrystal Shield yang mencapai Pensijilan Ujian Jatuhan Lima Bintang SGS merentasi pelbagai situasi, seterusnya menggariskan tanda aras baharu untuk ketahanan dalam kalangan telefon pintar bertaraf flagship.

Selain itu, HONOR Magic8 Pro juga flagship pertama mencapai penarafan IP69K serta penarafan IP68 dan IP69 untuk perlindungan daripada air dan habuk. Ini menjadikannya kalis air, kalis habuk dan tahan daripada tekanan tinggi dan semburan jet air bersuhu tinggi.

Melangkaui ketahanan fizikal yang dinaik taraf, HONOR Magic8 Pro juga menawarkan perkhidmatan bertaraf industri seperti Perlindungan Retak Depan dan Belakang 365 Hari, Jaminan Lanjutan 1 Tahun dan Jaminan Perlindungan Kerosakan Cecair 1 Tahun.

Pemproses Snapdragon 8 Elite Gen 5, cipset amat berkuasa tahun ini

HONOR Magic8 Pro mentakrif semula prestasi dengan pemproses Snapdragon 8 Elite Gen 5 Mobile Platform, cipset mudah alih tercanggih dan berkuasa tahun ini. Dengan cipset ini, HONOR Magic8 Pro menguasai kestabilan yang biasa dikaitkan dengan iPhone dan kuasa peranti flagship Android lain.

Cipset ini menyampaikan kelajuan luar biasa, multitugas yang lancar dan maklum balas yang amat pantas walaupun untuk tugasan yang mencabar, dengan peningkatan besar pada CPU, GPU dan keupayaan AI.

Bagi menyerlahkan potensi penuh telefon pintar ini, HONOR dan Qualcomm menjalin kerjasama untuk menyempurnakan sinergi antara perkakasan dan perisian. Kerjasama ini menghasilkan Ultra-Fusion Core Architecture yang memaksimumkan kuasa Snapdragon 8 Elite Gen 5 sambil mengekalkan kecekapan dan kestabilan yang tiada bandingan.

HONOR Magic8 Pro turut memperkenalkan teknologi AI Rendering Separation yang pertama dalam industri bagi menggalakkan kadar bingkai serta melancarkan prestasi visual. Dalam pada itu, teknologi GPU–NPU Heterogeneous AI Super-Frame mengurangkan kelewatan input, memberikan pengalaman permainan yang lebih pantas dan responsif.

Harga dan Ketersediaan

HONOR Magic8 Pro boleh didapati dalam tiga warna yang elegan: Sunrise Gold, Sky Cyan dan Black. Telefon pintar ini akan tiba di Malaysia dalam varian 12GB+512GB pada harga RM4599, manakala varian 16GB+1TB pada harga RM5199. Peranti ini akan tersedia untuk jualan di semua kedai seluruh negara mulai 5 Disember 2025.

HONOR Magic8 Pro – Menembusi Era AI, Fotografi Ultra Hebat

HONOR Magic8 Pro bukan sekadar peranti yang dinaik taraf daripada model sebelumnya tetapi ia adalah manifestasi visi HONOR untuk menjadi perintis telefon pintar masa depan yang didorong kecerdasan buatan (AI).

Dalam lanskap dunia digital masa kini di mana “AI” menjadi satu keutamaan dan ciri yang paling pantas berkembang, peranti ini menonjol bukan sekadar pada kuasa pemproses, tetapi pada integrasi fungsi pintar yang benar-benar memberi nilai kepada pengalaman harian pengguna.

Dari Magic Portal hingga AI Deepfake Detection, HONOR seolah membina satu ekosistem AI “aktif” yang membantu pengurusan foto, privasi dan interaksi serta bukannya hanya ciri “gimik” semata-mata.

Magic8 Pro cukup menyerlah dengan rekaan premium dan skrin OLED 6.71 inci FHD+ 120Hz, memberikan paparan tajam dan warna hidup. Menariknya, skrin ini menyokong 1.07 bilion warna dan mampu mencapai kecerahan maksimum 6000 nits (HDR) — menjadikannya antara yang paling terang di pasaran ketika ini.

Perlindungan turut dipertingkat dengan kaca Giant Rhino, cukup tahan lasak untuk kegunaan harian.

CIRI AI

Peranti ini dilengkapi dengan pelbagai ciri AI masa kini yang sebelum ini dipadankan pada peranti HONOR bertaraf premium. Disenaraikan secara ringkas antara tujuh ciri AI dalam sistem MagicOS 10.

  • Magic Portal — Sebuah “pintu masuk” pintar yang membolehkan anda pantas menggunakan fungsi AI dalam mana-mana aplikasi. Ia seperti mempunyai “widget AI” yang sentiasa tersedia, menjadikan akses kepada ciri pintar lebih mudah dan kontekstual.
  • AI Screen Suggestions & AI Settings Agent — Sistem ini menganalisis tabiat pengguna dan cadangkan tindakan, seperti menukar tetapan bateri atau kecerahan, bergantung kepada corak penggunaan. Ini sangat berguna untuk menjimatkan kuasa atau mengoptimumkan prestasi ketika bermain game, menonton video, atau bekerja.
  • AI Photos Agent & AI Memories — Algoritma di sebalik pemprosesan imej Magic8 Pro bukan sahaja menyimpan foto tetapi “memahami” kenangan. Dengan AI Memories, foto–foto anda dikelompokkan secara pintar mengikut aktiviti, waktu atau lokasi. AI Photos Agent pula membantu mengemas kini, membersihkan atau memperbaiki foto secara automatik (contohnya membuang elemen yang tidak diingini, meningkatkan resolusi, atau menambah latar belakang).
  • AI Deepfake & Voice Cloning Detection — Ini sangat penting daripada segi privasi dan keselamatan. Dengan kebangkitan teknik manipulasi video dan suara menggunakan AI, HONOR memasukkan mekanisme untuk mengesan bila sesuatu klip mungkin “dipalsukan”. Bagi pengguna yang mementingkan identiti digital dan integriti kandungan, ini adalah langkah proaktif yang patut dipuji.
  • AI Subtitles — membolehkan anda merakam suara yang kemudiannya akan diterjemahkan dalam bentuk teks. Ciri ini cukup mudah bagi mereka yang bekerja dalam lapangan media, setiausaha mahupun pelajar. Anda tidak perlu menulis nota yang panjang dan memenatkan malah menjimatkan masa untuk tugasan harian.
  • AI Translate – membantu anda membuat terjemahan bahasa asing mengikut Bahasa dikehendaki mengikut masa secara langsung.

KAMERA ULTRA HEBAT

Magic8 Pro dibekalkan sistem tri-kamera AiMAGE:

  • 200 MP Ultra Night Telephoto (1/1.4″, OIS, apertur f/2.6)
  • 50 MP Ultra Night Main (1/1.3″, f/1.6)
  • 50 MP Ultra Wide + Makro (sudut 122°, f/2.0)

Kamera depan pula menggunakan 50 MP + depth sensor 3D, dan kedua-dua kamera (depan dan belakang) menyokong rakaman video 4K.

Kelebihan ciri kamera pada peranti ini

  1. Telefoto Ultra Night
    Sensor 200 MP dengan zum optikal 3.7× dan digital hingga 100× adalah sangat luar biasa di dunia telefon pintar. Dalam mod malam, sensor besar 1/1.4″ mampu menangkap lebih banyak cahaya sekali gus menjadikan jarak rakaman jauh tetap jelas, tanpa terlalu banyak hingar atau kehilangan butiran.
  2. Kamera Utama Besar
    Dengan apertur f/1.6 dan saiz sensor 1/1.3″, kamera utama memberi keseimbangan hebat antara kecerahan dan ketajaman. Dalam suasana kurang cahaya, ini membolehkan pengambilan imej berkualiti tinggi dengan gangguan bunyi dikurangkan.
  3. Ultra Wide + Makro
    Gabungan ultra lebar dan makro membolehkan pengguna merakam landskap yang luas dan juga objek kecil pada jarak dekat, tanpa perlu menukar lensa fizikal. Fleksibiliti ini sangat berguna untuk fotografi kreatif.
  4. Kemampuan Suntingan AI
    Fungsi seperti AI Upscale, AI Outpainting, AI Eraser, AI Cutout dan AI Color membolehkan pengguna memperhalusi foto selepas pengambilan, menjadikan Magic8 Pro seolah mempunyai studio suntingan dalam telefon. Contohnya, anda boleh membuang objek yang menganggu, memperbesar resolusi imej, menukar warna latar belakang, dan sebagainya — semuanya dengan bantuan AI.
  5. Motion Sensing Capture
    Ciri ini membolehkan kamera mengesan subjek yang bergerak dan menghasilkan tangkapan lebih tepat. Sangat berguna untuk fotografi subjek dinamik seperti kanak-kanak, haiwan peliharaan atau aksi cepat — dan amat sesuai untuk video pendek juga.
  6. Stabiliti & Kualiti Video
    Rakaman 4K dari belakang dan depan disokong dengan bantuan AI, hasil video lebih stabil serta tajam walaupun dalam keadaan kurang cahaya. Kualiti untuk vlog, perbualan video atau kandungan kreatif sangat tinggi.

Apa yang benar-benar menarik ialah bagaimana ciri AI pada peranti ini saling menyokong ciri pada sistem kameranya. AI bukan hanya sebagai pasukan sokongan; ia adalah “otak” di belakang kamera.

Malahan ada yang mengatakan spesifikasi atau ciri kamera pada peranti ini lebih hebat berbanding iPhone 17 khususnya hasil gambar yang dirakam tanpa mengeluarkan belanja besar untuk membeli peranti jenama epal ini.

BATERI

Satu lagi kelebihan Magic8 Pro ialah bateri silikon karbonnya cukup besar dengan pengecasan pantas 100W berwayar, 80W nirwayar, dan pengecasan berbalik. Dengan kapasiti sebesar ini, isu kehabisan bateri bukan lagi masalah besar.

Menariknya, Honor Magic8 Pro turut menerima sijil ketahanan IP68, IP69 dan IP69K, menjadikannya kalis air dan habuk pada tahap tertinggi. Malah, ia turut lulus ujian tahan jatuh 5-Bintang SGS, sesuatu yang jarang dilihat pada telefon flagship lain.

Daripada segi warna, pengguna boleh memilih antara Sunrise Gold, Sky Cyan, dan Black, semuanya menyerlahkan gaya elegan dengan sentuhan moden.

KESIMPULAN

Memiliki peranti canggih masa kini tidak terhad kepada sesuatu jenama sahaja. Anda boleh memiliki peranti yang canggih dengan semua ciri AI disatukan pada harga mampu milik tanpa perlu bersusah payah memuat turun atau membeli mana-mana aplikasi diperlukan untuk menyokong kerja atau tugasan seharian anda.

Banyak telah diceritakan mengenai peranti ini pada dua ulasan sebelum ini dan peranti buatan China kini sudah banyak mengubah persepsi negatif yang beranggapan tidak setanding atau ‘canggih’ seperti peranti buatan lain yang sedia ada dipasaran masa kini.

Honor Magic8 Pro seberat 219 gram ini banyak mengubah persepsi ini dan menjadi satu peranti yang wajib dimiliki disebabkan sistem sokongan AI yang stabil, ciri kamera yang hebat dan kini menguasai pasaran besar peranti mudah alih di negara ini.

HARGA

HONOR Magic8 Pro boleh didapati dalam tiga warna yang elegan: Sunrise Gold, Sky Cyan dan Black. Telefon pintar ini akan tiba di Malaysia dalam varian 12GB+512GB pada harga RM4599, manakala varian 16GB+1TB pada harga RM5199. Peranti ini akan tersedia untuk jualan di semua kedai seluruh negara mulai 5 Disember 2025. 

Pos Malaysia Run 2025- Lebih 7,000 Peserta Hadir

Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia), penyedia perkhidmatan pos dan bungkusan nasional, berjaya menyampaikan Pos Malaysia Run 2025 pada Sabtu, 22 November 2025, di Stadium Merdeka yang ikonik di Kuala Lumpur.

Acara ini, yang berjaya melalui sokongan rakan kongsinya, termasuk rakan kongsi utama, FWD, menyatukan lebih 7,000 peserta dalam sambutan meriah kesihatan, warisan, dan kelestarian di bawah tema ‘Jom Laju for Fun!’.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching telah melepaskan kategori Larian 10km dan Larian Korporat pada jam 6.30 pagi, dan turut menyertai Larian 10km, sebagai tanda sokongan Kerajaan terhadap inisiatif gaya hidup sihat dan penglibatan komuniti.

Diadakan di tempat bersejarah di mana kemerdekaan Malaysia diisytiharkan pada tahun 1957, larian tahun ini menyediakan latar belakang yang sempurna untuk meraikan perpaduan, warisan dan kemajuan sambil memperjuangkan gaya hidup sihat.

Membina kejayaan edisi sulung 2024 yang menarik 3,500 peserta, acara tahunan kedua ini menampilkan tambahan baharu yang menarik – Larian Korporat 10km (5km x 2 peserta) – bersama Kategori Khas untuk Orang Kurang Upaya (OKU), menunjukkan lagi komitmen Pos Malaysia terhadap inklusiviti.

Frankline Saitoti mendominasi kategori Lelaki Terbuka 10km, melepasi garisan penamat dalam masa 00:27:56 manakala Nympha Kiteta Kivalo mara untuk memenangi kategori Wanita Terbuka 10km dalam masa 00:31:34.

Kategori Veteran menyaksikan paparan daya tahan dan keazaman yang mengagumkan, dengan Amirullah Bambang dan Saori meraih tempat teratas dalam bahagian Lelaki dan Wanita masing-masing.

Dalam Larian Korporat sulung yang dinanti-nantikan, Tee Xin Wen dan Nicolas Grandadam dari Kumpulan Chill Team menunjukkan kerjasama yang luar biasa untuk meraih tempat pertama.

Peserta bersaing merentasi pelbagai kategori dalam dua jarak utama – 10km dan 5.8km –
dengan hadiah wang tunai bernilai kira-kira RM10,000 dianugerahkan kepada penamat teratas. Kategori pertandingan 10km termasuk Lelaki Terbuka (16-44 tahun), Wanita Terbuka (16-44 tahun), Lelaki Veteran (45 tahun ke atas), Wanita Veteran (35 tahun ke atas), dan Larian Korporat yang baharu.

Kategori 5.8km menampilkan Larian Rekreasi Individu dan Larian Rekreasi Kumpulan 4 Orang, mengalu-alukan peserta dari 5 tahun ke atas, bersama Kategori Khas untuk
Orang Kurang Upaya (OKU).

“Kami berbesar hati kerana YB Teo Nie Ching melepaskan larian dan berlari bersama peserta kami,” kata Charles Brewer, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia Berhad.

FWD, pengendali takaful dan insurans terkemuka berkhidmat sebagai Rakan Kongsi Utama
untuk Pos Malaysia Run 2025, menyatukan kepakaran Pos Malaysia dalam menghubungkan
komuniti dengan komitmen FWD untuk menyokong rakyat Malaysia dalam perjalanan mereka ke arah kesihatan dan kesejahteraan yang lebih baik.

Pek perlumbaan pula dihantar terus ke rumah peserta menggunakan van dan motosikal
elektrik Pos Malaysia, sekali gus menghapuskan keperluan untuk pengambilan pek perlumbaan dan mengurangkan jejak karbon.

Pada hari acara, motosikal elektrik menyediakan sokongan marshal dan operasi mesra alam, manakala Proton E.MAS berkhidmat sebagai kenderaan elektrik utama untuk larian 10km, menunjukkan komitmen syarikat terhadap kelestarian dan warisan dalam tindakan.

Kejayaan Pos Malaysia Run 2025 dapat dilaksanakan melalui sokongan Rakan Kongsi
Utamanya: FWD, rakan kongsi tempat Stadium Merdeka dan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), dan barisan rakan kongsi sokongan termasuk Proton E.MAS, Blueshark Malaysia, Sunway Lagoon, Reebok Watch, NatureLoop, Spin, CUCKOO, DIADORA, Montigo, Shokubutsu, Watsons, Extra Joss, Woods, Mustika Ratu, Blood, 361°, OPACK, Pos Shop, Pos Fulfill, 3D Advertiser, dan MAL.

Acara ini telah diluluskan oleh Persatuan Olahraga Wilayah Persekutuan (FTAAA) dan disokong oleh Jabatan Polis Siasatan Trafik (JPST), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), dan Yayasan Jantung Malaysia (YJM), yang semuanya memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan peserta, operasi yang lancar, dan promosi kesedaran kesihatan jantung.

Unfold a World of Joyful Deals with Samsung This Christmas

Christmas is all about sharing love, warmth, and unforgettable moments, and the perfect gift makes those moments sparkle even brighter. When you choose an exceptional gift, you’re not just giving an item; you’re making a grand gesture that says they’re worth every bit of it.

And this festive season, you can give big while saving smart. From now until 11 January 2026, Samsung is spreading cheer with a special RM600 rebate on the brand-new Galaxy Z Fold7 and Galaxy Z Flip7. This exclusive offer makes upgrading someone’s holidays, yours
included, more delightful than ever.

As a bonus, customers who purchase any Samsung Galaxy Z Fold7 and/or Z Flip7 from now till 31 December 2025 will also be eligible to purchase 3 years of Samsung Care+ at a special promotional price of only RM600 (RRP RM1,499).

Great gifts deserve great care, users can enjoy peace of mind with comprehensive protection that covers accidental damage and more with Samsung Care+ Imagine gifting a fresh start to the new year with a stunning new device powered by the latest Galaxy AI
features.

Whether it’s capturing memories, boosting productivity, or elevating everyday moments, these cutting-edge smartphones deliver an experience that’s sure to amaze. So why wait? Celebrate the season of giving by treating your loved ones, or rewarding yourself after a
year of hard work, to a gift that truly shines.

Unwrap joy. Unlock savings. Make this Christmas unforgettable.

Cawangan Terbaharu Isuzu Terima Status 4S

Kemudahan terbaharu Isuzu Malaysia di Lembah Klang bakal memberikan tahap layanan dan penjagaan pelanggan yang lebih tinggi melalui penawaran servis lengkap termasuk jualan kenderaan baharu Isuzu, layanan lepas jualan serta kemudahan mengecat dan baik pulih badan yang bertauliah.

Pusat Isuzu 4S terbaharu ini dikendalikan oleh SV Prestige Auto dan terletak di Balakong
serta berhadapan dengan Lebuhraya Penyuraian Kajang, dan menjadi pengedar ketiga
seumpamanya yang menjalankan operasi bersepadu dengan kemudahan 4S di Lembah
Klang.

Pembukaannya dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Tomoyuki Yamaguchi, yang menyatakan bahawa Pusat 4S Isuzu yang terbaharu ini mencerminkan
kesungguhan yang jelas oleh Syarikat untuk memberikan ketenangan fikiran yang lebih
tinggi kepada pelanggan dengan setiap pembelian kenderaan Isuzu.

“Pembukaan Pusat 4S Isuzu terbaharu ini menampilkan kemudahan moden dan
bersepadu yang mencerminkan usaha berterusan kami untuk memastikan pemilikan
kenderaan Isuzu menjadi satu pengalaman yang menyenangkan.

“Dengan menawarkan layanan dan servis penjagaan kenderaan yang lengkap di bawah satu bumbung, pelanggan boleh berlapang dada kerana kenderaan Isuzu mereka menerima penjagaan yang menyeluruh dan terjamin,” katanya.

Menampilkan identiti korporat baharu Isuzu (CI), cawangan ini terletak di kawasan
perindustrian ringan baharu dan menawarkan barisan lengkap Isuzu D-Max serta trak
komersial lain untuk dijual.

Di dalam bilik pameran, dua unit trak pikap dipamerkan, memberikan bakal pelanggan peluang untuk melihat dan mengalami sendiri penawaran yang ada, serta memilih spesifikasi dan warna daripada paparan bebas-kertas, bahkan meninjau secara digital kemampuan D-Max dalam persekitaran off-road serta kemampuan keselamatan canggih yang ada melalui simulator realiti maya.

Pusat servis baharu ini juga cukup luas untuk mengendalikan enam kenderaan sekali gus,
menjadikannya sesuai untuk hentian servis yang pantas. Dalam usaha untuk mengekalkan kawalan kualiti ke atas kerja-kerja yang dilakukan, Pusat 4S SV Prestige Auto Isuzu ini juga tidak hanya menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan biasa, tetapi juga mempunyai jentera jajaran roda sendiri serta sebuah kebuk mengecat saiz penuh untuk menampung keperluan baik pulih kenderaan pelanggan yang kemalangan.

Pusat cat & badan kenderaan itu kini diiktiraf oleh syarikat-syarikat insurans automotif
yang besar serta menjadi panel kepada lima syarikat penanggung insurans utama. Ia juga
sedang menunggu kelulusan untuk menjalankan baik pulih kemalangan berat
memandangkan semua kelengkapan dan latihan sudah pun dijalankan.

Dalam ucapannya, Pengarah Urusan SV Prestige Auto, Ryan Tham berkata bahawa pembukaan Pusat 4S Isuzu ini adalah Bukti sokongan kuat Isuzu dan pelanggannya.

“Melalui bimbingan Isuzu Malaysia dan juga pelanggan kami, kami telah mampu untuk
memusatkan semua operasi kami di pusat 4S ini. Saya berharap dengan kemudahan
baharu kami ini, pelanggan akan dapat menikmati pengalaman yang lebih selesa dan
nyaman untuk semua keperluan mereka berkaitan Isuzu,” katanya.

Pusat 4S SV Prestige Auto Isuzu baharu ini terletak di Lot 1917-B, Jalan KPB 7, Kawasan
Perindustrian Kampung Baru Balakong. Bersama dengan Pusat 3S Isuzunya di Puchong,
bilik pameran SV Prestige Auto dibuka setiap hari, sementara pusat servisnya dibuka dari
Isnin hingga Sabtu.

Domino’s Pizza Perkenal Piza La Carbonara

Domino’s Pizza membawa kelainan baharu dengan memperkenalkan rangkaian La Carbonara, diinspirasikan daripada hidangan pasta klasik Itali.

Rasa carbonara yang disukai ramai kini hadir dalam bentuk piza yang mudah dikongsi dan
dinikmati. Tersedia dalam tiga pilihan, rangkaian ini boleh didapati mulai 18 November 2025 untuk masa terhad.

Untuk pengalaman yang benar-benar memuaskan, Cheesy Beef Carbonara (Carbonara
Daging Berkeju) hadir dengan kombinasi daging kisar dan daging streaky, dipadankan bersama tomato ceri segar, bawang, cendawan dan sedikit sentuhan lada hitam.

Bagi mereka yang mahukan pilihan lebih ringan, Chicken Carbonara (Carbonara Ayam) menampilkan peperoni ayam bersama cendawan dan tomato ceri.

Manakala untuk peminat daging tegar, 3 Meats Carbonara (Carbonara Tiga Daging) menggabungkan ayam peperoni, daging kisar dan daging streaky untuk rasa yang benar-benar padu. Keistimewaan rangkaian ini terletak pada gabungan sos carbonara Itali yang berkrim dan premium, bersama lapisan mozzarella yang melimpah ruah, di atas kerak piza hand tossed klasik yang dibakar segar dan dilumas sapuan bawang putih.

Kerak piza ini ibarat kanvas terbaik untuk tiga jenis topping yang berbeza. Setiap variasi
membuktikan komitmen Domino’s dalam menawarkan variasi yang berinti mewah dan
menambat selera sekaligus menjadikan piza berkrim lebih enak.

Ringo Joannes, Ketua Pegawai Eksekutif Serantau bagi Domino’s Malaysia, Singapura dan Kemboja berkata, Domino’s tidak terhad kepada piza dan ingin membawakan pengalaman yang menggembirakan.

Black Badge Ghost Gamer: Inspired By The Golden Age Of Arcade Games

Rolls-Royce unveils Black Badge Ghost Gamer: a Bespoke commission inspired by the 8-bit universe of vintage video games.

Created for a client with a deep passion for early arcade culture, this nostalgic motor car incorporates intricately crafted references to the dawn of gaming.

Coded with details including a hand-painted ‘Cheeky Alien’ exterior Coachline motif, ‘Player One’ seat embroidery, ‘Pixel Blaster’ Starlight Headliner, a unique ‘Laser Base’ Illuminated Fascia, and a hidden cache of joystick-era Easter eggs, the discovery of every feature turns the motor car itself into a stunningly crafted game.

•          First-ever Bespoke Rolls-Royce inspired by vintage video game culture

•          Features ‘Pixel Blaster’ Starlight Headliner and ‘Laser Base’ Illuminated Fascia

•          Interior and exterior details based on Bespoke 8-bit ‘Cheeky Alien’ motif

•          Arcade-style artwork hand-painted on Technical Fibre interior surfaces

•          Hidden retro gaming-inspired details turn the motor car into a game of its own

Black Badge Ghost Gamer proves that Bespoke at Rolls-Royce welcomes any theme and any story. This motor car also reflects a meaningful shift in luxury itself, which is increasingly shaped by those who collect, create and commission according to values that challenge tradition.

The unique privilege of working within Rolls-Royce Bespoke Design is the extraordinary breadth of ideas we’re asked to bring to life.

This brief was particularly exciting. Over the course of a month, we immersed ourselves in the 8-bit aesthetic that defined late 70s and early 80s gaming – from the games themselves and archive imagery of arcade halls, to original promotional and cabinet artwork.

As well as capturing the distinctive colour palette, mood and atmosphere of this rich source material, we wanted the client to feel that the motor car itself was an immersive experience – and that every time they stepped inside, it would recreate the same thrill they felt when they pressed ‘start’ on an arcade machine for the very first time.” Joshua McCandless, Bespoke Designer, Rolls-Royce Motor Cars

Osmo Action 6 – Kamera Aksi DJI Pertama Bukaan Boleh Laras

DJI, peneraju global dalam dron awam dan teknologi kamera kreatif, melancarkan Osmo Action 6, kamera aksi serba lengkap yang hadir dengan ciri inovatif pertama dalam industri, termasuk bukaan boleh laras, sensor CMOS petak 1/1.1 inci baharu, dan prestasi cahaya malap yang dipertingkatkan.

Sebagai sebahagian daripada ujian dunia sebenar, Osmo Action 6 baru-baru ini diuji di pelbagai lokasi ikonik di Hong Kong — daripada taman tema, landskap semula jadi, hingga ke pemandangan malam dan aktiviti air — bagi mempamerkan keupayaan kamera ini dalam cahaya terang, cahaya malap, rakaman pantas dan persekitaran berair.

Kamera aksi pertama DJI dengan bukaan boleh laras

Osmo Action 6 adalah kamera aksi pertama DJI dengan bukaan boleh laras (f/2.0–f/4.0), membolehkan prestasi cahaya malap lebih baik serta kawalan pendedahan yang lebih fleksibel. Dipadankan dengan sensor CMOS petak 1/1.1 inci tersuai DJI dan piksel besar gabungan 2.4, kualiti imej meningkat dengan ketara dari segi kejelasan dan julat dinamik.

Di Hong Kong, para pencipta menguji bukaan dalam pelbagai pencahayaan — daripada jalan raya yang meriah dan pengembaraan pulau yang mencabar, hingga pemandangan panorama di Ngong Ping 360 — menunjukkan betapa pantas kamera ini menyesuaikan diri dengan perubahan pencahayaan.

Pemandangan udara Hong Kong dirakam menggunakan Osmo Action 6, mempamerkan bukaan boleh laras dalam pencahayaan bercampur.

Osmo Action 6 menampilkan reka bentuk bukaan boleh laras baharu, menawarkan pelbagai mod bukaan sehingga f/2.0 untuk membenarkan lebih banyak cahaya dan meningkatkan prestasi dalam cahaya malap. Dalam Mod Auto, kamera menyesuaikan julat bukaan secara automatik mengikut persekitaran, daripada pemandangan malam hingga landskap cerah. Mod Starburst baharu menambah kesan berbentuk bintang pada sumber cahaya, menghasilkan visual bandar yang dramatik

AEON Introduces AEON Style Supermarket – Delivering A Modern And Convenient Shopping Experience

AEON CO. (M) BHD. (AEON) is set to open its brand-new AEON STYLE Supermarket at Setia EcoHill, Semenyih. The supermarket will welcome customers starting 12 December 2025.

AEON STYLE Supermarket offers freshness, variety and convenient as its priorities. This modern supermarket concept elevates the everyday shopping experience by offering high-quality products, diverse selections, and an efficient layout that caters to the fast-paced lifestyles of today’s shoppers.

Customers can look forward to an exceptional fresh-food experience. The produce section showcases an expanded selection, including more than 30 Stock Keeping Unit (SKU) or assortments of fresh tomatoes.

High quality Japanese fruits like strawberries, pears and apples are freshly air-flown to ensure peak taste and quality, while vegetables from countries like Australia provide even greater diversity.

Seafood lovers will enjoy the availability of live prawns, as well as a wide range of fresh fillet cuts including Atlantic Salmon, Fjord Trout and Tuna. Adding to the excitement, seasonal highlights such as Atlantic King Crab and freshwater fish are also available.

For those who enjoy exploring international flavours, the supermarket features over 2,000 imported food items. The Asian Food section, for instance, presents an extensive array of frozen products and everyday groceries from Japan, Korea, Taiwan, and China, allowing customers to conveniently bring home authentic tastes from across the region.

Imported meat selections further expand the experience, giving customers the opportunity to recreate global dishes from the comfort of their kitchens.

In line with modern lifestyles, AEON STYLE Supermarket Setia EcoHill features an expanded Ready-To-Eat selection. All prepared to offer convenient meal solutions for busy customers.

For lovers of bakery products, there is a tempting range of freshly made treats, including signature mini tarts in various flavours and healthy bread like the sourdough bread. Beyond the bakery products, customers also can pick up lunch boxes and ‘bentos’ featuring both local and Japanese menus, along with DIY-style options such as smoothies and instant noodles.

The customer shopping experience is further enhanced by a comprehensive range from AEON’s exclusive TOPVALU brand. Known for its quality and affordability, TOPVALU features a thoughtfully curated selection of local and international products. Shoppers can find signature essentials such as TOPVALU’s extra virgin olive oil, along with a variety of high-quality household necessities and food items to meet everyday needs.

To enhance convenience, AEON STYLE Supermarket Setia EcoHill incorporates innovative retail technology, including smart trolleys, self-checkout (SCO) counters, an AI weighing machine, and an avocado scanner for a smoother, faster shopping journey.

Flexibility in delivery and pick-up is available through services such as FoodPanda and Click & Collect. A special pre-order feature will also be introduced, allowing customers to reserve selected products and meals in advance for guaranteed freshness upon collection.

Expressing his enthusiasm for the launch, Naoya Okada, Managing Director of AEON CO. (M) BHD., shared, “We are delighted to open our doors in this dynamic and growing community. AEON STYLE Supermarket reflects our mission to modernise the retail experience while staying true to our core value of serving customers.

This new concept will introduce a refreshed and elevated shopping experience for our customers. Setia EcoHill will be an important addition to our network, reinforcing our presence in the Southern Klang Valley region. We are confident that this new supermarket will attract shoppers and contribute to a vibrant retail environment.”

The opening of AEON STYLE Supermarket Setia EcoHill represents a significant step in AEON’s ongoing transformation journey. It underscores AEON’s wider strategy to innovate and refresh its retail formats, strengthening its position as a preferred destination for Malaysian shoppers. More AEON STYLE Supermarket locations are planned in the coming years, bringing added convenience and wider choices to communities nationwide.

Reigate Grammar School Rasmi Membuka Kampus Baharu di Kajang 2

Reigate Grammar School Kuala Lumpur (RGSKL) telah merasmikan pembukaan kampus baharunya di Kajang 2, bagi membawa tradisi kecemerlangan pendidikan British melalui kerjasamanya dengan Beaconhouse Group.

Ditubuhkan pada tahun 1675, Reigate Grammar School di United Kingdom merupakan antara sekolah swasta paling berprestij di England, terkenal dengan pencapaian akademik, penjagaan pastoral yang unggul serta komitmen terhadap pembangunan menyeluruh untuk setiap pelajar.

Majlis perasmiannya turut dihadiri oleh wakil senior dari Kementerian Pendidikan, seperti Timbalan Pengarah Pendidikan Swasta, Dr. Sarifah Norazah. Turut hadir ialah Richard Colley, Pengarah Negara, Jabatan Perniagaan dan Perdagangan, Suruhanjaya Tinggi British, serta Hamza Naveed, Atase Kebajikan Komuniti, Suruhanjaya Tinggi Pakistan.

Acara ini turut disertai oleh Kasim Kasuri, Ketua Pegawai Eksekutif Beaconhouse, Nassir Kasuri, Pengarah Eksekutif Beaconhouse, para kakitangan kanan Beaconhouse, serta wakil dari Reigate Grammar School, seperti Shaun Fenton, Guru Besar Eksekutif Kumpulan Reigate Grammar School, Sean Davey, Pengarah Perniagaan Global, dan rakan-rakan dari kampus RGS di rantau ini.

“Perasmian ini merupakan satu pencapaian penting bagi kami. Kami berbangga untuk membawa warisan dan pengajaran Reigate Grammar School ke Malaysia. Kami mahu membina sebuah komuniti yang mesra dan inklusif di mana setiap pelajar akan disokong, diberikan keyakinan dan inspirasi untuk mencapai potensi mereka,” kata Philip Bailey, Pengetua Reigate Grammar School Kuala Lumpur.

RGSKL menawarkan pendidikan British unik yang berasaskan nila-nilai teras sekolah berkenaan iaitu sifat ingin tahu, ketabahan, etika, rasa hormat dan kreativiti. Nilai-nilai ini merupakan panduan dalam proses pembelajaran di semua peringkat, daripada Tahun Awal hingga ke peringkat A Level.

Setiap pelajar akan diberi perhatian dan sokongan dengan penekanan yang seimbang terhadap kemajuan akademik, kesejahteraan diri dan perkembangan peribadi.

Sekolah ini menyediakan persekitaran pembelajaran yang bertenaga bagi membolehkan pelajar meneroka minat tersendiri melalui pelbagai aktiviti sukan, muzik, drama dan seni kreatif. Program lawatan sambil belajar dan aktiviti pembelajaran praktikal diintegrasikan bersama pengalaman pengajaran di dalam kelas, sekali gus menggalakkan sifat ingin tahu, kerjasama dan keyakinan diri.

Kampus Kajang 2 dibina untuk menyokong sistem pembelajaran moden yang holistik, dilengkapi dengan lapan makmal sains, perpustakaan dua tingkat, padang sintetik bersaiz penuh, kolam renang, dewan serba guna dalaman, gelanggang luar, gelanggang tenis dan dua dinding panjat.

Fasiliti asrama berkapasiti 250 pelajar dijadualkan untuk dibuka pada Ogos 2027. Sementara itu, penginapan berdekatan yang diawasi akan disediakan sehingga asrama siap, dan sekolah akan turut menawarkan perkhidmatan bas ulang-alik.

RGSKL kini mendidik lebih 400 pelajar daripada 28 negara, dengan kapasiti maksimum 1,250 pelajar. Kepelbagaian ini mencerminkan pandangan global Malaysia dan mewujudkan persekitaran sekolah antarabangsa yang inklusif.

Shaun Fenton, Guru Besar Eksekutif Reigate Grammar School Group, berkata, “Pengalaman 350 tahun kami dalam dunia pendidikan British telah memberikan kami asas yang kukuh untuk para pelajar di kampus Kuala Lumpur. Kami mahu setiap pelajar berkembang dari segi akademik dan peribadi, sambil memupuk perspektif global dalam diri mereka.”

RGSKL beroperasi melalui kerjasama dengan Beaconhouse Group, salah satu rangkaian pendidikan terbesar di dunia dengan badan pelajar melebihi 380,000 orang di lapan negara, termasuklah 13 sekolah di Lembah Klang.

Kerjasama ini bakal menggabungkan kepakaran antarabangsa dan pemahaman tempatan untuk menyediakan pendidikan British berkualiti tinggi yang mencerminkan budaya serta nilai Malaysia.

“Kerjasama dengan Beaconhouse ini mengukuhkan misi kami untuk menawarkan pendidikan yang membentuk sahsiah di samping kecemerlangan akademik. Setiap pelajar kami harus dilengkapi dengan keperluan masa depan dan yakin dengan identiti mereka,” tambah Philip Bailey.

Reigate Grammar School Kuala Lumpur mengalu-alukan seeisi keluarga untuk menghadiri sesi Open Morning pada hari persekolahan biasa. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.reigategrammar.edu.my.

Post Menarik